CARI KANDUNGAN BLOG

SAIF BIN ZI YAZAN

March 26, 2020

Saif bin Zi Yazan, nama penuhnya ialah Saif bin Zi Yazan bin Zi Asbah bin Malik bin Zaid bin Sahal bin Amru bin Qais bin Muawiyahbin Jasyam bin Abd Syams bin Wail bin Al-Ghausbin Qutn bin Arib bin Zuhair bin Aiman bin Alhaisa' bin Al-'Aranj iaitu Himyar bin Saba'.

Beliau adalah salah seorang raja Yaman di zaman dahulu. Beliau memerintah di Istana Ghamdan dan merupakan raja yang paling masyhur dan terakhir menghuninya.Pernah Datuk nabi SAW, Abd Mutollib menziarahinya.

Yaman sejak zaman Zi Nuwas dikalahkan, berada di bawah jajahn Habsyah. Saif Zi Yazan mahu membebaskan Yaman. Dia cuba minta pertolongan daripada Rom, tetapi kerana Rpm dan Habsyah masing-masing beragama Nasrani, raja Rom di Antakiah enggan memenuhi permintaan Saif Zi Yazan.

Lalu, Saif Zi Yazan mencuba nasib dengan meminta pertolongan daripada Parsi. Beliau pergi ke Hirah dan bertemu Amru bin Hindun, gabenor kerajaan Parsi di sana. Diadibawa oleh An-Nu'man bertemu Kisra Anusyirwan. Kisra bersetuju walaupun mulanya dia ragu-ragu untuk berikan bantuan. Beliau hantar 800 tentera yang merupakan banduan-banduan yang dikeluarkan daripada penjaranya. Mereka dipimpin oleh Wahruz. Dengan menungang 8 kapal, mereka pun sampailah di persisiran pantai Yaman. Ketumbukan ini kemudiannya disokong oleh suku-suku Arab. Pasukan Hamsyah dipimpin oleh Masruq bin Abrahah. Beliau adalah saudara seibu dengan raja Abrahah. Perang meletus dan Saif Zi Yazan yang dibantu oleh Wahruz telah memenanginya dalam peperangan Hadgramaut tahun 570M. Maka Saif Zi yazan pun jadi raja Yaman dan kepada Parsi dia perlu membayar cukai setiap tahun. Bersingahsanalah Saif Zi Yazan di Ghamdan.

Saif Zi Yazan hanya bersinggahsana selama 4 tahun. Orang-orang Habsyah telah membunuhnya pada tahun 574M . Lalu, Parsi telah menghantar tenteranya dan mengalahkan Habsyah serta mengangkatnya anaknya Ma'ad Yakrab sebagai raja Yaman dan bernaung di bawah Parsi.

Kisah Saif Zi Yazan telah menjadi karya sastera dan ditokok tambah dengan cerita dongeng. Kononnya Saif Zi Yazan itu raja alam manusia dan jin. Kononnya ibunya adalah bangsa jin dan pada akhir kehidupannya Saif Zi Yazan bersembunyi ke alam jin.
Kisah ini mempengaruhi alam Melayu sehingga timbullah Hikayat Malik Saifullizam, tetapi banyaklah donngeng yang meresap dalam hiukayat ini. 

 .

1 comments:

Anonymous,  August 20, 2022 at 3:44 AM  

https://www.eloualid-book.com/

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP