CARI KANDUNGAN BLOG
Ar-Rijal bin Unfuwah
March 12, 2019
Abu Hurairah berkata apabila semua yang dalam majlis itu telah mati satu demi satu, tinggallah dia dan Ar-Rijal bin Unfuwah. Abu Hurairah bimbang kalau-kalau dia lelaki yang dimaksudkan itu. Tetapi, apabila berlaku perang membanteras golongan murtad di zaman Abu Bakar, didapatinya Ar-Rijal bin Unfuwah telah bersama Musailamah Al-Kazzab, tahulah Abu Hurairah bahawa lelaki yang dimaksudkan Rasulullah SAW itua adalah Ar-Rijal bin Unfuwah.
Dalam perang Al-Yamamah, Ar-Rijal bin Unfuwah telah mati dibunuh oleh Zaid bin Al-Khattab.
Kisah mengenai lelaki ini ada di nukilkan dalam kitab-kitab sirah seperti Al-Bidayah Wan Nihayah oleh Ibn Kathir rahimahullah.
Walau bagaimanapun, terdapat kritikan terhadap kesahehan cerita ini kerana ada perawi yang bernama Saif bin Umair yang dituduh sebagai pendusta.
Darut Qutni yang menyebutkan hadis mengenai gusi besar bukit uhud itu juga tidak sertakan sanad
" Sesungguhnya dalam kalangan ummatku ada 12 orang munafiq. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sehinggalah unta masuk ke lubang jarum. 8 daripada mereka akan mati kerana penyakit Dubailah" iaitu nyalaan daripada api yang kelihatan di bahu mereka sehingga menghunjam dada mereka."
KEPIMPINAN TIDAK SEMESTINYA DI TANGAN ORANG PALING BAIK
Di riwayatkan dalam hadis Saheh Bukari:
اسْتَقْبَلَ وَاللَّهِ الحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ مُعَاوِيَةَ بِكَتَائِبَ أَمْثَالِ الجِبَالِ ، فَقَالَ عَمْرُو بْنُ العَاصِ : إِنِّي لَأَرَى كَتَائِبَ لاَ تُوَلِّي حَتَّى تَقْتُلَ أَقْرَانَهَا ، فَقَالَ لَهُ مُعَاوِيَةُ - وَكَانَ وَاللَّهِ خَيْرَ الرَّجُلَيْنِ -: أَيْ عَمْرُو ! إِنْ قَتَلَ هَؤُلاَءِ هَؤُلاَءِ، وَهَؤُلاَءِ هَؤُلاَءِ مَنْ لِي بِأُمُورِ النَّاسِ، مَنْ لِي بِنِسَائِهِمْ، مَنْ لِي بِضَيْعَتِهِمْ
فَبَعَثَ إِلَيْهِ رَجُلَيْنِ مِنْ قُرَيْشٍ مِنْ بَنِي عَبْدِ شَمْسٍ : عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ سَمُرَةَ ، وَعَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَامِرِ بْنِ كُرَيْزٍ ، فَقَالَ : اذْهَبَا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فَاعْرِضَا عَلَيْهِ ، وَقُولاَ لَهُ ، وَاطْلُبَا إِلَيْهِ .
فَأَتَيَاهُ ، فَدَخَلاَ عَلَيْهِ فَتَكَلَّمَا ، وَقَالاَ لَهُ ، فَطَلَبَا إِلَيْهِ ، فَقَالَ لَهُمَا الحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ : إِنَّا بَنُو عَبْدِ المُطَّلِبِ قَدْ أَصَبْنَا مِنْ هَذَا المَالِ ، وَإِنَّ هَذِهِ الأُمَّةَ قَدْ عَاثَتْ فِي دِمَائِهَا . قَالاَ : فَإِنَّهُ يَعْرِضُ عَلَيْكَ كَذَا وَكَذَا ، وَيَطْلُبُ إِلَيْكَ وَيَسْأَلُكَ . قَالَ : فَمَنْ لِي بِهَذَا ؟ قَالاَ : نَحْنُ لَكَ بِهِ . فَمَا سَأَلَهُمَا شَيْئًا إِلَّا قَالاَ: نَحْنُ لَكَ بِهِ ، فَصَالَحَهُ ،
فَقَالَ الحَسَنُ : وَلَقَدْ سَمِعْتُ أَبَا بَكْرَةَ يَقُولُ : رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى المِنْبَرِ - وَالحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ إِلَى جَنْبِهِ -، وَهُوَ يُقْبِلُ عَلَى النَّاسِ مَرَّةً، وَعَلَيْهِ أُخْرَى وَيَقُولُ: ( إِنَّ ابْنِي هَذَا سَيِّدٌ ، وَلَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يُصْلِحَ بِهِ بَيْنَ فِئَتَيْنِ عَظِيمَتَيْنِ مِنَ المُسْلِمِينَ )
Iktibar daripada hadis: .
- Nabi mengkhabarkan masa depan dan baginda mendapat ilmu itu kerana wahyu Allah SWT atas baginda.
- Menceritakan manaqib Hasan bin Ali. Beliau melepaskan jawatan kepimpinan demi menjaga darah kaum muslimin. Dia menyerah bukan kerana sedikit pengikut, merasa hina atau kerana cacat cela padanya tetapi kerana kemahuan tinggi terhadap Redha Allah SWT. Bukan senang memiliki sikap mulia seperti ini. Orang yang berjiwa besar sahaja mampu mengambil sikap terpuji seperti Hasan ini.
- Tertolaknya tuduhan kaum Khawarij yang mengkafirkan Ali dan pasukannya serta Mu'awiyah dan pasukannya. Bila Rasulullah "dua kumpulan besar daripada orang Islam", bererti Kedua-dua mereka masih termasuk orang Islam.
- Islah (mendamaikan ) antara manusia adalah aulawiyyat utama dalam sesuatu pertimbangan.
- Menunjukkan sikap dan watak Mu'awiyah yang bertimbangrasa dengan rakyat serta wawasan jauhnya.
- Keharusan pemimpin meletakkan jawatan jika perletakan jawatan itu ada kebaikan untuk kaum muslimin.
- Keharusan melantik pemimpin yang kurang afdhal walaupun ada yang lebih afdhal.
- Pendirian pihak yang berkecuali dalam pertikaian itu adalah sikap yang betul bahkan paling betul. Mereka yang berkecuali adalah seperti Saad bin Abi Waqqas, Ibn Umar, Muhamamd bin Masalmah dll.
MARWAN BIN AL-HAKAM
March 11, 2019
Beliau adalah khalifah keempat Bani Umayyah dan disebutkan sebagai pengasas ke-2 Bani Umayyah.
3) Kononnya juga ialah Marwan buat surat palsu atas nama Uthman bin Affan untuk arahkan agar Muhamad bin Abu Bakar dibunuh di Mesir. Ia menjadi fitnah yang mengundang kembalinya rombongan Mesir ke Madinah dan kepung rumah Saiyyidina Uthman bin Affan. Sebenarnya ada musuh dalam selimat dari kelompok Abdullah bin Saba' yang mengadu domba. Jika anda baca sejarah, bagaimana dalam masa yang sama rombongan Irak dan Mesir boleh sama-sama tahu perkara tersebut dan balik semula ke Madinah mengepung rumah Uthman?? Mesti ada konspirasi lain.
Sebagai tambahan, mari kita semak satu riwayat yang disebutkan oleh Ibn 'Asakir dalam Tarikh Damsyiq (69/261) mengenai terjemahan seorang yang bernama Aisyah binti Musa bin Talhah bin Ubaidillah.
Kata Ibn 'Asakir: Aku telah membaca dalam sebuah kitab riwayat daripada Abdus Somad daripada Abdillah daripada Abd Somad bin Abi Yazid Ad-Damsyiqi yang telah menceritakan kepadanya oleh Mu'awiyah bin Soleh Al-Asy'ari mendengar cerita Abdurrahman bin Syuraik lalu mendengar cerita Abu Bakar bin Isa bin Musa bin Talhah, katanya aku dengar Aisyah binti Musa bin Talhah yang meruapakan isteri kepada Abdul Malik bin Marwan, katanya: Abdul Malik bin Marwan telah berkata kepadaku: Wahai Aisyah, kalaulah tidak kerana Marwan telah membunuh Talhah, sudah tentu akulah yang akan membunuh Talhah!
Kritikan ke atas riwayat ini:
1) Jarak masa antara Ibn 'Asakir dengan Abdus Somad sangat jauh dan mustahil mereka bertemu.Abd Somad meninggal pada tahun 304H manakala Ibn 'Asakir meninggal tahun 571h. Senggangan masa sebanyak 250 tahun!
2) Kitab yang dikatakan dibaca oleh Ibn 'Asakir tidak dapat dipastikan.
3) Aisyah binti Musa bin Talhah adalah individu yang majhul yakni tidka dikenali. Apakah benar dia wujud?
4)Perawi bernama Abu Bakar bin Isa bin Musa bin Talhah juga majhul. Tidak dikenal!
5) Abdurrahman bin Syuraik juga majhul al-ain.Tiada terjemah mengenainya. kalau hendak dikataka beliau adalah An-Nakhai yang daif riwayatnya itu, tidak mungkin pula sebab mereka berebza peringkat zaman.
Kerana itu, riwayat mengenai perkataan Abdul Malik bin Marwan itu tidak saheh dan tidak boleh dijadikan sandaran
Cerita-cerita yang menyebutkan bahawa Marwan bin Al-Hakam membunuh Talhah bin Ubaidillah ini tidak boleh dipercayai. Implikasi tidak baiknya banyak untuk dipercayai. Jika benar, maka bagaimana boleh para ulama hadis meneriwa periwayatan Marwan sedangkan Marwan seornag pembunuh lebih-lebih lagi yang dibunuh adalah seornag sahabat nabi yang dijami syurga? Tuduhan ini juga sekaligus memburukkan nama Uthman bin Affan. Mengapa orang jahat dipilih Uythman untuk jadi penulis dan setiausahanya? Ia juga satu tohmahan atas Talhah sendiri kerana Talhah berperang dalam perang Jamal kerana membela Uthman. Seolah-olah Talhah mnentang Uthman, maka Marwan membunuhnya! Tuduhan ini juga satu najis yang dilemparkan kepada Mu'awiyah kerana Marwan adalah orang kepercayaan Mu'awiyah sehingga ditaklifkan sebagai gabenor madinah semasa kekhalifahannya.
Bagimana Marwan dan Talhah dalam satu pasukan, tiba-tiba Marwan dituduh bunuh Talhah. Marwan pun tahun bahawa talhah tidak terlibat dalam pembunuhan Uthman.
Sebenarnya, lebih selamat jika dikatakan sahaja Talhah terbunuh kerana terkena panah sesat. Itu lebih baik daripada membuat tuduhan tak berasas kepada Marwan. Tudhan ini lebih kepada motif yang berpunca kebencian kepada keluarga Umayyah!.
Siapa yang amat benci kepada keluarga Umayyah kalau bukan golongan Rafidhah Syiah.??
Terdapat riwayat yang Saheh sanadnya menyebut bahawa Talhah mati terbunuh oleh anak panah yang disifatkan "panah sesat". Riwayat itu adalah seperti berikut:
وأخْرَج أبو العرب التميميُّ في "المحن" (1/110) قال: أخبَرَنا أصبغ (هو ابن الفرج)، عنِ ابن وهْب (هو عبدالله)، عن يونس (هو ابنُ يَزيد الأيلي)، عن ابنِ شِهاب، قال: "رُمِي طلحةُ وهو مُعتدِل في بعضِ الصُّفوفِ بسهمٍ غرب، فقطع مِن رجله عرقَ النَّسا، فنشجَ حتى نزَف فمات، ويُقال: إنَّه كان يومَ قُتِل ابنَ خمس وسَبعين"
SYUBHAT- MUAWIYAH DAKWA DIA LEBIH BERHAK JADI KHALIFAH BERBANDING UMAR.
Terdapat hadis dalam Saheh Bukhari yang menyebutkan bahawa Mu'awiyah bin Abi Sufyan telah berkata dalam khutbahnya atas membar:
Perkataan bewarna itu menjadi perhatian.
Mua'wiyah berkata: siapa yang mahu berbicara tentang urusan ini, maka tunjukkan kepada kami tanduknya. Maka sesungguhnya kami lebih berhak daripadanya dan daripada bapanya.
Riwayat mengenao perkataan ini ada dalam hadis Saheh. hadis tersebuit pula dihurai oleh Badruddin Al-Aini dalam Umdatul Qari dengan mengatakan perkataan Muawiyah bahawa dia lebih berhak dalam urusan ini -Urusan Khilafah- daripada dia -Abdullah bin Umar- dan bapanya -iaitu Umar Al-Khatab sendiri.
Jadi, difahamkan bahawa Mu'awiyah mendakwa bahawa dia lebih berhak jadi khalifah berbanding Umar Al-Khattab sendiri.
Benarkah demikian? Syubhat ini agak sukar untuk dijelaskan, lebih-lebih lagi bagi menegakkan sikap Ahli Sunnah yang memandang baik kepada Mu'awiyah sebagai sahabat nabi SAW. Jika krisia dengan Ali boleh diharmonikan dengan ijtihad yang salah, bagaimana dengan yang ini?
Namun, perlu diingat, prinsip asas ahlu Sunnah. Jangan cela sahabat. Muawiyah sahabat nabi dan dia punya kedudukan istimewa.
Takwilan hadis ini begini:
1) Hadis ini saheh dan tidak dipertikai.
2) Cuma konteks ucapan Mu'awiyah itu yang musykil
3) Dia kemungkinan merujuk kepada peristiwa pembunuhan Uthman bin Affan di mana dialah wali yang berhak atas darahnya. Justeru bila dia kata "saya lebih berhak atas urusan ini" ia merujuk kepada urusan menuntut keadilan atas darah Uthman. Bukan Khilafah seabagaimana yang difahami Ibn Umar dan seabagimana yang ditafsirkan dalam Umdatul Qari.
4) Silap faham ucapan itu boleh sahaja berlaku kepada sosok Ibn Umar.
5) Takwilan yang silap juga mungkin terjadi kepada Badruddin Al-Aini dalam Umdatul Qari.
6) Kita perlu menegakkan prinsip asas dahulu. Berdasarkan riwayat yang banyak dan saheh, Mu'wiyah tidak berkelakuan seperti yang difahami daripada hadis itu. maka bagaimana hendak bawa kefahaman haadis ini sebagaimana yang dinyatakan.
7) Mu'awiyah mungkin bermaksud bahawa dia lebih berhak atas darah Uthman berbanding Hasan dan juga bapa Hasan iaitu Ali bin Abu Tali.
8) Takwilan ini lebih baik kerana itulah isu hangat yang menimbulkan konflik antaranya dengan Ali.
10) Jika kita enggan menerima takwilan ini dan masih mahu menggunapakai takwilan Syarah dalam Umdatul Qori itu, apakah kita hendak hukumkan kepada Mua'wiyah? Adakah dia terkeluar dari Islam dengan sebab kata-katanya itu?
Justeru, membaca hadis saheh bukan dengan satu mata. Kena ada dua mata. Bukan dengan satu cara faham. Ada beberapa cara faham. Kalau dalam Quran pun ada ayat mutasyabihat, maka hadis juga ada mutasyabihat. Kerana tidak jelas maksud perkataan, maka kita tidak boleh menghukumkan berdasarkan apa yang kita fahami.
Berdoalah kepada Allah sebagaimana datang dalam firman Allah SWT (Surah Al-Hasyar: Ayat 10):
وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ (10)
Sila baca: ddsunnah
KEMUSYKILAN DALAM KISAH UMMU QIRFAH
March 8, 2019
Musuh Islam menyerang dengan mengatakan kejadian ini tidaklah dianggap wewenang Zaid dan Rasulullah cuci tangan. Ini kerana ketika anak perempuan Ummu Qirfah yang ditawan itu dibawa balik ke Madinah, baginda minta ia diserahkan kepadanya dan baginda lalu berikan kepada Huznin bin Abi Wahab.
Musuh-musuh Islam yang senentuasa mengintai ruang menjadikan kisah ini bola tanggung untuk menyerang keperibadian Rasulullah SAW. Itulah yang mereka lemparkan kepada nabi mulia.
Apakah riwayat cerita ini benar?
Adnan Ibrahim menuntaskan dalam ceramahnya bahawa cerita ini dusta perawi mghazi. Ibn Ishak, Al-Waqidi dan lain-lain.
Dalam bab ini, Adnan Ibrahim mengambil sikap yang membela kemuliaan Rasulullah SAW. Kerana itu, walaupun aku tidak suka kepada orang ini atas kelancangan dalam beberapa isu, aku menyimpan sedikit tasamuh dengannya.
Catatan :
1) Cerita ini ada dalam :
- Tobaqat Ibn Saad
- Al-Muntazim Ibn Jauzi
- Sirah Ibn Hisyam
- Al-Bidayah Wan Nihayah -Ibn Kathir
-Imam Ahmad kata dia itu Kazzab. Yahya bin Ma'in kata dia daif dan juga pernah kata "laisa bisyai'" (yakni tak bernilai)
-Abu Daud kata sampai kepadanya kata-kata Ali AlMadini bahawa Al-Waqidi meriwayatkan 30 ribu hadis gharib.
-Az-Zahabi kata : Mujmak dia ditinggalkan riwayatnya.
5) Ramailah tokoh mentajrihkan Al Waqidi spt Imam Ahmad, Ibn Ma'in, Ali Al-Madini, Al-Hatim, Ibn Mubarak, dll.
6) Dalam Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, cerita Ummu Qirfah ini berlaku pada zaman Abu Bakar dan beliau murtad dan diperangi oleh Abu Bakar.
7) Dalam Sirah Ibn Hisyam dan Bidayah Wan Nihayah , cerita ini daripada jalan Ibn Ishak tanpa sanad.
Kesimpulan:
Kisah Ummu Qirfah ini tidak saheh. Ringkasnya ia adalah riwayat dusta atas sirah Rasulullah SAW.
Tajrih diutamakan atas ta'dil.
Za-idah bin Abi Ar-Raqqad
Seorang perawi hadis.
Imam Bukhari kata tentangnya: Munkarul Hadis
Abu Daud kata: Aku tak tahu khabarnya.
An-Nasai kata: Aku tak kenal siapa dia.
Abu Hatim mengatakan: Dia selalu meriwayatkan daripada Ziyad bin Numair daripada Anas hadis yang marfuk lagi mungkar.
Kenyataan-kenyataan mengenai insan bernama Za-idah bin Abi Ar-Raqqad ini dapat diteroka dalam kitab-kitab rijal. Sila rujuk kitab Tahzibul Kamal oleh Hafiz Al-Mizzi.
Nama ini penting diingat kerana ada beberapa hadis yang masyhur meniti di bibir orang ramai sedangkan mereka tidak sedar hadis tersebut sampai melalui jalan riwayat orang ini. Apabila ada orang ini, maka hadis tersebut menjadi daif. Perawinya cacat di mata para ahli hadis.
Antara hadis yang masyhur tersebut adalah hadis mengenai doa yang selalu dibaca orang menjelang bulan rejab iaitu:
DOA MASUK BULAN REJAB
Doa ini disebutkan dalam sumber-sumber berikut:
- Musnad Imam Ahmad
- Al-Ausat oleh At-Tabrani
- Az-Zawaid oleh Albazzar
- Sya'bul Iman oleh Al-Baihaqi
- Hilyah oleh Abu Nu'aim
HADIS PALSU-UCAPAN TAHNIAH KEDATANGAN BULAN REJAB
Hari ini satu Rejab. Tersebarlah dalam media sosial yang dikatakan hadis.
Nanti bila tiba bulan Ramadhan, dibawa hadis yang sama juga. Cuma tukar nama bulan. Siapa beritahu orang ketibaan Ramadhan, haram atasnya neraka!
Kemudian, bila tiba bulan Rabiul Awal, bulan orang sambut maulid, dibawa pula hadis ini. Tukar nama bulan pula. Siapa beritahu orang ketibaan bulan Rabiul Awal, haram neraka atasnya.
Semua lafaz-lafaz yang berbeza ini telah dinilai palsu oleh ulama. Tiada dalam kitab-kitab hadis pun tak ada sebut hadis ini.
Ibn Hajar Al-Asqolani menulis sebuah kitab bertajuk : Tabyinul 'Ajab Fi Fadhli Rejab". Beliau menyebut di dalamnya:
HADIS PALSU-SYURGA RINDUKAN HASAN DAN HUSAIN
ABU MIHNAF PENDUSTA DALAM SEJARAH
March 7, 2019
Datuknya Mikhnaf adalah seorang sahabat nabi.
Lahir di Kufah.
Meninggal tahun 157H/158H
Orang ini, ceritanya tak boleh dipercayai. Dia pengolah cerita bohong.
Ibn Ma'in kata: Orang ini tidak ada nilai.
Katanya lagi : Dia tidak boleh dipercayai.
Perkataan Ibn Ma'in ini diriwayatkan dalam Tarikh Asma' Ad-Dhu'afaa Wal Kazzabin oleh Ibn Syahin (Ms 162)
PEMBOHONGAN SYIAH: MU'WIYAH MEMBUAT SUNNAH LAKNAT KEPADA ALI ATAS MIMBAR
QURAN MAKHLUK-PANDANGAN MUKTAZILAH DAN ASYAIRAH
March 5, 2019
Sikap terhadap Ibn Arabi
March 4, 2019
هو شيخ سوء كذاب، يقول بقدم العالم ولا يحرم فرجا
أما قوله في انني لا اعرف شيئا عن ابن عربي وعن عقيدة وحدة الوجود فأخبره ولا فخر في ذلك ان الذي جلب كتاب الفتوحات من قونيا ونقله من النسخة المكتوبة بخط ابن عربي نفسه والمخطوطة الآن في قونيا هو: جدنا الذي قدم من طنطا الى دمشق سنة 1250 ه فإن كان أخطأ فإني اسأل له المغفرة وانني قابلت مع عمي الشيخ عبدالقادر الطنطاوي نسخة الفتوحات المطبوعة على هذا الاصل المنقول صفحة صفحة، وانا استغفر الله على ما انفقت من عمري في قراءة مثل هذه الضلالات
Catatan Tambahan:
- Ibn Arabi menyatakan satu bentuk pemikiran wehdatul wujud yang menyimpulkan semua makhluk berada dalam ainul khaliq dan tiada yang wujud melainkan wujud ainul khaliq. Lalu, malaikat, jibrail Iblis, para nabi-nabi dan segala-galanya adalah ainul khaliq belaka.
- Mereka yang mempertahankan Ibn Arabi beralasankan bahawa dia menucapkan kalam kufarawinya itu ketika dalam keadaan Syatah, mabuk dan Ghalabatul Wujdi. Dakwaan ini berlebihan dan dicari-cari alasan. Bagaimana satu buku yang tebal, berjilid dan ada bab-babnya dikarang dalam keadaan yang tersebut itu. Kalau diucapkan di mulut, boleh juga dikira demikian. Tapi , ini dikarangkan dan tentu bertahun-tahun. Masakan selama itu dalam keadaan mabuk zuq dan tidak sedar kerana fana fil fana???
KALAM KUFRAWI TIDAK MENJADIKAN PENUTURNYA DIKATAKAN KAFIR
SIKAP TERHADAP KRITIKAN ATAS SAHEHAIN
March 2, 2019
AJAKAN MENYAMAKAN HAK WANITA DAN LELAKI DALAM PUSAKA.
![]() |
Dr Saaduddin Alhilali |
BELI TANAH KENA BAYAR ZAKAT?
وَلَا يُجْمَعُ بَيْنَ مُتَفَرِّقٍ،وَلَا يُفَرَّقُ بَيْنَ مُجْتَمِعٍ خَشْيَةَ الصَّدَقَةِ
HUKUM MEMUTUSKAN SOLAT
NIQAB-TRADISI ATAU SYARIAT?
March 1, 2019
NABI MUSA TANPAR MALAIKAT MAUT
Cerita nabi Musa tampar Malaikat Maut sampai terkeluar biji matanya diriwayatkan dalam hadis yang saheh iaitu Saheh Muslim:
Daripada Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
- Bagaimana Musa seorang nabi boleh tidka suka mati? Bukankah mati itu jalan bertemu Tuhan? Teruk sangatkah Musa sehingga demikian perangainya bila diberitahu masa ajalnya sudah sampai?
- Kuat bangat Musa sampai Malaikat Maut pun tak dapat melawannya. Sudahlah begitu, dapat ditampar sampai terkeluar biji mata! Ini benar-benar dahsyat. Bukankah malaikat itu makhluk yang aggah dan diciptakan daripada nur??
HADIS UMMU WALAD DITOHMAH DENGAN LELAKI MAJBUB
حدثني زهير بن حرب حدثنا عفان حدثنا حماد بن سلمة أخبرنا ثابت عن أنس أن رجلا كان يتهم بأم ولد رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم لعلي اذهب فاضرب عنقه فأتاه علي فإذا هو في ركي يتبرد فيها فقال له علي اخرج فناوله يده فأخرجه فإذا هو مجبوب ليس له ذكر فكف علي عنه ثم أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا رسول الله إنه لمجبوب ما له ذكر
- Kenapa nabi arahkan bunuh kalau dia berzina? Kenapa tak sebat atau rejam?
- Kenapa tidak siasat dulu?
- Kenapa Mariah tidak dihukum sama?
- Apakah demikian cara nabi melayan warganegara Madinah?
لا يحل دم امرئ إلا بإحدى ثلاث : زنا بعد إحصان ، أو كفر بعد إيمان ، أو نفس بنفس
" Tidak halal dalah seseorang melainkan dengan salah satu tiga: Zina yang muhson, kafir setelah beriman atau bunuh orang".