CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 181

April 29, 2010

TARIKH: 28/ 04/2010
MUKA SURAT :181
SURAH AL-A'RAF: AYAT 34-40


PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT SYAHRAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA



1) HJ JAAFAR

Terdapat yang membuang kopiah , selipar dan sebagainya dalam hijir Ismail semasa melakukan haji. Apakah hukumnya haji orang yang sebegini?

Ust Kama: Haji yang dilakukan tidak menurut sunnah baginda Rasulullah adalah haji yang mardud. Perbuatan melemparkan kopiah, seliupar dan sebagainya ke dalam hijir Ismail adalah perbuatan tidak berakhlak dan menjejaskan kemabruran haji. Jika dilakukan dengan tujuan tabarruk dan sebagainya, maka sesungguhnya itu adalah amalan bid'ah yang sesat.


2) UST NASIR

a) Apakah taubat itu perlu dizahirkan dengan kata-kata?

Ust Kama: Perlu dibezakan antara taubat dan istighfar. Taubat memadai dengan mencukupi 3 syarat utama taubat iaitu, menyesal, meninggalkan dosa dan berazam tidak melakukan lagi. Jika berkaitan manusia, mohon maaf kepadanya. Maka, tidak perlu mengucapkan dengan kata-kata seperti "aku bertaubat kepada Allah".
b) Bagaimanakah cara hendak bertaubat daripada dosa yang tidak diketahui seperti dosa syirik khafi?

Ust Kama: Sesuatu dosa yang kita tidak tahu bahawa dia dosa atau kita tidak tahu bahawa kita telah melakukannya, maka ia dimaafkan sehinggalah kita tahu. 

3) SYAMSUDDIN FRANK

Bagaimanakah cara untuk berdoa dengan menggunakan asma'ul husna?

Ust Kama: Berdoalah menggunakan asmaul husna sesuai dengan permohonan. Jika mohon Razeki mintalah dengan menggunakan nama ar-razzaq. Jika minta ilmu, gunakan al-'alim, Jika minta tolong kepadaNya, gunakan al-Mughith. Demikianlah seterusnya.


4) MUDA AJAK

Apakah hukumnya melakukan haji badal ke atas ibu bapa? Apakah ia wajib ke atas waris?

Ust Kama: Nabi mengqiaskan dalam sebuah hadis haji tidak dilakukan semasa hidup seperti hutang yang tidak dibayar.Apakah wajib membayar hutang ibu bapa kita? Jika wajib dibayar maka demikianlah haji. Namun, ibadah haji berkait rapat dengan kemampuan. Jika ibu bapa kita bukan kalangan yang mampu, sesungguhnya haji itu tidaklah wajib atas mereka.

5) SURADI

a) Apakah sebabnya khalid al-Walid tidak menerima harta rampasan perang?

Ust Kama: Wallhu a'lam. Dalam peranmg mana diberitakan demikian?

b) Bagaimanakah hendak menjawab tuduhan mengatakan bahawa Islam agama yang tersebar dengan perang dan ada tuduhan mengatakan Khalid Al-Walid adalah ketua perompak?


Ust Kama: Islam tersebar ke Nusantara tanpa pertumpahan darah. Kalau Khalid ketua perompak masa kafirnya, maka sesungguhnya bila dia Islam, Allah telah mengampunkan semua dosa semasa kafirnya.

c) Apakah sebabnya Khalid Al-Walid tidak digolongkan dalam kelompok sahabat?

Ust Kama: Khalid Al- Walid adalah salah seorang sahabat. Ketika nabi wafat, nabi meninggalkan 12 ribu sahabat.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP