CARI KANDUNGAN BLOG

MA'RUF AL-KARKHI

March 9, 2020

Beliau adalah salah satu tokoh besar di mata kaum tasawwuf. Siapakah beliau?

Kunyahnya adalah Abu Mahfuz. Beliau tinggal di Baghdad. Beliau terkenal dengan sifat Zuhud, warak dan takwa. Beliau wafat dan dikebumikan di Baghdad pada tahun 200H.

 Kedua ibu bapanya beragama Nasrani. Waktu dia masih kecil, dia diserahkan kepada seorang guru Nasrani lalu guru itu menyuruhnya menyebut Tuhan sebaga satu daripada tiga. Namun, dia bertegas mengatakan Tuhan itu tunggal. Gurunya memukulnya dan dia pun lari. Ibu Bapanya susah hati dan mereka berkata: Semoga dia kembali kepada kita dan kita aakan terima dia walaupun apa gamanya.

ma'ruf akhirnya kembali kepada mereka, mengetuk pintu rumah mereka satu hari.

"Siapa?" tanya ibunya
"Ma'ruf!", jawab Ma'ruf.
" Atas agama apa kamu?", celah ayahnya.
" Islam", jawab Ma'ruf dengan tegas. 

Maka Ma'ruf diterima masuk dan berkat layanan bagus beliau kepada kedua orang tuanya, mereka berduua akhirnya masuk Islam.

Guru dan pengasuhnya adalah Ali Ar-Ridha.

Satu hari Ma'ruf bersama dengan murid-muridnya di pinggir sungai Dajlah, Baghdad. Ketika itu lalu satu sampan penuh dengan pemuda-pemuda yang bersukaria. Mereka berdansa dan minum-minum arak. Sahabat Ma'ruf Al-Karkhi berkata:

"Aduhai mereka ini, di atas air pun berani derhaka kepada Allah!, Doakan ke atas mereka wahai Ma'ruf !

Lalu Ma'ruf berdoa.

" Ya Allah, jadikan mereka orang yang berbahagia di akhirat sebagaimana Kau jadikan mereka berbahagia di dunia!",

Murid-muridnya berkata:

"?Kami minta agar kau berdoa supaya Allah hukum mereka!",

Kata Ma'ruf:

"Jika Allah mahu jadikan merekas orang bahagia di akhirat, Allah akan jadikan mereka bertaubat daripada dosa-dosa mereka",


Di antara kata-kata Ma'ruf Al-Karkhi yang diekenang ialah:


الدنيا أربعة أشياء: المال، والكلام، والمنام، والطعام. فالمال يطغي، والكلام يلهي، والمنام ينسي، والطعام يسقي.

"Dunia itu ada empat perkara: Harta, kata, mimpi dan makan.Harta itu akan melewati, kata akan jadi mainan, mimpi akan dilupakan dan makanan akan ditumpahkan".

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP