CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 179

April 26, 2010

TARIKH: 26/ 04/2010
MUKA SURAT :179
SURAH AL-A'RAF: AYAT17-25

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST KAMARUDIN RAMLI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) SYAMSUDDIN FRANK

Apakah hukum sentuh isteri?Apakah ia membatalkan wuduk?

Ust Kama: Ini adalah persoalan feqah yang diperselisihkan di kalangan ulama.

a) Pendapat mengatakan tidak batal wuduk sama ada dengan syahwat atau tidak-Pendapat Hanafi dan Hambali.

b) Pendapat yang mengatakan batal wuduk sama ada dengan syahwat atau tidak, dengan wanita yang muhram atau bukan dengan syarat kulit ke kulit- Pendapat Syafie.

c) Pendapat yang mengatakan batal wuduk jika bersentuh dengan syahwat dan tidak batal jika tidak dengan syahwat- Pendapat Malik
Ibn Jibrin mengatakan pendapat yang ketiga adalah paling sesuai dengan tujuan hukum pembatalan wuduk. Pendapat syafie amat keras dan mempersulitkan umum balwa. 

Rujuk: Syeikh Jibreen


Tambahan:

Menurut Bin Baz, tidak batal sentuh isteri sama ada dengan syahwat atau tidak, kecuali jika keluar air mazi. Ini kerana terdapat riwayat bahawa Rasulullah mencuan setengah isterinya dan kemudian solat tanpa memperbaharui wudu'.

Rujuk: Bin Baz


2) AHMAD DAUD

a) Meninggalkan  solat kerana hendak menyelamatkan seorang budak yang mahu jatuh perigi, apakah perlu memulakan solat itu kembali?


Ust Kama: Sebagaimana tidak batal solat dengan menyahut panggilan Rasulullah SAW, maka demikian tidak batal kerana hendak menyelamatkan seorang bayi dari jatuh ke dalam perigi.

b) Apakah perlu menyelamatkan binatang haram anjing yang sedang lemas?

Ust Kama:  Perlu diingat bawa menyentuh anjing tidaklah haram dan anjing bukan binatang haram disentuh. Bukan benda najis itu bermakna haram disentuh. Anjing yang lemas hendaklah diselamatkan dan itu melambangkan sifat ehsan kita.

3) MOMOH 

Apabila dikatakan bukan kita yang membunuh tetapi Allah yang membunuh, bagaimana jika hujah ini digunakan oleh pembunuh?

Ust Kama: Sang pembunuh itu tetap dihukumkan kisas. Hujahnya itu sengaja hendak mempermainkan qada dan qadar. Katakan padanya bahawa sebagaimana Allah menetapkan kamu membunuhnya, Allah juga menetapkan kamu dibunuh semula.

4) SAMIT

baru-baru ini kita di surau ini didatangi oleh seorang yang menyampaikan kuliah tentang tariqat. Apakah pandangan Islam tentang tariqat?


Ust Kama: Dakwaan guru tariqat itu mengatakan wajib bertariqat, saya secara peribadi tidak menyetujuinya. Apakah wajar kita mengatakan berdosalah para sahabat dan salafus soleh yang tidak bertariqat. Tariqat sebagaimana yang ada hari ini timbul selepas 300 tahun daripada zaman nabi. Dan tariqat yang sebenar-benarnya adalah tariqat nabi Muhamamd. Itulah tariqat yang selamat yang disebutkan dalam Quran. Sementara pelbagai tariqat yang ada pada hari ini adalah 'subul'. Jika Tariqat yang ada dewasa ini selari dengan apa yang nabi sampaikan, tanpa sebarang penambahan, perubahan dan pengurangan, itu tariqat benar. Tetapi itu adalah tariqat Rasulullah dan bukan taariqat sesiapa.

Janganlah terpesona dengan khawariqul 'adah yang ditimbulkan oleh masyayikh...

5) SURADI

Apakah benar bahawa nabi SAW melemparkan pasir kepada orang kafir pada malam hijrah di mana rumah baginda sedang dikepung?

Ust Mat Isa: Disebutkan dalam sirah Ibn Hisyam bahawa nabi mengambil pasir dan meletakkan di atas kepala orang-orang kafir sebagai penghinaan buat mereka.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP