CARI KANDUNGAN BLOG

KEMUSYKILAN DALAM KISAH UMMU QIRFAH

March 8, 2019

Ummu Qirfah, nama sebenarnya adalah Fatimah binti Rabi'ah bin Badar dari kabilah Fazarah yang menghuni daerah utara Madinah menuju ke Syam.

Apa yang menjadi musykil dan perdebatan kalangan sarjana ialah kisah mengenai yang diriwayatkan dalam buku-buku sirah seperti Ibn Hisyam, Al-Waqidi , bahkan dalam syarah hadis Bukhari sendiri, dalam bab mghazi.

Ummu Qirfah telah memerangi Rasulullah SAW dan kerana itu Rasulullah tugaskan Zaid bin Harithah untuk menanganinya. Ummu Qurfah dapat ditawan dan dia telah dibunuh dengan cara yang kejam. Caranya adalah "Muthlah", iaitu diikat kaki tangannya pada unta dan ditarik sehingga bercerai berai badannya. 

Riwayat mengenai cara pembunuhan tidak berperikemanusiaan inilah yang menjadi pertanyaan di kalangan pengkaji. 

Kerana itu, sebahagian ulama mempertikaikan kesahehan riwayat ini. Ia disebut sebagai riwayat yang Mudhtarib kerana tidak senada dalam pelbagai versinya. 

Dalam tarikh Tobari disebutkan:

أن زيد قتل أم قرفة في هذه الغزوة ، وهي فاطمة بنت ربيعة بن بدر، وأنه قتلاً عنيفاً بأن ربط برجليها حبلاً بين بعيرين حتى شقها شقاً، وكانت عجوزاً كبيرة وأسر ابنتها

" Sesungguhnya Zaid telah membunuh Ummu Qurfah dalam peperangan ini. Ummu Qurfah, namanya ialah Fatimah binti Rabi'ah bin Badar. Zaid telah membunuhnya dengan cara yang sadis iaitu diikat dua kakinya pada dua ekor unta sehingga terkoyak. Pada saat itu Ummu Qurfah sudah tua. Anak perempuannya pula ditawan".
(Ms 642-643)



Musuh  Islam menyerang dengan mengatakan kejadian ini tidaklah dianggap wewenang Zaid dan Rasulullah cuci tangan. Ini kerana ketika anak perempuan Ummu Qirfah yang ditawan itu dibawa balik ke Madinah, baginda minta ia diserahkan kepadanya dan baginda lalu berikan kepada Huznin bin Abi Wahab.

Musuh-musuh Islam yang senentuasa mengintai ruang menjadikan kisah ini bola tanggung untuk menyerang keperibadian Rasulullah SAW. Itulah yang mereka lemparkan kepada nabi mulia.

Apakah riwayat cerita ini benar?

Adnan Ibrahim menuntaskan dalam ceramahnya bahawa cerita ini dusta perawi mghazi. Ibn Ishak, Al-Waqidi dan lain-lain.






Dalam bab ini, Adnan Ibrahim mengambil sikap yang membela kemuliaan Rasulullah SAW. Kerana itu, walaupun aku tidak suka kepada orang ini atas kelancangan dalam beberapa isu, aku menyimpan sedikit tasamuh dengannya.


Catatan :

1) Cerita ini ada dalam :
  • Tobaqat Ibn Saad
  •  Al-Muntazim Ibn Jauzi
  • Sirah Ibn Hisyam
  • Al-Bidayah Wan Nihayah -Ibn Kathir
2) Midar riwayah kisah ini adalah Muhamamd bin Umar Al-Waqidi
3) Imam Bukhari kata Al-Waqidi adalah Matrukul Hadis (Lihat: Tahzibul Kamal; Jil 26)
 -Imam Ahmad kata dia itu Kazzab. Yahya bin Ma'in kata dia daif dan juga pernah kata  "laisa bisyai'" (yakni tak bernilai)
-Abu Daud kata sampai kepadanya kata-kata Ali AlMadini bahawa Al-Waqidi meriwayatkan 30 ribu hadis  gharib.
-Az-Zahabi kata : Mujmak dia ditinggalkan riwayatnya.
4) An-Nasai menyebutkan  dalam Ad-dhu'afaa Wal Matrukin: Yang terkenal dengan penimpuan atas Rasulullah SAW ada 4 iaitu: Al-Waqidi di  di Baghdad, Ibrahim bin Abi Yahya di Madinah, Muqatil bin Sulaiman di Khurasan dan Muhammad bin Abi Sa'id Al-Maslub di Syams.

5) Ramailah tokoh mentajrihkan Al Waqidi spt Imam Ahmad, Ibn Ma'in, Ali Al-Madini, Al-Hatim, Ibn Mubarak, dll.

6) Dalam Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, cerita Ummu Qirfah ini berlaku pada zaman Abu Bakar dan beliau murtad dan diperangi oleh Abu Bakar.

7) Dalam Sirah Ibn Hisyam dan Bidayah Wan Nihayah , cerita ini daripada jalan Ibn Ishak tanpa sanad.



Kesimpulan:

Kisah Ummu Qirfah ini tidak saheh. Ringkasnya ia adalah riwayat dusta atas sirah Rasulullah SAW.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP