April 28, 2010

DAURAH 180

TARIKH: 27/ 04/2010
MUKA SURAT :180
SURAH AL-A'RAF: AYAT 26-33
 
 
PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST SUKRI BIN MAT
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAH DAN PERSOALAN

1) MUDA AJAK

Ulasan Tambah: Melihat kepada pengorbanan saidina ALi KW yang sanggup  tidur di katil Rasulullah SAW dan kesabaran Asma' binti Abu Bakar menghantar makanan kepada Rasulullah dan ayahnya di gua Tsur, pemuda pemudi hari perlu menjadikan mereka contoh. Sejauh manakah anak-anak kita berkorban demi Islam?


2) AHMAD DAUD

Pada masa bilakah terjadinya peristiwa bulan terbelah dua  dan siapakah yang nabi tunjukkan?

Ust Kama: Peristiwa bulan terbelah dua merupakan mukjizat nabi yang berlaku semasa zaman Makkah, Ada seorang raja Arab datang ke Makkah dan kafir musyrikin mengambil kesempatan itu untuk mempermalukan nabi maka dicabar nabi membelah bulan. Di depan raja tersebut dan kafir musrikin itu, nabi menunjukkan mukjizatnya. Tetapi, setelah itu, mereka berhelah mengatakan bahawa nabi Muhamamd membuat sihir. Sila baca surah Al-Qamar.


3) SYAMSUDDIN FRANK

Di sekolah kita mengajar murid-murid semangat cintakan negara. Apakah ini termasuk dalam mengkhianati Allah dan RasulNya?

Ust Kama: Disebutkan sebelum ini bahawa memperjuangkan sesuatu selain Islam seperti perjuangan demi bangsa adalah satu perbuatan khianat kepada Allah dan Rasul kerana Allah dan Rasul telah menggariskan matlamat perjuangan buat kita tetapi kita menetapkan matlamat perjuangan lain. Namun, mencintai negara adalah satu persoalan yang lain. Perasaan cinta ada dalam diri setiap orang dan tidak boleh cantas. Namun, cinta kepada apa pun tidak harus melebihi cintakan Allah, Rasul dan jihad di jalanNya. Amaran ini telah disebutkan dalam Quran dan janji balasan Allah buat mereka yang mencintai sesuatu itu melebihi 3 perkara tadi.

4) SURADI

Apakah maksud lari daripada medan perang itu termasuk juga tidak hadir berperang?

Ust Kama: Uthman bin Affan tidak hadir dalam perang Badar kerana menjaga isterinya sakit. Dia lari daripada medan Uhud tetapi Allah memaafkannya bersama orang yang lari pada hari itu. Tawalli yauma Zahfi adalah dosa besar. Inilah hukum yang dithabitkan dengan nas. Tidak hadir peperangan juga dicela sebagaimana Allah mencela 3 orang yang tidak ikut serta perang Tabuk, salah satunya Kaab bin Malik.

April 26, 2010

DAURAH 179

TARIKH: 26/ 04/2010
MUKA SURAT :179
SURAH AL-A'RAF: AYAT17-25

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST KAMARUDIN RAMLI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) SYAMSUDDIN FRANK

Apakah hukum sentuh isteri?Apakah ia membatalkan wuduk?

Ust Kama: Ini adalah persoalan feqah yang diperselisihkan di kalangan ulama.

a) Pendapat mengatakan tidak batal wuduk sama ada dengan syahwat atau tidak-Pendapat Hanafi dan Hambali.

b) Pendapat yang mengatakan batal wuduk sama ada dengan syahwat atau tidak, dengan wanita yang muhram atau bukan dengan syarat kulit ke kulit- Pendapat Syafie.

c) Pendapat yang mengatakan batal wuduk jika bersentuh dengan syahwat dan tidak batal jika tidak dengan syahwat- Pendapat Malik
Ibn Jibrin mengatakan pendapat yang ketiga adalah paling sesuai dengan tujuan hukum pembatalan wuduk. Pendapat syafie amat keras dan mempersulitkan umum balwa. 

Rujuk: Syeikh Jibreen


Tambahan:

Menurut Bin Baz, tidak batal sentuh isteri sama ada dengan syahwat atau tidak, kecuali jika keluar air mazi. Ini kerana terdapat riwayat bahawa Rasulullah mencuan setengah isterinya dan kemudian solat tanpa memperbaharui wudu'.

Rujuk: Bin Baz


2) AHMAD DAUD

a) Meninggalkan  solat kerana hendak menyelamatkan seorang budak yang mahu jatuh perigi, apakah perlu memulakan solat itu kembali?


Ust Kama: Sebagaimana tidak batal solat dengan menyahut panggilan Rasulullah SAW, maka demikian tidak batal kerana hendak menyelamatkan seorang bayi dari jatuh ke dalam perigi.

b) Apakah perlu menyelamatkan binatang haram anjing yang sedang lemas?

Ust Kama:  Perlu diingat bawa menyentuh anjing tidaklah haram dan anjing bukan binatang haram disentuh. Bukan benda najis itu bermakna haram disentuh. Anjing yang lemas hendaklah diselamatkan dan itu melambangkan sifat ehsan kita.

3) MOMOH 

Apabila dikatakan bukan kita yang membunuh tetapi Allah yang membunuh, bagaimana jika hujah ini digunakan oleh pembunuh?

Ust Kama: Sang pembunuh itu tetap dihukumkan kisas. Hujahnya itu sengaja hendak mempermainkan qada dan qadar. Katakan padanya bahawa sebagaimana Allah menetapkan kamu membunuhnya, Allah juga menetapkan kamu dibunuh semula.

4) SAMIT

baru-baru ini kita di surau ini didatangi oleh seorang yang menyampaikan kuliah tentang tariqat. Apakah pandangan Islam tentang tariqat?


Ust Kama: Dakwaan guru tariqat itu mengatakan wajib bertariqat, saya secara peribadi tidak menyetujuinya. Apakah wajar kita mengatakan berdosalah para sahabat dan salafus soleh yang tidak bertariqat. Tariqat sebagaimana yang ada hari ini timbul selepas 300 tahun daripada zaman nabi. Dan tariqat yang sebenar-benarnya adalah tariqat nabi Muhamamd. Itulah tariqat yang selamat yang disebutkan dalam Quran. Sementara pelbagai tariqat yang ada pada hari ini adalah 'subul'. Jika Tariqat yang ada dewasa ini selari dengan apa yang nabi sampaikan, tanpa sebarang penambahan, perubahan dan pengurangan, itu tariqat benar. Tetapi itu adalah tariqat Rasulullah dan bukan taariqat sesiapa.

Janganlah terpesona dengan khawariqul 'adah yang ditimbulkan oleh masyayikh...

5) SURADI

Apakah benar bahawa nabi SAW melemparkan pasir kepada orang kafir pada malam hijrah di mana rumah baginda sedang dikepung?

Ust Mat Isa: Disebutkan dalam sirah Ibn Hisyam bahawa nabi mengambil pasir dan meletakkan di atas kepala orang-orang kafir sebagai penghinaan buat mereka.

April 21, 2010

DAURAH 178


TARIKH: 21/ 04/2010
MUKA SURAT :178
SURAH AL-ANFAL: AYAT 9-16

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST KAMARUDIN RAMLI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) SABARUDDIN

Bagaimanakah jikalau tawanan wanita sedikit sedangkan tentera ramai. Apakah tidak nanti tentera berebut dan bergaduh sesama sendiri?

Ust Kama: Pembahagian tawanan tersebut diputuskan oleh ulil amri.

2)MOMOH

Ketika malaikat datang membantu nabi dan tentera Islam dalam perang Badar, bagaimanakah rupa mereka?
Ust Kama: Mereka menjelma dalam rupa manusia. Bukan sekali malaikat menjelma dalam rupa manusia. Malaikat Jibrail selalu menjelma dalam rupa Dahyah Al-Kalbi.


3) MUDA AJAK


a) Ulasan tambahan: Ummat Islam hari ini tidak dibantu oleh Allah. Di Palastin, mereka sudah berjuang sekian lama tetapi di manakah bantuan Allah?


b) Ulasan Isu semasa: Kita perlu memelihara pemakanan agar hanya yang halal kita makan dan kita berikan kepada keluarga kita makan.



4) UST MAT ISA

Ulasan Tambah: Cerita perjuangan tentara Afghanistan. tentera Rusia melihat jumlah yang ramai di pihak tentera mujahidin. Kemungkinan Allah membantu mereka dengan turunnya malaikat.


5) SURADI


Apakah hikmahnya Allah menurunkan malaikat secara berperingkat (murfdifin)? Mengapa tidak diturunkan satu malaikat sahaja,bukankah cukup seorang untuk memusnahkan seluruh musyrikin tersebut?

Ust Kama: Mengapa Allah menurunkan malaikat bantuan dalam perang Badar secara berperingkat dan kenapa ramai tak seorang telah dijawab oleh Allah dalam firmanNya:

وَمَا جَعَلَهُ اللّهُ إِلاّ بُشْرَىَ وَلِتَطْمَئِنّ بِهِ قُلُوبُكُمْ

"Dan tidaklah Allah menjadikannya (pengiriman malaikat secara murdifin) kecuali untuk menjadi khabar yang mengembirakan serta mententeramkan hati-hati kamu".



CARI KANDUNGAN BLOG