CARI KANDUNGAN BLOG

JASAD NABI DANIAL DITEMUI DI SHOOSHTAR, IRAN.

November 28, 2017

Nabi Danial adalah salah seorang nabi dari kaum Bani Israil. Beliau telah ditawan oleh Raja Nebuchanezar dan dibawa balik ke Babylon. Kerana dapat mentafsirkan mimpi raja Babylon dengan tafsiran yang mengkagumkan sang raja, di samping kemukjizatan lain, beliau mendapat kedudukan mulia di sana.




Terdapat riwayat yang saheh menyebutkan mengenai penemuan jasad nabi Danial pada zaman pemerintahan Umar Al-Khattab. 

Antaranya ialah:


وروى ابن أبي شيبة (7/ 4) بسند صحيح، عَنْ أَنَسٍ: أَنَّهُمْ لَمَّا فَتَحُوا تُسْتَرَ قَالَ: " فَوَجَدَ رَجُلًا أَنْفُهُ ذِرَاعٌ فِي التَّابُوتِ , كَانُوا يَسْتَظْهِرُونَ وَيَسْتَمْطِرُونَ بِهِ , فَكَتَبَ أَبُو مُوسَى إِلَى عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ بِذَلِكَ , فَكَتَبَ عُمَرُ: إِنَّ هَذَا نَبِيٌّ مِنَ الْأَنْبِيَاءِ وَالنَّارُ لَا تَأْكُلُ الْأَنْبِيَاءَ , وَالْأَرْضُ لَا تَأْكُلُ الْأَنْبِيَاءَ , فَكَتَبَ أَنِ انْظُرْ أَنْتَ وَأَصْحَابُكَ يَعْنِي أَصْحَابَ أَبِي مُوسَى فَادْفِنُوهُ فِي مَكَانٍ لَا يَعْلَمُهُ أَحَدٌ غَيْرُكُمَا قَالَ: فَذَهَبْتُ أَنَا وَأَبُو مُوسَى فَدَفَنَّاهُ " .
" Ibn Abi Syaibah meriwayatkan dengan sanad yang saheh daripada Anas: Ketika mereka melakukan "futuh" di wilayah Shooshtar, mereka menemui seorang lelaki yang hidungnya panjang sehasta terbaring di dalam sebuah keranda. Penduduk negeri itu memohon kemenangan dalam peperangan dan hujan menggunakannya. Maka Abu Musa Al-Asy'ari telah menulis surat kepada Umar Al-Khattab memberitahu hal itu. Maka Umar Al-Khattab membalas: Sesungguhnya lelaki ini adalah satu nabi di antara nabi-nabi Allah, api dan tanah tidak akan memakan tubuh para nabi. Umur menulis: Hendaklah kamu dan teman-temanmu menguruskannya dan menanamnya di tempat yang seorang pun tidak tahu melainkan kamu berdua. Lalu aku ( Ibn Abi Syaibah) dan Abu Musa pun melaksanakannya, yakni mengebumikannya".

Dalam riwayat Baihaqi dalam Dalail An-Nubuwwah dinyatakan beberapa tambahan iaitu, Umar menyuruh agar digali 13 kubur pada siang hari dan pada malamnya ditanam dalam satu kubur agar orang ramai tidak terfitnah dengan kesyirikan memuja kuburnya dan meminta pertolongan kepadanya sebagaimana kelakuan warga Shooshtar sebelum pembukaan Islam di sana. Disebutkan juga bahawa jasad Danial ditemui dalam kamar harta milik raja Hurmuzan dan di sisinya ada mashaf yang dibawa kepad Umar serta diterjemahkan oleh Wahab bin Munabbih.

Imam Ibn Kathir dalam Bidayah Wan Nihayah mengkritik pendapat yang mengatakan usia mayat itu 300 tahun. Ini kerana riwayat saheh menyatakan antara Isa dengan nabi Muhammad SAW tiada nabi lain. Lagi pula disebutkan dalam riwayat-riwayat penemuan itu, hidungnya panjang sejengkal dan ada yang menyebutkan panjangnya sehasta. Jika demikian fzikalnya, ia tentu kepunyaan ummat terdahulu. Paling berkemungkinan, usianya bukan 300 tahun tetapi mungkin 800 tahun. Jika demikian, barulah benar dia nabi Danial kerana itulah tempoh masa yang dikatakan nabi Danial dibawa  yang dibawa ke Babylon sebagai tawanan bersama kaum Bani Israil.

Wallahu a'lam...Maka sampai hari ini orang tidak tahu di mana kubur nabi Danial. Jika ada dakwaan, itu hanya dugaan para ahli bid'ah.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP