CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 174

April 14, 2010


TARIKH: 13 / 04/2010
MUKA SURAT :174
SURAH AL-A'RAF: AYAT 179-187

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        :UST MAT ISA SAUD -hukum Qalqalah
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN 

1)  ANUAR TABALUN

Apakah boleh melakukan Qasar dan Jamak solat  dalam keadaan tiada kesukaran perjalanan?

Ust Kama: Keharusan Qasar dan Jamak ketika dalam musafir yang mencukupi syaratnya merupakan rukhsah daripada Allah SWT untuk hamba-hambaNya. Keharusan tersebut juga merupakan sedekah Allah SWT. Maka lebih baik menerima sedekah Allah SWT sekalipun tidak memerlukannya. Seandainya pada satu ketika, perjalanan dari Sandakan ke Kota Kinabalu boleh disempurnakan selama 15 minit sahaja dengan keretapi laju yang canggih dan boleh pulang semula dalam masa 15 minit juga, keharusan qasar dan jamak solat tetap juga ada.

2) HJ. OSMAN

Apakah nama haiwan yang keluar daripada perut bumi yang membuat kerosakan di akhir zaman?

Ust Kama: Haiwan yang keluar dari bumi di akhir zaman adalah Dabbatul Ard. Yakjuj Makjuj menurut sebahagian ahli tafsir, bukalah sejenis haiwan. Mereka adalah berasal dari keturunan anak Adam juga. Jumlah mereka amat ramai melebihi manusia. Kali terakhir ceritanya ialah dia dikurung dilembah gunung oleh Zulkarnain.

3) EN SYUKUR

Apakah kedudukan mati dengan cara bomkan diri yang dilakukan oleh setengah rakyat Palestin?. Mereka mahu membalas dendam atas kematian keluarga mereka.Apakah dikira syahid?

Ust Kama: Mati syahid hendaklah  dalam perjuangan yang bertujuan menegakkan kalimah Allah. Perjuangan demi kebangsaan, melampias dendam, menunjuk keberanian dan apa sehaja selain Allah, bukanlah syahid. Kematian para pemuda Palestin yang membunuh diri dengan meletupkan bom ditubuh tersebut tidaklah dianggap bunuh diri, malah itu merupakan satu cara perjuangan yang mereka ada. Namun, menentukan sama ada mereka syahid atau tidak, terletak kepada niat mereka.

4) SURADI

a) Disebutkan bahawa isi neraka adalah jin dan manusia. Bagaimana dengan haiwan? Di manakah mereka?

Ust Kama: Disebutkan dalam sebuah hadis marfuk:

لَتُؤَدُّنَّ الْحُقُوقَ إِلَى أَهْلِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُقَادَ لِلشَّاةِ الْجَلْحَاءِ مِنَ الْقَرْنَاءِ تَنْطَحُهَا " 
Akan ditunaikan hak terhadap ahlinya sehinggalah diadili kambing yang gondol ditanduk kambing yang bertanduk".
Haiwan akan dibangkitkan pada hari mahsyar dan diadili lalu dimusnahkan menjadi debu. Setelah manusia yang merasa peritnya penghisaban melihat binatang diadili dan kemudian dijadikan debu, terkeluarlah keluhan dari mulut mereka sebagaimana difirman Allah SWT dalam al-Quran:

ويقول الكافر يا ليتني كنت ترابا
"Dan berkata orang kafir ...oh..andainya aku menjadi debu sahaja"

b) Disebutkan bahawa ahli neraka dan syurga telah ditentukan sejak azali. Baimanakah dengan kanak-kanak yang mati kecil?


Ust Kama: Mengenai nasib kanak-kanak yang mati kecil pada hari akhirat, para ulama berbeza pandangan. Sebahagian mengatakan mereka ke syurga semuanya. Sebahagian mengatakan mereka ke syurga dan sebahagian ke neraka berdasarkan ketentuan azali. Ada pendapat yang mengatakan Allah akan membangkitkan kepada mereka rasul buat menguji mereka. Sesiapa yang beriman, dia ke syurga dan sesiapa yang engkar, dia ke neraka. Wallahu a'lam.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP