CARI KANDUNGAN BLOG

NAJDAH BIN AMIR AL-HARURI

November 28, 2017

Sila rujuk maklumat mengenainya di dalam:

Al-Milal wan Nihal oleh Syahristani
Al-Farq bainal Firaq oleh Abdul Qahir Al-Baghdadi

 Orang ini seorang Khawarij yang melakar kanvas hidupnya sebagai seorang Khawriji. Namanya adalah Najdah bin Amir bin Abdullah. Kunyahnya Abu Al-Mutarrah. Lahir tahun 36 H dan meninggal tahun 69H.

Najdah Al-Haruri, itulah panngilan glamornya. Hidupnya penuh dengan mememimpin peperangan. Perang Melawan Bani Ummayyah, bersama Abdullah bin Zubir membantunya, kemudian mengkhianatinya. Mempengaruhi penduduk Yamamah dan bertembung dengan Abu Fudaik dan mati dibnunuh olehnya.

Najdah Al-Haruri pernah menulis surat kepada Ibn Abbas bertanya tiga persoalan:

3 persoalan yang ditanya itu ialah:
1) Apakah wanita ikut berperang bersama Rasulullah?
2) Apakah Rasulullah membunuh kanak-kanak?
3) Hukum Khumus

3 Soalan itu telah dijawab oleh Ibn Abbas. Wanita di zaman Rasulullah ikut berperang  di medan, merawat tentera dan membahagi-bahagikan ghanimah namun mereka tidak ada saham dalam ghanimah. Sementara membunuh kanak-kanak tidak pernah dibuat oleh Rasulullah dan tidak dibenarkan melainkan jika seseorang itu ada ilmu nabi Khidr yang boleh membezakan yang bakal jadi kafir dan tidak. Adapun khumus, kata Ibn Abbas, ia adalah "hak kami", akan tetapi ramai tidak bersetuju ia menjadi hak kami lalu kami bersabar. Jawapan Ibn Abbas ini ada dalam saheh Muslim (no Hadis 1812)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP