CARI KANDUNGAN BLOG

Daurah 8

August 12, 2008

Surah Al-Baqarah (m/s 10)
إن الذين آمنوا والذين هادوا والنصارى والصابئين من آمن بالله واليوم الآخر وعمل صالحا فلهم أجرهم عند ربهم ولا خوف عليهم ولا هم يحزنون
A) Maksud الصّابِئِينَ : Para ulama berselisih pandangan mengenainya:
1. Berkata Sufian At-Thauri: Mereka ialah satu kaum antara majusi, yahudi dan nasara yang tidak punya agama.
2. Berkata ishak bin Rahawaih: Mereka adalah satu golongan daripada ahli kitab yang membaca kitab zabur.
3. Pengikut agama nabi Nuh
4. Penyembah malaikat dan bintang
B) Bani Israil yang meminta untuk bercakap dengan Allah telah diangkat gunung atas mereka lalu ditunjukkan kekuasaan Allah dan matilah mereka semua, kemudian dihidupkan.
c)Ashabus sabt-mereka telah ditukar menjadi kera kerana melanggar larangan pada hari Sabtu.
Menurut Ibn Abbas, mereka tidak makan, tidak minum dan tidak melahirkan keturunan dan cuma hidup tak lebih 3 hari
D) Kisah Nabi Musa menyuruh disembelih lembu bagi menyelesaikan kes pembunuhan seorang hartawan. Ustaz Sukri menjelaskan bahawa kenapa binatang lembu yang dipilih untuk disembelih-Kerana lembu disembah oleh segolongan Bani Israil dan untuk menghilangkan rasa hormat kepada lembu, Allah menyuruh disembelih lembu.
Isu-isu yang dibincangkan:
1. Ustaz Farihan mendatangkan Asbabun Nuzul Ayat:
Riwayat daripada Mujahid: Salman al-Farisi menceritakan tentang sahahabat-sahabatnya sebelum dia masuk Islam. Menurutnya, mereka itu solat, berpuasa, beriman dengan nabi Muhammad dan bersaksi bahawa nabi Muhamamd akan dibangkitkan. Nabi Muhammad memberi jawapan kepadanya dengan mengatakan: "mereka adalah ahli neraka".Jawapan Rasulullah itu menyebabkan Salman rasa amat sedih. Lalu turunlah ayat ini memberi jawapan dan menenangkan hati Salman.
Petikan daripada Tafsir Ibn Kathir:
وقال السدي {إن الذين آمنوا والذين هادوا والنصارى والصابئين من آمن بالله واليوم الاَخر وعمل صالحاً} الاَية, نزلت في أصحاب سلمان الفارسي بينا هو يحدث النبي صلى الله عليه وسلم إذ ذكر أصحابه فأخبره خبرهم, فقال كانوا يصلون ويصومون ويؤمنون لك ويشهدون أنك ستبعث نبيا, فلما فرغ سلمان من ثنائه عليهم قال له نبي الله صلى الله عليه وسلم «يا سلمان هم من أهل النار», فاشتد ذلك على سلمان فأنزل الله هذه الاَية

2. En Suradi menyebutkan tentang satu sumber yang dikatakan hadis bermaksud;"jika anda solat di kandang kambing, ianya sah. Jika anda solat di kandang unta, tidak sah". Minta cari sumbernya. Jika ada apa maksudnya?

3. En Suradi menimbulkan persoalan maksud "wasata" (Sederhana) dalam hadis:

خير الأمور أوسطها

Diulaskan oleh ust. Kamaruddin dengan menceritakan hadis mengenai 3 sahabat yang datang betemu A'ishah bertanya mengenai ibadat Rasulullah. Mereka bertekad untuk melakukan ibadat yang lebih daripada apa yang ditunjukki oleh Rasululah tetapi ditegur oleh Rasulullah dengan katanya:
"Barang siapa yang tidak sukakan sunnahku...maka dia bukan dari kalangan ummatku".
Justeru, makan kesederhanaan adalah sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah. Kesederhanaan adalah apa yang digariskan dalam sunnah baginda.Wallahu a'lam.
Sila rujuk islamonline untuk jawapan lengkap.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP