CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 71

April 21, 2009

TARIKH: 21/04/09 (SELASA)
MUKA SURAT: 71
Surah Ali Imran: Ayat 157-165

PENGERUSI: Ust M. Shahran
ULASAN TAJWEED: Ust Rasyeed
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

ISI-ISI PENTING

1. Dengan rahmat Allah, akhlak nabi dibentuk menjadi lemah lembut.
2. Sikap keras hati akan menyebabkan mad'u lari meninggalkan daie.
3. Musyawarah adalah sunnah Rasulullah yang wajar kita contohi.
4. Kemenangan dan kekalahan telah ditentukan Allah.
5. Perbuatan khianat adalah amalan keji dan akan dibalas diakhirat kelajk dengan memikul apa yang dikhianatkannya.

ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1). SURADI
a) Jika ibu bapa kafir memeluk Islam, bagaimanakah kedudukan anak-anak mereka? Pada tahap umur berapakah mereka dikatan menjadi Islam?
b) Apakah benar ada hadis yang menyebutkan bahawa orang nkafir yang memeluk Islam itu lebih mulia berbanding orang yang islam sejak asalnya?
c) Jika satu jenazah dijumpa di pantai, yang pada sangkaan kita telah diuruskan dan dikebumikan di laut lepas, apakah ia perlu dikembalikan ke laut semula?


2). UST NASIR
Apakah benar hadis yang menyebutkan bahawa Abu Talib akan diazabkan dengan seringan-ringan azab dalam neraka iaitu dipakaikan kasut dari besi tembaga lalu mendidih otaknya?


3). UST. SYUKRI

Huraian tambahn mengenai peristiwa perang Uhud.( Telah dihuraikan pada malam sebelumnya)


4). HJ. JAAFAR
Apakah hukumnya membuat tangkal menggunakan ayat al-Quran?

Ust Kama menjelaskan bahawa ia adalah haram kerana tangkal, dibuat daripada apapun, adalah diharamkan dalam Islam.

ٌRujuk: Fatwa Binbaz, Islamweb.


5). UST RASHEED
Ulasan tambahan mengenai perbezaan antara sistem syura dan demokrasi.


6)HJ OSMAN
a) Berapakah martabat solat?

Ust Kama menjelaskan bahawa martabat solat adalah sebagai tiang agama.

b)Apakah maksud al-kauthar? Apakah ia telaga atau sungai?

Ust Kama menjelaskan bahawa maksud al-kauthar adalah haudhun nabiyy.

Catatan blog:
(Namun, kalau mengikut kitab-kitab Tafsir, al-kauthar ditafsirkan dengan banyak nama. Ada yang mengatakan ia adalah kebaikan yang banyak, anak keturuna nabi, ulama umatnya,ilmu dan hikmah, al-Quran kelebihannya, dan sebagainya. Sekurang-kurang ada 26 pandangan mengenai maksud al-kauthar)

Namun, hadis yang menyebutkan bahawa al-Kauthar adalah Haudhun Nabiyy (telaga nabi) lebih kuat kerana hadis-hadis mengenai telaga nabi mencapai darjat mutawatir.

Rujuk: Islamweb


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP