CARI KANDUNGAN BLOG

Daurah 11

August 19, 2008

Surah Al-Baqarah: M/S 13
Isi-isi penting:
1. Allah telah menyariatkan kepada Bani Israil larangan membunuh sesama mereka dan larangan merampas hak dan milik satu sama lain namun Bani Israil melanggar syariat tersebut.
2. Orang Yahudi juga suka berbuat kemungkaran terang-terangan dan mereka bertolong-tolongan dalam hal kemungkaran.
3. Yahudi juga mengambil sikap beriman dengan separuh kitab dan menolak separuh yang lain berdasarkan kecenderungan hawa nafsu mereka.
4. Mereka adalah orang yang membeli kehidupan dunia dengan harga akhirat.
5. Allah berikan Nabi Isa kemukjizatan dan Jibrail datang sebagai sokongan, namun Bani Israil tetap mendustakannya.
6.Yahudi mendustakan nabi Muhammad padahal sebelumnya mereka sering mengungkapkan doa berikut:
اللهم انصرنا بالنبي المبعوث آخر الزمان، الذي نجد نعته في التوراة
Komen:
Ust. Farihan menarik perhatian tentang kemuncak kejahatan Yahudi. Mereka bukan sahaja mengubah kitab, beriman separuh menurut keinginan hawa nafsu mereka, malah mereka tega mendustakan para Rasul hatta membunuh mereka.
Isu yang ditimbulkan:
1. Bagaimana dengan menceritakan perbuatan jahat diri sendiri pada masa lalu supaya orang mengambil pelajaran? Apakah itu juga dikira sebagai al-muzaahiriin?
Ust. Kamaruddin mengingatkan bahawa perbuatan menceritakan kejahatan masa lalu itu salah atas dua keadaan:
a)Ia adalah perbuatan mendedahkan sesuatu keaiban yang sebenarnya telah ditutup oleh Allah. Kita sepatutnya menyembunyikan apa yang disembunyikan Allah.
b)Menceritakan kejahatan masa lalu dengan niat menjadi pengajaran bukan hanya menunjukkan sempadan, tetapi kemungkinan akan menjadi tauladan.
2. En Suradi menimbulkan persoalan sebuah hadis yang dipetik daripada buku karangan Ust Ismail Kamus bersumberkan kitab Duaf Al-Kabir karangan Aqili menyebutkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Pada tahun 135 syaitan yang telah dikurung oleh nabi Allah Sulaiman di tanah Arab akan keluar, sembilan persepulun akan menuju ke Irak dan satu persepuluh akan menuju ke Syam. Beliau bertanyakan dari dua sudut:
a) Bilakan tahun 135 itu?
b) Mengapakah Nabi Allah Sulaiman mengurung syaitan-syaitan itu?
Ust. Kamaruddin menanguhkan jawapan ke satu masa yang lain sehingga diketahui taraf hadis tersebut. Berkemungkinan ia adalah sebuah hadis daif kerana sumbernya adalah dari kitab Duaf Al-Kabir.
3. En Suradi membawakan ayat 9 surah Al-Jumu'ah yang bermaksud:
Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, Maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli, yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui.
(Apakah maksud "bersegeralah"?)
Ust. Kamaruddin menjelaskan perkataan "fas'au" dan "sa'i'" yang menjadi salah satu rukun haji berasaskan kata akar yang sama yang bermaksu lari-lari anak. ia adalah simbolik atau kinayah kepada bersegera. Bersegera itu terpulanglah bagaimana caranya. Bersegera tersebut adalah setelah dilaungkan azan kedua.
Dijelaskan juga bawa azan dua kali jumaat mula dibuat pada zaman saidina uthman bin Affan sebagai khalifah. Namun pada masa tersebut, azan pertama dibuat di luar waktu jumaat dan tempatnya pula di tengah-tengah pasar. Bukan sebagaimana amalan dewasa ini yang mana azan pertama dan kedua dibuat dalam waktu zohor dan dalam tempat yang sama iaitu masjid.
Wallahu a'lam...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP