CARI KANDUNGAN BLOG

Daurah 12

August 20, 2008

Surah al-Baqarah: m/s 14
Isi penting:
1. Manusia yang berakal cemerlang tidak akan mengutamakan yang fana berbanding yang kekal abadi.Tidak akan mendahulukan barang yang tidak bermutu, murah harganya berbading barang yang berkualiti yang mahal harganya. Kerana itu Allah mencela Yahudi yang memilih kebatilan berbanding kebenaran.
2. Barangsiapa yang tidak dapat beriman terhadap apa yang diturunkan kepadanya, tidak perlu mengharapkan keimanan mereka terhadap apa yang diturunkan kepada orang lain.
3. Al-Quran mengajarkan kepada kita satu kaedah berhujah dan membatalkan dakwaan orang Yahudi iaitu dengan bertanya: Lantas, kenapa kalian membunuh para nabi-nabi jika betul-betul kalian beriman kepada Allah?
Komen
Tahi lembu-orang yahudi diberi makan najis lembu dengan sebab kekufuran mereka. Bandingan ini adalah sesuai dengan kandungan tahi lembu yang mempunyai gas-gas yang mengkhayalkan yang selalu digunakan oleh penagih dadah untuk menambahkan khayal mereka.
Isu-isu yang dibincangkan:
1.
Hj. Muhammad bertanyakan mengenai pemahaman ayat 68 surah Yasin yang bermaksud: Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
Ust. Kamaruddin mengulas mengenai fitrah kejadian manusia yang bermula dengan lemah dari segi akal dan fizikal pada mulanya lalu menjadi bijak dan kuat. setelah itu mereka akan dikembalikan kepada kelemahan dari segi akal dan fizikal bila umur tua menjelma.
Seseorang yang telah mencapai usia tua dan nyanyuk sehingga hilang akalnya pada tahap mencacatkan syarat taklifnya, maka tidaklah wajib atasnya melaksanakan tuntutan syariat seperti solat dan sebagainya.
Ust. Farihan menambah bahawa nyanyuk adalah penyakit akal yang sekejap ada dan sekajap hilang. Dalam hal ini, waris perlu memainkan peranan untuk memastikan amalan syariat dapat ditegakkan oleh orang orang tua yang ditimpa penyakit nyanyuk.
2. En Suradi mengemukakan satu hadis dari sunan Ibn Majah yang menyebutkan bahawa pada setiap hari Isnin dan khamis Allah mengampunkan dosa orang-orang Islam kecuali yang bergaduh dengan saudara seislamnya. Persoalannya, apakah pada hari-hari yang lain Allah tidak mengampunkan dosa orang-orang Islam?
Ust. Kamaruddin mengulas bahawa sesuatu nas samada Al-Quran maupun Hadis tidak boleh dibaca secara bersendirian. Hadis di atas tidak boleh dibaca secara terpisah dengan hadis-hadis dan ayat Al-Quran yang lain di mana menjelaskan bahawa Allah adalah bersifat pengampun dan sentiasa mengampunkan hambanya. Allah tidak hanya mengampunkan pada hari Isnin dan khamis sahaja tetapi Allah mengampunkan setiap saat dan ketika apabila hambanya meminta keampunan. Hadis tersebut hanya menyatakan kelebihan hari Isnin dan khamis.Wallahu a'lam.
3. En Suradi membawakan sebuiah hadis yang lain menganai doa orang zalim akan diterima oleh Allah swt walaupun orang yang dizalimi itu adalah kafir. Persoalannya, bagaimanakah pula doa binatang yang dizalimi.
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa manusia yang kafir lebih tinggi kedudukannya daripada binatang. Jika doa orang kafir yang dizalimi pun diterima oleh Allah, apatah lagi doa binatang yang dizalimi. Islam melarang kita menzalimi binatang. Di antara kezaliman terhadap binatang ialah membunuh mereka dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syariat iaitu dengan membakar. Perbuatan membakar semut kerengga, membakar tikus yang diperangkap dan sebagainya adalah kezaliman terhadap binatang. Membunuh cicak adalah digalakkan berdasarkan hadis, namun membunuhnya berkali-kali adalah juga satu kezaliman dan mengurangkan pahala.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP