CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 61

April 4, 2009

TARIKH: 30 /03/09 (ISNIN)
MUKA SURAT: 61
Surah Ali Imran: Ayat 84-91
PENGERUSI : Ust. Syukri Mat
ULASAN TAJWEED : Ust M. Shahran Ibrahim
TERJEMAHAN :Tn Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR : Ust Kamaruddin Wahab
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1). Hj. Osman
Merujuk kepada perkataan ustaz Kama yang mengatakan bahawa Islam mempunyai sistem lengkap dari sekecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Apakah peraturan Islam dalam hal membuang najis dalam tandas?
Ust. Fadhil Alias menerangkan beberapa adab berhubung dengan masuk tandas.
2). Ust. Nasir
a)Apakah perbezaan antara munafiq dan murtad?
Ust. Kama menjelaskan bahawa munafik adalah orang yang berpura-pura Islam, padahal dia memusuhi dan membenci Islam. Manakala murtad adalah orang Islam yang telah terkeluar daripada Islam.
b) Apakah hukum campur mazhab?
Ust. Kama menjelaskan bahawa semua mazhab dalam Islam adalah benar. Mengikut mana-mana mazhab adalah tidak menjadi masalah. Malah mengambil pendapat satu mazhab dalam satu bab dan mengambil pendapat mazhab lain dalam satu bab yang lain adalah dibenarkan selagi ia bersandarkan ilmu.
Firman Allah:
وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
(Surah Al-Israa': Ayat 36)

c) Apakah kedudukan kanak-kanak kecil yang mati di akhirat kelak?
Kanak-kanak yang meninggal di waktu kecil, mereka akan dimasukkan ke syurga. Ada tafsiran menyebutkan bahawa "wildan" yang disebutkan dalam surah Al-Insan adalah merujuk kepada kanak-kanak muslim dan kafir yang meninggal sewaktu kecil.Wallahu A'lam.
3). Hj. Jaafar
Apakah hukumnya mengambil wuduk dalam tandas?
Ust. Kama: Berwuduk dalam tandas adalah makruh menurut pendapat sebahagian ulama.
4). Hj. Yusuf
Apakah hukumnya membaca basmalah ketika mengambil wudhuk dalam tandas?
Ust. Kama: Jika basmalah itu adalah bukan diniatkan Al-Quran, sekadar sunat wuduk, tidak menajadi masalah.
5). Suradi
a) Apakah pahala menanam sebatang pokok berterusan setelah mati sebagai pahala sedekah?
Ust. Kama menyebutkan bahawa pokok yang ditanam semasa hidup dan dimanfaatkan oleh orang lain atau haiwan-haiwan sesudah kita meninggal, ia menjadi pahala sedekah yang berlangsung terus sesudah mati. Ini berdasarkan hadis:
ما من مسلم يغرس غرسا ، أو يزرع زرعا ، فيأكل منه طير أو إنسان أو بهيمة، إلا كان له به صدقة
"Tiada seorang muslim pun yang menyemai satu semaian atau menanam satu tanaman, lalu makan akannya oleh burung, manusia atau binatang, melainkan baginya adalah sedekah".
b)Seseorang mengislamkan seseorang yang lain. Siapakah yang bertanggungjawab mendidik saudara baru itu dengan Islam?
Mendidik mad'u dengan Islam adalah kewajipan setiap orang Islam.
6). En. Samit
Terdapat sticker yang berbunyi:" Footbal is my religion". Apakah hukumnya perkataan seperti ini dan apakah hukumnya orang yang melekatkannya?
Ust. Kama menyatakan pandangan bahawa kata-kata itu perlu difahami berdasarkan niat. Apakah maksud religion tersebut? Apakah ia merupakan agama baru yang mempunyai konsep ketuhanan yang melayakkan ia digelar agama? Jika sekadar simbolik, ia belum menjatuhkan akidah. Hanya, perbuatan tersebut adalah menyerupai orang kafir. Kata-kata tersebut adalah kata fasiq.Wallahu A'lam. Sekadar pandangan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP