CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 416

November 9, 2012

TARIKH : 08/ 11 /2012
MUKA SURAT :416
SURAH AS-SAJDAH: AYAT 12-20 

PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : mas suradi
TERJEMAHAN                 : HJ. YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA


PERSOALAN


1) EN MUDA AJAK


Minta diterangkan keutamaan orang yang berjihad dalam gerakan Islam berbanding seorang yang abid.


Ust Kama: Muslim yang duduk dan tidak terlibat dalam gerakan Islam adalah jenis yang tidak berjuang. Ini kerana perjuangan ISlam hendaklah dalam jamaah. Kedudukannya kurang berbanding mereka yang berjuang. Tak sama antara sahabat yang berjuang sebelum pembukaan kota Makkah dan selepas pembukaan Kota Makkah.


2) HJ. JAAFAR



Bacaan semasa sujud sajdah itu bolehkah dibacakan semasa sujud yang biasa?


Ust Kama: Bacaan dalam sujud sajdah boleh juga dibaca dalam sujud-sujud lain.


3) EN MOMOH

Dalam ayat yang Allah menyatakan neraka akan diisi sehingga penuh dari kalangn manusia dan jin. Apakah syurga dipenuhi oleh manusia dan malaikat?


Ust Kama: Neraka penuh dengan jin dan manusia melambangkan betapa sesaknya neraka. Ia adalah manifestasi siksaan. Syurga tidak penuh. Setiap yang masuk syurga punya syurga yang luas.



4) HJ MARIJIN


a) Apakah sah nikah jika walinya fasiq?


Ust Kama: Wali fasiq tidak sah menikahkan.


b) Isteri tidak datang ke masjid, apakah mendapat ganjaran yang diperolehi suami yang datang masjid?


Ust Kama: Isteri dapat ganjaran pahala seperti suami juka dia bantu suami buat baik.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP