CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 170

April 5, 2010

TARIKH: 05 / 04/2010
MUKA SURAT : 170
SURAH AL-A'RAF: AYAT

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        :UST MOHD SHAHRAN IBRAHIM
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN 

1) SHAMSUDDIN ANTONG

a) Apakah hukumnya orang islam mengambil kontrak membina gereja?

Ust Kama:  Al-Quran menegaskan agar kita bertolongan dalam perkara baik dan taqwa dan melarang kita bertolongan dalam perkara dosa dan permusuhan. Menyembah selain Allah adalah sebesar-besar dosa. Penganut Kristian berbuat syirik kepada Allah SWT dalam gereja mereka. Oleh itu kita diharamkan menolong mereka membangunkan gereja mereka.

b) Apakah hukumnya bekerja dan makan gaji dengan orang kafir?

Ust Kama: Bekerja dengan orang kafir tidak dilarang selagi bidang pekerjaan itu bukan yang diharamkan syarak seperti kerja-kerja dosa dan kesyirikan.




2) AHMAD DAUD

Mengikut konsep Satu Malaysia, kita hendaklah tolong menolong antara kaum berlainan agama. Pada satu ketika, kita dibantu oleh rakan kita beragama kristian untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumuat, dan pada satu ketika lain, kita pula membantunya kegereja. Apakah Islam menerima konsep Satu Malaysia yang diamalkan dalam bentuk ini?

Ust Kama:Konsep Satu Malaysia hendaklah dicerminkan dengan agama Islam. Ia tidak harus diamalkan dalam bentuk pluralism agama. Kita disuruh bertolongan dalam perkara baik dan taqwa dan dilarang bertolongan dalam perkara dosa dan permusuhan. Membantu kesyirikan adalah satu dosa.

3)  SABARUDDIN


Ada hujah kalangan kristian yang mendakwa Al-Kitab membunyai kitab-kitab sokongan yang dikarang oleh tokoh pendeta mereka. Ini, menurut mereka adalah kelebihan Al-Kitab yang mereka miliki sedangkan Al-Quran, apakah karya para ulama itu boleh dikatakan kitab-kitab sokongan yang dapat dibandingkan dengan situasi dalam agama Kristian?

Ust Kama: Kitab Al-Quran adalah wahyu Allah dan ia tidak memerlukan sokongan daripada mana-mana kitab. Ia berdiri sendiri sebagai wahyu yang tulin dan suci. Karya para ulama bukan hujah yang memperkuatkan Quran. Karya mereka cuma huraian dan pendetailan apa yang terkandung dalam Quran.


4) SAMIT


Pandangan: Sesuatu tesis akan dilihat sebagai kuat jika mengambil pelbagai pandangan tokoh. Semakin ramai hujah sokongan daripada pelbagai sumber, semakin kuatlah sesebuah tesis. Mungkin hujah orang kristian tersebut berdasarkan perbandingan dengan sifat tesis dalam dunia akademik.

Ust Kama: Al-Quran bukan sebuah tesis. Ia adalah wahyu Allah. Wahyu Allah tidak memerlukan apa-apa hujah sokongan kerana kekuatan wahyu Allah mengatasi segala sumber lain sama ada yang primer atau secondary,


5) SURADI

Ust mengatakan bahawa harta ghanimah dalam syariat nabi Musa tidak boleh dimakan malah di bakar. Kenapa perempuan tidak dibakar tetapi dikahwini?


Ust Kama: Sememangnya kebolehan makan harta ghanimah hanya ada dalam syariat Islam. Kebolehan mengambil tawanan perempuan sebagai hamba (diperlakukan seperti isteri-bukan dinikahi) juga hanya ada dalam Islam. Tiada dalam syariat terdahulu!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP