CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 62

April 4, 2009

TARIKH: 31/03/09 (SELASA)
MUKA SURAT: 62

Surah Ali Imran: Ayat 92-100



PENGERUSI : Ust. Syukri Mat
ULASAN TAJWEED : Ust M. Shahran Ibrahim
TERJEMAHAN :Tn Hj. Yusuf

ULASAN TAFSIR : Ust Kamaruddin Wahab

ISI-ISI PENTING:

1. Kebaikan itu adalah sama ada syurga, ketaatan atau amal soleh. ia boleh dicapai dengan membelanjakan ke jalan Allah apa yang paling disayangi.

2. Disebutkan dalam tafsir bahawa makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakob )ke atas dirinya adalah daging unta dan susunya kerana disebabkan keduanya beliau ditimpa penyakit sakit urat.

3. Baitullah di Makkah adalah rumah ibadat pertama di muka bumi dibina dan kemudian diikuti oleh Baitul Maqdis yang dibina oleh nabi Sulaiman. Menurut riwayat, 100 tahun setelah nabi Ibarhim membina Kaabah.

4. Ibadah Haji adalah sunnah nabi Ibrahim dan ia merupakan rukun Islam kelima bagi mereka yang mampu.

5. Ayat 100 adalah berkenaan upaya kaum Yahudi untuk mengembalikan permusuhan silam antara Khazraj dan Aus. Hampirlah mereka kembali berperang akibat adu domba Yahudi tetapi Rasulullah berjaya mendamaikan dan mengingatkan mereka semula.


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) Ust. Nasir

a) Minta penjelasan mengenai maksud "orang yang dimurkai" dan "orang yang sesat" dan kenapa mereka digelar begitu.

Ust. Kama menjelaskan bahawa orang yang dimurkai adalah Yahudi dan yang sesat adalah Nasrani. Yahudi dimurkai Allah kerana mereka menentang para nabi mereka, membunuh para nabi dan mengubah kitab yang dibawa oleh nabi mereka. Manakala kesesatan nasrani pula adalah kerana mereka mengangkat pendeta mereka sebagai Rab selain Allah sehingga mereka mempercaya bahawa Isa itu adalah anak Allah.

b) Bagaimana kedudukan saf solat yang terputus?

Saf dalam solat Jemaah amat penting. Dalam sebuah hadis nabi memperingatkan saf yang tidak rapat akan menyebabkan kerenggangan hati sesama muslim. Jika Saf tidak sempurna, kuranglah pahala solat jemaah. Jika saf terputus terus dengan satu kelompok solat di satu tempat dan saf pertama di tempat lain, maka tiadalah pahala jemaah biarpun solat seperti itu sah. Menurut sebahagian ulama, solat sendirian di belakang saf adalah tidak sah. wallahu A'lam.

c) Ulasan mengenai hadis bahawa Abu Lahab diberi minum susu dalam neraka kerana sambutan maulid.

Ust kamaruddin menjelaskan bahawa Imam Bukhari menyebutkan riwayat daripada Urwah mengenai mimpi yang dilihat oleh sebahagian ahli keluarga Abu Lahab mengenai keadaan Abu Lahab

Teks hadis dalam Soheh Bukhari:

حدثنا الحكم بن نافع أخبرنا شعيب عن الزهري قال أخبرني عروة بن الزبير أن زينب بنت أبي سلمة أخبرته: أن أم حبيبة بنت أبي سفيان أخبرتها أنها قالت: يا رسول الله انكح أختي بنت أبي سفيان فقال: (أوتحبين ذلك). فقلت نعم لست لك بمخلية وأَحَب من شاركني في الخير أختي. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (إن ذلك لا يحل لي). قلت: فإنا نُحَدث أنك تريد أن تَنْكح بنت أبي سلمة ؟ قال: (بنت أم سلمة) !!. قلت: نعم. فقال: (لو أنها لم تكن ربيبتي في حجري ما حلت لي إنها لابنة أخي من الرضاعة أرضعتني وأبا سلمة ثويبةٌ فلا تَعْرضن عليّ بناتكن ولا أخواتكن)قال عروة: وثويبة مولاة لأبي لهب كان أبو لهب أعتقها فأرضعت النبي صلى الله عليه وسلم فلما مات أبو لهب أُريه بعض أهله بشر حيبة ، فقال له: ماذا لقيت ؟ قال أبو لهب: لم ألق بعدكم غير أني سُقيت في هذه بعتاقتي ثويبة.

قال عروة: وثويبة مولاة لأبي لهب كان أبو لهب أعتقها فأرضعت النبي صلى الله عليه وسلم فلما مات أبو لهب أُريهبعض أهلهبشر حيبة ، فقال له: ماذا لقيت ؟ قال أبو لهب: لم ألق بعدكم غير أني سُقيت في هذه بعتاقتي ثويبة.

Dalam Hadis Bukhari tersebut, Imam Bukhari menyebutkan apa yang disebutkan oleh Urwah mengenai Suwaibah. Apa yang didakwa bahawa Abu lahab diberi minum susu dalam neraka itu kerana memerdekakan Suwaibah yang kemudian menyusukan nabi, adalah perkataan Urwah. Urwah pula menceritakan bahawa perkara itu adalah berdasarkan mimpi setengah keluarga Abu Lahab.

Apakah mimpi tersebut boleh dijadikan sandaran untuk membenarkan bahawa Abu Lahab diberi minum susu dalam neraka?

Sedangkan dalam Quran Allah telah berfirman:

وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ نَارُ جَهَنَّمَ لَا يُقْضَى عَلَيْهِمْ فَيَمُوتُواوَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمْ مِنْ عَذَابِهَاكَذَلِكَ نَجْزِي كُلَّ كَفُور

"Dan orang-orang kafir bagi mereka neraka jahannam. mereka tidak dibinasakan sehingga mereka mati dan tidak (pula) diringankan dari mereka azabnya. Demikianlah kami membalas setiap orang yang sangat kafir.

Bagaimana mimpi boleh menafikan nas Al-Quran?

2) Ust. Syukri

Membuat ulasan tambahan mengenai ayat 94: Bahawa antara makanan yang diharamkan kepada kaum Bani Israil ialah haiwan yang berkuku.

3). Hj. Jaafar

Persoalan: Apakah mencium bangunan kaabah termasuk dalam sunnah?

Ut. Kamaruddin menjelaskan bahawa perbuatan mencium bangunan Kaabah, termasuk menyentuh dan bertempelan di sana adalah perbuatan bid'ah yang tidak pernah dibuat oleh nabi dan para sahabat. Barangsiapa yang berbuat haji tidak mengikut sunnah dan petunjuk daripada Rasulullah SAW, maka bagaimanalah hendak mendapat haji yang mabrur? Kita tidak harus meniru gelagat yang tidak ditunjuki oleh nabi Muhammad biarpun ramai yang melakukannya. Biarpun semua orang berbuat begitu, kita tidak perlu meniru jika ia bukan petunjuk nabi.

4). En. Suradi

Menimbulkan persoalan apakah hukumnya solat Jema'ah kali kedua dalam satu masjid?Terdapat pandangan yang memakruhkannya sebagaimana dinaqalkan oleh Syeikh Albani daripada pandangan Imam Syafie dalam kitab Al-Umm.

Persoalan ini ditangguhkah ke minggu hadapan. Tiada ahli daurah yang bersedia mengulasnya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP