CARI KANDUNGAN BLOG

MURTAD YANG BAGAIMANA DIHUKUM BUNUH?

November 23, 2017

 سَتَجِدُونَ آخَرِينَ يُرِيدُونَ أَن يَأْمَنُوكُمْ وَيَأْمَنُوا قَوْمَهُمْ كُلَّ مَا رُدُّوا إِلَى الْفِتْنَةِ أُرْكِسُوا فِيهَا ۚ فَإِن لَّمْ يَعْتَزِلُوكُمْ وَيُلْقُوا إِلَيْكُمُ السَّلَمَ وَيَكُفُّوا أَيْدِيَهُمْ فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ ۚ وَأُولَٰئِكُمْ جَعَلْنَا لَكُمْ عَلَيْهِمْ سُلْطَانًا مُّبِينًا

Kelak kamu akan dapati (golongan-golongan) yang lain, yang bermaksud supaya mereka aman dari pada kamu dan aman (pula) dari kaumnya. setiap mereka diajak kembali kepada fitnah (syirik), merekapun terjun kedalamnya. Karena itu jika mereka tidak membiarkan kamu dan (tidak) mau mengemukakan perdamaian kepadamu, serta (tidak) menahan tangan mereka (dari memerangimu), Maka tawanlah mereka dan Bunuhlah mereka dan merekalah orang-orang yang kami berikan kepadamu alasan yang nyata (untuk menawan dan membunuh) mereka. 
(Surah An-Nisak: Ayat 91)




Daurah 92 semalam, membawaku merenung dan mentadabbur ayat 91 Surah An-Nisak. Ayat ini menjelaskan pengecualian yang Allah berikan kepada orang bersifat nifak, agar mereka dibiarkan. Disebutkan dalam ayat sebelumnya bahawa orang-orang yang diperintahkan perangi mereka iaitu mereka yang tidak mahu berhijrah dan kekal bersama kelompok kafir yang memerangi Islam. Namun dikecualikan jika mereka itu:

1) Terpaksa dan hati mereka tidak suka memerangi Islam
2) Ada hubungan dengan pihak punya perjanjian dengan kaum muslimin.
3) Mereka yang masuk Islam kemudian berpaling kepada kekufuran tetapi tidka memerangi Islam.

Ayat 91 ini menimbulkan dalam fikiranku tentang persoalan hukum bunuh bagi orang murtad yang disebutkan dalam hadis Saheh Bukhari:

من بدل دينه فاقتلوه
" Siapa menukar agamanya, maka bunuhlah dia".

Rupanya , para sarjana membincnagkan hal ini tetapi tidak pula aku temui mereka menyebutkan ayat 91 Surah An-Nisak sebagai dalil bahawa hukuman bunuh bagi ornag murtad adalah jika mereka membuat aksi balas yang merosakkan Islam.

Syeikh Ali Jumuat adalah antara tokoh masa kini yang mengatakan orang murtad yang menukar agama tidak dihukum bunuh. Beliau membahagikan murtad kepada dua iaitu :
a) Murtad iktikad
b) Murtad merosakkan masyarakat Islam

Murtad yang dikenakan had adalah murtad jenis yang kedua.
Rujuk: Al-Youm

Dr. Zakir naik, ketika dilontarkan persoalan mengenainya, jawapannya juga senada.

https://youtu.be/hdy5zXTn4JM

Syeikh Ali Al-Jufri juga menjelaskan maksud hadis itu dengan golongan murtad yang menyerang balas ISlam.



Catatan:

1) Sesetengah ulama Syafi'iyyah menghukumkan wajib dibunuh sesiapa yang menukar agama dari satu agama kafir kepada agama kafir yang lain. Umpamanya dari agama Hindu kepada agama Kristian.

3) Ibn Hajar menyebutkan dalam Fathul Bari hadis nabi berkata kepada Muaz bin Jabal ketika beliau diutuskan ke Yaman:


أَيّمَا رَجُل اِرْتَدَّ عَنْ الْإِسْلَام فَادْعُهُ فَإِنْ عَادَ وَإِلَّا فَاضْرِبْ عُنُقه، وَأَيّمَا اِمْرَأَة اِرْتَدَّتْ عَنْ الْإِسْلَام فَادْعُهَا فَإِنْ عَادَتْ وَإِلَّا فَاضْرِبْ عُنُقهَا
" Mana-mana lelaki yang murtad dari Islam, maka ajaklah dia kembali kepada Islam, jika dia tidak mahu maka bunuhlah dia. Mana-mana perempuan yang murtad daripada Islam, maka ajaklah dia kembali kepada ISlam, jika dia enggan, bunuhlah dia".









0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP