CARI KANDUNGAN BLOG

QUTAIBAH BIN MUSLIM AL-BAHILI

March 13, 2020

Nama lengkapnya ialah Qutaibah bin Muslim bin Amru bin Husain bin Rabi'ah Al-Bahili. Beliau lahir pada tahun 48 H di Iraq. Bapanya, Musloim bin Amru adalah pendokong kuat Mus'ab bin Zubair yang merupakan gabenor Irak bagi pemerintahan Abdullah bin Zubair. Dalam peperangan menentang kerajaan Bani Umayyah yang ketika itu dipimpin oleh Abdul malik bin Marwan, Muslim bin Amru terbunuh bersama  dengan Mus'ab bin Zubair.

Qutaibah membesar dengan kebiasan sebagai pahlawan. Pandai menunggang kuda dan bermain senjata. Sementelahan , Irak pada zaman itu adalah wilayah yang penuh dengan pemberontakan dan penduduknya banyak terlibat dengan jihad. Kecemerlangan Qutaibah dapat cungkil oleh panglima terkenal kerajaan bani Umaiyyah ketika itu, Muhlab bin Abi Safrah. Beliaulah yang mengangkat Qutaibah setakah demi setakah hingga menduduki jabatan yang tinggi dalam pasukan.

Pada tahun 86H, hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi melantiknya untuk memimpin pasukan menyerang wilayah Khurasan. Wilayah ini semasa Muhlab bin Abi Safrah menjadi gabenor di sana antara tahun 78-86H, belum dapat dikuasai sepenuh nya. Dengan pilihan Hajjaj bin Yusuf yang mahu tenaga muda dalam menggerakkan jihad, dilantiklah Qutaibah bin Muslim.

Qutaibah telah membuka banyak wilayah sebelah Asia Kecil, termasuk wilayah kekuasaan bangsa Turki. Pengaruh Qutaibah sebagai pahlawan terbilang telah memikat bangsa Turki memeluk Islam dan kelak, merekalah membawa semboyan Islam hingga terbentuklah kerajaan Islam bangsa Turki seperti kerajaan Saljuk, Osmaniyah, Ghaznawi, Ghuri, Uzbek, Mamalik dan Kaukas. 

Orang yang menabur benih pertama bagi semua perluasan Islam ini adalah Qutaibah bin Muslim. Tentu sekali tidak lupa juga jasa Muhlab bin Abi Safrah dan sekalipun Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi. Kata orang, begitu kejam Hajjaj bin Yusuf, ada jasanya yang besar tersimpan untuk dinilai Allah pada hari kemudian. 

Image result for qutaibah bin muslim


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP