CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 180

April 28, 2010

TARIKH: 27/ 04/2010
MUKA SURAT :180
SURAH AL-A'RAF: AYAT 26-33
 
 
PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST SUKRI BIN MAT
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAH DAN PERSOALAN

1) MUDA AJAK

Ulasan Tambah: Melihat kepada pengorbanan saidina ALi KW yang sanggup  tidur di katil Rasulullah SAW dan kesabaran Asma' binti Abu Bakar menghantar makanan kepada Rasulullah dan ayahnya di gua Tsur, pemuda pemudi hari perlu menjadikan mereka contoh. Sejauh manakah anak-anak kita berkorban demi Islam?


2) AHMAD DAUD

Pada masa bilakah terjadinya peristiwa bulan terbelah dua  dan siapakah yang nabi tunjukkan?

Ust Kama: Peristiwa bulan terbelah dua merupakan mukjizat nabi yang berlaku semasa zaman Makkah, Ada seorang raja Arab datang ke Makkah dan kafir musyrikin mengambil kesempatan itu untuk mempermalukan nabi maka dicabar nabi membelah bulan. Di depan raja tersebut dan kafir musrikin itu, nabi menunjukkan mukjizatnya. Tetapi, setelah itu, mereka berhelah mengatakan bahawa nabi Muhamamd membuat sihir. Sila baca surah Al-Qamar.


3) SYAMSUDDIN FRANK

Di sekolah kita mengajar murid-murid semangat cintakan negara. Apakah ini termasuk dalam mengkhianati Allah dan RasulNya?

Ust Kama: Disebutkan sebelum ini bahawa memperjuangkan sesuatu selain Islam seperti perjuangan demi bangsa adalah satu perbuatan khianat kepada Allah dan Rasul kerana Allah dan Rasul telah menggariskan matlamat perjuangan buat kita tetapi kita menetapkan matlamat perjuangan lain. Namun, mencintai negara adalah satu persoalan yang lain. Perasaan cinta ada dalam diri setiap orang dan tidak boleh cantas. Namun, cinta kepada apa pun tidak harus melebihi cintakan Allah, Rasul dan jihad di jalanNya. Amaran ini telah disebutkan dalam Quran dan janji balasan Allah buat mereka yang mencintai sesuatu itu melebihi 3 perkara tadi.

4) SURADI

Apakah maksud lari daripada medan perang itu termasuk juga tidak hadir berperang?

Ust Kama: Uthman bin Affan tidak hadir dalam perang Badar kerana menjaga isterinya sakit. Dia lari daripada medan Uhud tetapi Allah memaafkannya bersama orang yang lari pada hari itu. Tawalli yauma Zahfi adalah dosa besar. Inilah hukum yang dithabitkan dengan nas. Tidak hadir peperangan juga dicela sebagaimana Allah mencela 3 orang yang tidak ikut serta perang Tabuk, salah satunya Kaab bin Malik.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP