CARI KANDUNGAN BLOG

ABDULLAH BIN ALI JENDERAL BERJASA KERAJAAN BANI ABBASIYYAH

March 24, 2020

Kita telah tahu bahawa pada tahun 132H, rebah tersungkurlah kerajaan Bani Umayyah dan tegak berdirilah pula kerajaan Bani Abbasiyyah. Di antara tokoh yang berjasa membangunkan kerajaan Bani Abbasiyyah ini adalah seorang yang bernama Abdullah bin Ali. Siapakah dia?  Secara ringkasnya, dia adalah pakcik kepada khalifah Abbasiyyah pertama iaitu Abu Abbas Abdullah As-Saffah dan Abu ja'far Al-Mansur. Beliaulah yang memimpin tentera Abbasiyyah dalam Peperangan Az-Zab Al- Kubra, satu peperangan penentu yang mengakibatkan kalahnya tentera Bani Umayyah.

Beliau merupakan seorang jenderal tentera yang gagah berani, kejam dan berdarah dingin. Ini dapat dilihat terhadap tindakan terhadap warga Damsyiq apabila beliau telah dapat menawannya. Kekalahan tentera Marwan Al-Himar telah menyebabkan penduduk Damsyiq menanggung akibatnya. Kubur-kubur Bani Umayyah dibongkar dna tulang belulang mereka dibakar. Marwan Al-Himar yang lari ke Mesir diburu sehingga tertangkap dan dibunuh. Semua saki baki putra Bani Umayyah dibunuh.

Demi mencapai cita-cita politiknya, dia bertindak semahu-mahunya.

Tetapi, demikianlah hukum Tuhan. Siapa menyemai badai, dia bakal menuai taufan!

Abu Al-Abbas As-Saffah mati pada tahun 136H, pada usia yang sangat muda iaitu 32 atau 33 tahun. Ada yang kata lebih muda lagi iaitu 28 tahun.  Dia mati kerana penyakit campak.

Setelah matinya Abu Al-Abbas, abangnya Abu Ja'far pula menjadi khalifah.  Abdullah bin Ali tidak boleh menerima kerana dia merasakan dia yang paling layak. Abu Jaafar telah minta tolong Abu Muslim Al-Khurasani. Maka terjadilah peperangan antara tentera Abu Muslim Al-Khurasani dengan tentera Abdulalh bin Ali. Abdullah bin Ali kalah dan dia lari berlindung dengan dan disembunyikan oleh Sulaiman bin Ali di Basrah.

Tapi Abu Ja'afar memperdayanya sehingga dia keluar daripada persembunyiannya. Lalu dia dihumbankan ke dalam penjara dan mati dalam penjara.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP