CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 172

April 7, 2010

TARIKH: 07 / 04/2010
MUKA SURAT :172
SURAH AL-A'RAF: AYAT

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED       :UST MOHD SHAHRAN IBRAHIM
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

Rujuk : Tafsir Muyassir



ULASAN DAN PERSOALAN

1) UST WAN HELMI

Tambahan: Hukum Tajweed pada ayat 164 iaitu pada ayat:

لم تعظون قوما الله مهلكهم

2) SHAMSUDDIN ANTONG

a) Apakah larangan berjual beli pada waktu tertentu  di  hari Jumuat itu termasuk kepada para wanita?

Ust Kama: Wanita tidak termasuk dalam perintah wajib Jumuat. Maka tidak termasuk juga dalam larangan berkaitan Jumuat.

Ibn Qudamah Al-Muqaddisi menyebutkan dalam Al-Mughni bahawa larangan jualbeli dan perentah bersegera untuk mendirikan solat Jumuat tersebut adalah ditujukan khusus kepada orang yang wajib Jumuat. Maka tidaklah termasuk kalangan yang tidak wajib Jumu'at seperti wanita,kanak-kanak dan para musafirin.

Perlu ditegaskan, larangan tersebut bukanlah semata-mata jual beli. Aktiviti selain jualbeli juga dilarang seperti berkerja,makan dan sebagainya kecuali jika ada keperluan daruri yang menuntutnya.

Sumber: Islamonline

b) Apakah hukumnya jika wanita berjual beli dengan lelaki non muslim?

Ust Kama: Orang kafir tidak tertakluk kepada hukum hakam Islam sehinggalah dia memeluk Islam.



3) AHMAD DAUD

Ada dakwaan kalangan orang tua-tua  bahawa Al-Quran merupakan gabungan kitab-kitab terdahulu pada nisbah 7.5 bagi setiap satu kitab yang empat. Ada juga dakwaan bahawa qoran ada sepuluh juzuk, bukan 30 juzuk. Minta pandangan.

Ust Kama: Orang yang mendakwa ada lagi Quran 10 juzuk yang tersembunyi, menjadi kafir dengan dakwaannya itu kerana ia menafikan pemeliharaan Quran yang dijamin  oleh Allah menerusi Al-Quran.

4) SHAMSUDDIN FRANK

Apakah hukumnya bermusafir pada hari jumuat?

Ust Kama: Menurut pendapat dari mazhab Syafie, jika musafir itu sesudah terbit fajar hari Jumaat, maka orang itu wajiblah solat jumuat.


Tambahan:


Para ulama sependapat bahawa HARAM bermusafir selepas gelincir matahari hari Jumuat sebelum mendirikan solat Jumuat.


Jika musafir itu sebelum gelincir matahari terdapat perbezaan pandangan di kalangan para fuqaha:


a) Kalangan Syafi'iyyah mengharamkan musafir sebelum gelincir matahari kecuali jika musafir itu sangat perlu dan dapat menunaikan Jumuat dalam perjalanan.



b) Kalangan Maliki dan Hambali menghukumkan  MAKRUH musafir sebelum gelincir matahari.


c) Kalangan Hanafi menghukumkan musasafir sebelum gelincir matahari sebagai HARUS.


Kesimpulan: Jika seseorang itu berhajat untuk musafir pada hari Jumuat hendaklah dia perhatikan beberapa perkara:
i) Jangan musafir beramai-ramai hingga menjadi kurang ahli Jumuat dalam qaryah dengan kekurangan yang besar.
ii) Berusaha untuk melaksanakan Jumuat dalam perjalanan jika tidak dapat bermusafir pada hari khamis.




Rujukan: Islamweb



5) SURADI

a) Kenapa pada sesetengah bala bencana yang menimpa, kemusnahan mengenai semuanya, termasuk para alim ulamanya?

Ust Kama: Tidak menjalankan dakwah menyebabkan ulama akan dimusnahkan sekali.

b)Apakah puasa ada darjatnya?


Ust Kama: Semua amal ada darjatnya. Amal jahat ada darjatnya, Demikian juga amal baik. Puasa juga ada darjat. Tidak sama puasa orang yang menjaga semua pancaideranya dengan puasa orang menjaga makan dan minum sahaja. Demikian...tidak sama puasa orang yang berbuat perkara sunat semasa puasa dengan orang malas berbuat hal sunat semasa puasa. Demikianlah seterusnya. Puasa seseorang tidak sama antara satu sama lain. Allah yang akan menentukan darjat dan ganjaran yang diperolehinya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP