Daurah14
August 28, 2008
1.Orang Yahudi mendakwa nabi Sulaiman kafir kerana mengamalkan sihir tetapi Allah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa mereka telah ditipu oleh iblis yang sememang kafir.
1.Orang Yahudi mendakwa nabi Sulaiman kafir kerana mengamalkan sihir tetapi Allah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa mereka telah ditipu oleh iblis yang sememang kafir.
2. Meminta mati adalah dilarang jika tujuannya kerana mahu lari daripada musibah dan penderitaan tetapi digalakkan dan sunnat jika kerana cinta kepada Allah dan ingin bertemunya.
Komen
Tajweed
Isu-isu yang dibincangkan
1. Ustaz Farihan menimbulkan isu membelakangkan Al-Quran sebagaimana disebutkan dalam ayat terakhir m/s 14. Minta penjelasan mengenai bersumpah memegang Al-Quran. Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa perkara tersebut dihuraikan oleh ramai tokoh dan ulama. Yang jelas bersumpah dengan Al-Quran merupakan satu rekayasa dan bid'ah dalam agama. Ia juga membawa kepada tasyyabbuh bil kuffar yang dilarang.
2. En Suradi menimbulkan 3 isu berdasarkan 3 hadis.
TAMBAHAN
Daurah pada malam ini mengucapkan terimakasih kepada Ustaz Hakim dan ayahnya Ust. Hamdan atas kehadiran mereka dan penglibatan serta sumbangan pandangan dan pendapat dalam daurah pada malam ini. Ust. Hakim datang ke Sabah bertemu isterinya yang bertugas di Elopora Bistari. Ayahnya juga datang bersama dan secara kebetulan mereka singgah di Masjid Al-Fajar. Daripada perbualan selepas itu, Ust. Hamdan merupakan ahli daurah pengajian hadis darul Kausar yang dikendalikan oleh Ust Maulana Asri Yusuf.
Read more...1. Manusia yang berakal cemerlang tidak akan mengutamakan yang fana berbanding yang kekal abadi.Tidak akan mendahulukan barang yang tidak bermutu, murah harganya berbading barang yang berkualiti yang mahal harganya. Kerana itu Allah mencela Yahudi yang memilih kebatilan berbanding kebenaran. 2. Barangsiapa yang tidak dapat beriman terhadap apa yang diturunkan kepadanya, tidak perlu mengharapkan keimanan mereka terhadap apa yang diturunkan kepada orang lain.
Komen
Tahi lembu-orang yahudi diberi makan najis lembu dengan sebab kekufuran mereka. Bandingan ini adalah sesuai dengan kandungan tahi lembu yang mempunyai gas-gas yang mengkhayalkan yang selalu digunakan oleh penagih dadah untuk menambahkan khayal mereka.
Isu-isu yang dibincangkan:
1. Hj. Muhammad bertanyakan mengenai pemahaman ayat 68 surah Yasin yang bermaksud: Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
2. En Suradi mengemukakan satu hadis dari sunan Ibn Majah yang menyebutkan bahawa pada setiap hari Isnin dan khamis Allah mengampunkan dosa orang-orang Islam kecuali yang bergaduh dengan saudara seislamnya. Persoalannya, apakah pada hari-hari yang lain Allah tidak mengampunkan dosa orang-orang Islam?
Ust. Kamaruddin mengulas bahawa sesuatu nas samada Al-Quran maupun Hadis tidak boleh dibaca secara bersendirian. Hadis di atas tidak boleh dibaca secara terpisah dengan hadis-hadis dan ayat Al-Quran yang lain di mana menjelaskan bahawa Allah adalah bersifat pengampun dan sentiasa mengampunkan hambanya. Allah tidak hanya mengampunkan pada hari Isnin dan khamis sahaja tetapi Allah mengampunkan setiap saat dan ketika apabila hambanya meminta keampunan. Hadis tersebut hanya menyatakan kelebihan hari Isnin dan khamis.Wallahu a'lam.
3. En Suradi membawakan sebuiah hadis yang lain menganai doa orang zalim akan diterima oleh Allah swt walaupun orang yang dizalimi itu adalah kafir. Persoalannya, bagaimanakah pula doa binatang yang dizalimi.
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa manusia yang kafir lebih tinggi kedudukannya daripada binatang. Jika doa orang kafir yang dizalimi pun diterima oleh Allah, apatah lagi doa binatang yang dizalimi. Islam melarang kita menzalimi binatang. Di antara kezaliman terhadap binatang ialah membunuh mereka dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syariat iaitu dengan membakar. Perbuatan membakar semut kerengga, membakar tikus yang diperangkap dan sebagainya adalah kezaliman terhadap binatang. Membunuh cicak adalah digalakkan berdasarkan hadis, namun membunuhnya berkali-kali adalah juga satu kezaliman dan mengurangkan pahala.
Komen
Ustaz Farihan mengimbau kisah pembunuhan hartawan Yahudi dan penyembelihan sapi bertina dengan membawa iktibar bahawa kita ditegah berdolak dalik dalam melaksanakan perintah Allah. Perbuatan dolak dalik ini adalah sikap Yahudi.
Isu-isu yang dibincangkan.
Isu yang dibincangkan:
(Persoalannya: Apakah maksud "binasa" di sini?)
2. En Suradi menyebutkan tentang satu sumber yang dikatakan hadis bermaksud;"jika anda solat di kandang kambing, ianya sah. Jika anda solat di kandang unta, tidak sah". Minta cari sumbernya. Jika ada apa maksudnya?
3. En Suradi menimbulkan persoalan maksud "wasata" (Sederhana) dalam hadis:
خير الأمور أوسطها
1. Allah memerintahkan Bani Israil memasuki Baitul Maqdis. Peristiwa itu berlaku setelah 40 tahun mereka berada di padang pasir Tih. Mereka telah berjaya merampas Baitul Maqdis daripada penguasa kafir yang memerintahnya dengan pimpinan Yusya' bin Nun.
2. Allah memerintahkan mereka masuk dalam keadaan penuh kesyukuran sambil mengucapkan "Hittoton" yang membawa maksud "pengakuan atas dosa dan memohon keampunan daripada Allah".
3. Namun, mereka masuk sambil merangkak dan menyebut "Habbatun" yang bermaksud "bijirin..."
Isu-isu yang dibincangkan:
Maksud 'Solat Wusta" dalam ayat 238 surah Al-Baqarah (m/s39)
Soalan dikemukakan oleh En. Suradi dalam daurah sebelumnya dan dijelaskan dalam daurah ini oleh Ust. Kamaruddin. Apa yang jelas, para ulama berkhilaf pandangan tentang makna "Solat Wusta". Tafsir Al-Qurtubi telah menyenaraikan 10 pandangan yang berbeza-beza mengenai makna "Solat Wusta". Namun, pendapat yang mengatakan solat wusta adalah solat asar dipegang oleh jumhur para ulama.
Rujukan cadangan:
Fatwa Al-Azhar mengenai solat Wusta
Tafsir Al Bakri, ayat 238 al baqarah-SOLAT WUSTHO
Read more...Read more...
© Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP