CARI KANDUNGAN BLOG

MAKSUD KANZUN DI BAWAH JIDAR

November 26, 2017

Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi:

وَكَانَ تَحْتَهُ كَنزٌ لَهُمَا
" Dan di bawahnya ada "kanzun" bagi dua anak yatim itu".

Perkataan "kanzun" dari segi bahasa bermakna " harta terkumpul"

Ikrimah dan Qotadah mentafsirkan kanzun itu sebagai harta yang banyak.

Namun, riwayat daripada Ibn Abbas menyebutkan bahawa beliau menyebut bahawa "kanzun" itu ialah satu ilmu yang tertulis di atas lembaran yang ditanam. Dalam tafsir Al-Qurtubi, beliau menukilkan pendapat Ibn Abbas tersebut dengan membawakan perkataan penuh hikmah yang tertulis dan ditanam bawah dinding kepunyaan dua orang tua anak yatim yang telah meninggal itu:

Kata-kata  itu tertulis di atas kepingan emas iaitu:



 بسم الله الرحمن الرحيم، عجبت لمن يؤمن بالقدر كيف يحزن، عجبت لمن يؤمن بالرزق كيف يتعب، عجبت لمن يؤمن بالموت كيف يفرح، عجبت لمن يؤمن بالحساب كيف يغفل، عجبت لمن يؤمن بالدنيا وتقلبها بأهلها كيف يطمئن لها، لا إله إلا الله محمد رسول الله
" Aku rasa heran...
dengan orang yang percayakan takdir, tapi masih bersedih
dengan orang yang percaya razekinya ditentukan Allah tapi berpenat lelah mencari razekinya
dengan orang yang percaya mati itu pasti namun dia masih bersuka ria
dengan orang yang pecaya hari penghisaban, tetapi dia tatap lalai dan leka
dengan orang yang percaya dunia itu kandungan berubah-ubah tapi masih bergantung teguh hatinya kepadanya. La ilaha illallah!

Riwayat yang menafsirkan kanzun dengan makna kata-kata hikmah yang tertulis atas kepingan emas itu adalah riwayat yang tidak saheh. Ia merupakan cerita yang diambil daripada kaum Bani Israil.Ibn Kathir, setelah membawakan riwayat-riwayat tersebut, beliau memberi komentar dengan mengatakan: 


والحديث إن صح

"dan hadis itu jikalau saheh pun..."

Cara Ibn Kathir menyebutkan itu menggambarkan bahawa dia tidak yakin dengan kesahehan hadis tersebut. Kerana tafsir Ibn Kathir bukanlah sebuah kitab hadis, dia tidkalah membicarakan sanad dan membahaskan matan-matan hadis yang didatangkannya.  Jika mahu mengetahui taraf hadis tersebut, hendaklah dirujuk kepada para ahli hadis yang mengarang kitab-kitab hadis.

Sebagai orang yang membaca tinggalan para ulama, saya punya kecenderungan untuk memahami makna kanzun itu sebagai harta tersimpan. Itulah yang ditafsirkan oleh Ikrimah dan Qotadah. Aku kurang boleh terima jika ia ditafsirkan sebagai lembaran "suhuf" yang tertulis atasnya kata-kata penuh hikmah. Ini kerana, jika "kanzun" itu hanya demikian, apalah nilainya untuk orang-orang dalam negeri yang disebutkan sebagai buruk perangai itu. Nabi Khidr membertulkan dinding yang mahu roboh itu kerana takut "kanzun' itu terbongkar dan kemudiannya diambil oleh orang-orang jahat dalam negeri. Padahal, ia ditanam oleh dua ibu bapa soleh yang ada dua anak untuk dipusakai oleh mereka setelah mereka mati.

Kalau ia lembaran suhuf tertulis kata-kata hikmah, ia tidak perlu ditanam. Bahkan menanam kata-kata itu adalah perbuatan yang buruk dan bukan cara orang soleh kerana ia langkah menyembunyikan ilmu. Padahal, ilmu itu jika dapat dimanfaatkan , alangkah besarnya faedah bagi penduduk negeri yang jahat itu. Maka, sudah tentulah nyang ditanam di bawah dinding itu sesuatu yang menjadi kegilaan orang yang tidak berbudi seperti warga negeri itu.

Namun Ibn Kathir dalam tafsirnya cuba mengharmonikan antara dua pandangan itu dengan maraikan pandangan yang mengatakan bahawa jika kanzun itu adalah kepingan emas yang tertulis kata-kata itu, ia tidaklah bertentangan dengan pandangan Ikrimah dan Qotadah yang menyifatkan kanzun adalah harta yang besar.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP