CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 72

April 28, 2009

TARIKH: 26/04/09 (AHAD)
MUKA SURAT: 72
Surah Ali Imran: Ayat


PENGERUSI: Ust M. Shahran
ULASAN TAJWEED: Ust Rashid
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

1. Ust Syukri

Mengulas tentang jihad melawan hawa nafsu

2. Hj. Osman

Bagaimanakah kedudukan tentera bukan Islam yang terkorban dalam mempertahankan negara?

Ust Kama menghuraikan bahagian-bahagian syahid. Syahid dunia, dunia akhirat dan akhirat sahaja. Bagi berjuang dalam peperangan dan terkorban, bergantung kepada niatnya. Jika dia beperang selain kerana Allah, seperti mahu tunjuk berani, mahu mempertahankan hartanya dan dunianya dan lain-lain maksud dunia, maka matinya hanya syahid dunia. Di sisi Allah di hari akhirat, dia bukan tergolong kalangan syahid.

3. Suradi

a) Apakah benar anak yang hafaz Quran dapat memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya?

Ust Kama menjelaskan bahawa dinyatakan dalam hadis bahawa orang yang syahid dapat memberi syafaat kepada 70 orang ahli keluarganya. Sementara yang hafaz al-Quran yakni ingat dan mengamalkan dengan Al-Quran, akan memberi syafaat terhadap 10 ahli keluarganya.

b) Apakah orang kafir yang mengucap dua kalimah syahadah dengan sebab lamanya pergaulan dengan orang Islam dianggap sebagai Islam?

Ust Kama mengatakan bahawa mengucap dua kalimah syahadah dengan kesedaran makna kalimah dan imlpikasinya menjadikan seorang itu Islam.

4. ) En Samit

Mengulas mengenai beberapa kesalahan fahaman dalam masyarakat seperti dakwaan bahawa al-Quran ada 40 juzuk dan bukan 30 juzuk,solat bukan lima waktu tetapi solat sepanjang masa dan sebagainya.

Ust kama mengulas tambah bahawa itu semua adalah ajaran sesat.

Sila baca buku "Talbis Iblis" karya Ibnu Qayyim al-Jauziyyah.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP