CARI KANDUNGAN BLOG

UBAIDILLAH BIN JAHSYI TIDAK MURTAD DI HABSYAH

November 25, 2017

Tersebar cerita dalam kitab-kitab sirah serta tafsir riwayat yang menyebutkan bahawa Ubaidillah bin Jahsyi, seornag sahabat nabi yang telah berhijrah ke Habsyah telah menukarkan agama Islam dan menganut Kristian di bumi Habsyah. Beliau merupakan suami kepada Ummu Habibah, iaitu anak Abu Sufyan yang kemudiannya dikahwini oleh Rasulullah SAW.
 
Kisah yang menyebutkan Ubaidillah bin Jahsyi murtad dan masuk Kristian juga ada dalam Tobaqat Ibn Saad.

م افتتن وتنصّر فمات وهو نصراني، وأثبت الله الإسلام لأم حبيبة، وأبت أن تتنصّر

رابط المادة: http://iswy.co/e14p73
Ubaidillah bin Jahsyi disebutkan dalam riwayat sirah oleh Ibn Ishak, merupakan salah seorang  daripada 4 orang dalam masyarakat Makkah yang jahiliyyah sebelum Islam yang tidak mahu menyembah berhala. Mereka mencari-cari kepercayaan yang sebenar. Mereka ialah:
1) Waraqah bin Naufal
2) Ubaidillah bin Jahsyi
3) Uthman bin Huwairist
4) Zaid bin Amru bin Nufail.

Dalam Mustadrak Al-Hakim telah meriwatkan secara mursal daripada Az-Zuhri:

ثم افتتن وتنصّر فمات وهو نصراني، وأثبت الله الإسلام لأم حبيبة، وأبت أن تتنصّر

" Kemudian dia (Ubaidillah bin Jahsyi) telah terfitnah dan menganut nasrani, lalu dia mati di sana (habsyah) dalam agama Nasrani. Akan tetapi Allah menetapkan Islam atas Ummu Habibah dan dia enggan untuk masuk Kristian seperti suaminya."


Al-Baihaqi meriwayatkan dalam Ad-Dalail dengan turuq Ibn Lahi'ah daripada Abu Al-Aswad daripada Urwah dengan katanya: dan daripada kalangan

Bani Asad bin Khuzaimah ialah Ubadillah bin Jahsyi, dia telah mati di Habsyah sebagai seorang Nasrani.Bersamanya isterinya Ummu Habibah, anak kepada Abu Sufyan. Namanya Ramlah. Lalu Rasulullah mengambilnya sebagai isteri. Uthman bin Affanlah yang menikahkannya dengan Rasulullah di bumi Habsyah.

Khabar ini dua kecacatan iaitu: Sifatnya yang mrsal dan kedaifan riwayat Ibn Lahi'ah.

Di samping itu ada keganjilan pada matannya. Ibn Kahir mengkritik riwayat ini dengan mengatakan: Adapun riwayat yang menyebut bahawa Urwah mengatakan bahawa Uthman bin Affan yang menikahkannya dengan rasulullah adalah ganjil kerana Uthman telah balik ke Makkah sebelum itu dan telah berhijrah ke Madinah ditemani isterinya Ruqiyyah binti Rasulullah SAW.

Ubaidillah bin Jahsyi adalah seorang yang tergolong kalangan "As-Sabiqunal Awwalun" iaitu orang terawal masuk Islam. Atas beberapa alasan, riwayat yang TIDAK SAHEH mengenai Ubaidillah bin Jahsyi yang terpengaruh dengan kristian dan mati dengan agama itu, dipertikaikan. Berikut adalah alasan untuk menolak cerita yang mencemarkan keperibadian sahabat awal masuk Islam itu:

a) Riwayat yang menyebutkan Ubaidillah masuk kristian dan mati atas agama Kristian itu datang melalui jalan yang tidak bersambung atau melalui perawi yang daif. Ia terbit daripada tiga perawi utama iaitu Ibn Ishak, Ibn lahi'ah dan Al-Waqidi. Riwayat yang bersambung memang ada tetapi melalui Al-Waqidi yang dianggap pendusta oleh ahli hadis. Sementara riwayat dengan jalan Urwah bin Mas'ud pula adalah Mursal.

b) Riwayat yang saheh menceritakan matinya Ubaidllah bin Jahsyi di bumi Habsyah tidak pula menyebut tentang masuknya beliau dalam agama Kristian.

c) Adalah luar biasa dan sukar diterima akal logik, satu orang yang rela menghadapi susah payah menganut Islam di zaman sukar, kemudian bertongkah arus menyemberang laut merah, bergeladangan di Bumi Habsyah, tiba-tiba dikatakan bertukar agama menurut riwayat yang meragukan. Kalau mahu tukar agama, buat apa masuk Islam yang di awalnya menempah susah.  Lagi pula, riwayat beliau masuk Kristian itu pada saat nabi SAW sudah ada di Madinah. Riwayat menyebutkan bahawa nabi mengahwini Ummu Habibah pada tahun ke 6/7 H, sementara matinya Ubaidillah bin Jahsyi adalah sekitar setahun sebelumnya. Saat itu, kedudukan Islam sudah bertambah teguh di Madinah. Logikkah satu orang yang masuk Islam saat Islam lemah, tiba-tiba setelah Islam kuat dia bertukar arah dan memilih kepercayaan lain?

d) Satu dalil lain cukup menarik untuk diperimbangkan ialah jawapan Abu Sufyan di depan Heraklius saat ditanya tentang nabi SAW. Heraklius bertanya kepada Abu Sufyan tentang nabi Muhamamd SAW:
" Apakah ada yang mutad meninggalkan agamanya kerana benci setelah memasukinya?"
Abu Sufyan menjawab: Tidak ada.
Jawapan Abu Sufyan ini menafikan kemurtadan Ubaidillah bin Jahsyi. Masakan Abu sufyan tidak tahu menantunya murtad meninggalkan Islam dan masuk Kristian kalau ia benar berlaku? Padahal ketika itu Abu Sufyan masih kafir dan memerlukan "point" untuk mendeskreditkan nabi Muhammad SAW.

Maka, kesimpulannya, cerita murtadnya Ubaidillah bin jahsyi ini tidak saheh. Ia tidak patut dijadikan cerita dalam ceramah-ceramah  kerana ada keraguan dalam cerita ini. Keraguan itu pula membabitkan maruah akidah sahabat terawal Islam. Cerita kemurtadan ini berkemungkinan besar siri kedustaan yang disebarkan oleh orang-orang punya masalah dengan Bani Ummayyah seperti Ibn Ishak. Termaklum bahawa Ibn Ishak terpalit dengan sangkaan bertasyayyu' dalam banyak riwayatnya. Kerana Ubaidillah bin Jahsyi itu suami Ummu Habibah dan Ummu habibah adalah anak Abu Sufyan, maka cerita ini direka. Tujuannya ialah  agar nama keluarga Bani Umayyah dicemarkan berterusan. Abu Sufyan adalah bapa kepada Mu'awiyyah,  sahabat nabi dan pemula kepada Dinasti Bani Umayyah yang menjadi titik benci kaum Syiah Rafidhah.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP