CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 63

April 4, 2009

TARIKH: 05/04/09 (AHAD)
MUKA SURAT: 63
Surah Ali Imran: Ayat 101-108
PENGERUSI: Ust. Mohd Shahran Ibrahim
TAJWEED: Ust. Syukri Mat
TERJEMAHAN: Tn. Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust. Kama
ISI-ISI PENTING
1)Kita hendaklah berpegang teguh dengan Islam semasa hidup kita, maka dengan cara itulah kita memilih untuk mati sebagai orang Islam.
2) Hendaklah bersatu di bawah kalimah Allah dan bukan bersatu di bawah kalimah-kalimah lain seperti kalimah bangsa, negara, semangat kesukanan dan sebagainya.
3) Hendaklah menjalankan dakwah secara berjema'ah.
4) Hendaklah mengelakkan perpecahan sebagaimana perpecahan yang telah dirintis oleh Yahudi dan Nasrani.
5) Wajah orang beriman akan menjadi berseri pada hari akhirat dan wajah orang kufur akan menjadi hitam dan suram pada masa itu.
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1). Ust. Rasyid
Menimbulkan persoalan berkenaan hadis akan terpecahnya umat Islam kepada 73 golongan. Apakah ini adalah gambaran bahawa ummat Islam lebih lebih hebat berpecah daripada Yahudi dan Nasrani.
Ust. Kama mengulas hadis tersebut dari aspek amaran Rasulullah SAW agar jangann berpecah kerana perpecahan adalah amalan Yahudi dan Nasrani sebagaimana ditegaskan dalam dalam ayat 105 surah Ali Imran. Ia bukan membawa maksud perpecahan Islam lebih hebat daripada perpecahan Yahudi dan Nasrani.
2). En. Mauluddin.
Apakah lawak itu adalah satu bentuk Bid'ah?
Ust. Rasyid mengulas mengenai perbuatan lawak yang pernah dibuat oleh Rasulullah terhadap seorang perempuan tua yang mana katanya orang tua tak akan masuk syurga. Perempuan tua itu menangis sedih tetapi Rasulullah menerangkan maksudnya bahawa yang masuk ke syurga semuanya akan dalam keadaan muda.
3).Haji Osman
Apakah dasar kepada kenduri arwah yang dilakukan berdasarkan hari seperti hari ketiga, ketujuh, ke duapuluh, empat uluh, seratus dan sebagainya.
Ust Kama mengulas dengan menyifatkan amalan seperti itu tiada asas dalam agama.
4). Suradi
a) Apakah hukumnya solat dalam keadaan duduk kerana letih.
Ust Rasyid menjawab bahawa solat sambil berdiri adalah wajib bagi yang mampu. Jika benar-benar letih hingga tak mampu berdiri, maka tidak menjadi halangan untuk solat sambil duduk.
b)Kenapa pengkubumian Rasulullah dilewatkan sedangkan mayat disunatkan untuk disegerakan?
Ust. Kama mennjelaskan bahawa kelewatan tersebut adalah disebabkan para sahabat sibuk dengan usrusan mencari pengganti Rasulullah (Khalifah). Apabila khilafah telah diserahkan kepada Abu Bakar, Rasulullah pun dikebumikan. Ini kerana urusan perlantikan khilafah lebih utama dan wajib berbandinggan mengatasi keharaman melewatkan pengkubumian jenazah.
5). En. Samit
Apakah amalan terbaik yang dilakukan oleh keluarga si mati?
Ust Kama menyebutkan beberapa amalan yang disunnahkan iaitu, jiran tetangga menyediakan makan buat keluarga si mati, berdoa untuk si mati, melaksanakan wasiat dan amanah si mati, anak-anak bersedekah buat si mati (mengikut sebahagian ulama)
6). Ust. Kama
Menjawab soalan tertangguh:
a) Apakah hukumnya beristinjak dengan batu sahaja sedangkan ada air?
Beristinjak dengan batu sahaja adalah memadai. Ibn Qudamah dalam al-Mughni Muhtaj menyebutkan bahawa istijmar adalah memadai tetapi beristinjak dengan air adalah lebih afdhal.
b) Apakah dalil bahawa orang berbuat syirik kekal dalam neraka?
Orang berbuat syirik adalah kekal dalam nerakan berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Maidah : Ayat 72.
c) Hukum solat jemaah kali kedua dalam sebuah masjid?
Jumhur ulama Maliki, Hanafi dan Syafie melarangnya bagi masjid yang ada imam dan bilal rawatib. Hambali dalam satu pandangannya mengharuskannya. Albani mentarjihkan pendapat jumhur dengan memetik pendapat imam Syafie dalam kitab al-Umm. Walau bagaimanapun, imam Syafie mengatakan bahawa siapa yang solat jemaah kali kedua dalam masjid tersebut, dia mendapat pahala jemaah tetapi beliau memakruhkannya kerana para salaf tidak melakukannya. Mereka solat sendirian selepas terlepas jemaah atau solat jemaah di rumah.
Memberi teguran mengenai skop perbincangan dalam daurah yang tidak berfokus terhadap ayat yang dibaca. Mengharapkan agar ahli daurah menumpukan kepada ayat yang dibaca untuk kupasan dan persoalan.



Sumber bahan:

1) Ceramah mahmud Al-Misri: TafsirSurah Ali Imran: Ayat 102

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP