CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 185

May 10, 2010


TARIKH: 10/ 05/2010
MUKA SURAT :185
SURAH AL-A'RAF: AYAT62-69

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT SYAHRAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) AHMAD DAUD DAHLAN

a) Kalau fungsi masjid tidak terbatas kepada hal-hal ibadat sahaja, megapa kalangan ulama UMNO tidak menekankan peranan masjid sebagai pusat kegiatan politik. Apakah mereka tidak tahu bahawa masjid berperanan dalam semua aspek kehidupan? Bagaimana pula dengan corak politik hari ini untuk dibawa masuk ke dalam masjid?

Ust Kama:

Masjid pada masa Rasulullah digunakan untuk urusan politik. Namun semenjak amalan politik kita bergerak di bawah sitem demokrasi dan ditambah pula dengan gaya machieveli, politik telah dipandang kotor dan jijik. Sebenarnya politik islam ialah mentadbir dunia dan menegakkan agama. Menjelaskan kepada orang ramai tentang politik Islam adalah dibolehkan dalam masjid. Agar masyarakat tidak jahil politik Islam. Bagaimana Islam mengurus dunia dan perlunya kita berjuang menegakkan agama dalam pemerintahan.

Inilah politik yang kita perlu bicarakan hatta ke dalam masjid pun!

Namun, jika politik permusuhan dan pergaduhan, tentunya ia tidak layak dibawa ke dalam masjid.

b) Mengapa wahyu lambat turun kepada Rasulullah dalam soal tawanan perang badar sehingga Rasulullah memutuskan untuk menerima tebusan sedangkan Allah menghendaki supaya tawanan perang Badar itu dibunuh sebagaimana pendapat Umar Al-Khattab.

Ust Kama: Antara lain hikmahnya adalah untuk membuktikan bahawa nabi dibimbing oleh wahyu. Nabi sendiri ditegur wahyu. Kalau dia yang merekacipta  Quran, tentu tiada ayat yang akan menegurnya.


 2) EN SYUKUR

Apakah komen tentang pengampunan yang diberikan oleh Sultan pahang terhadap pesalah minum arak wanita yang ditukarkan hukumannya menjadi kerja sosial?

Ust Kama:
i) Hukuman tersebut bukan hukuman Islam.
ii) Hukuman ciptaan manusia , boleh diubah oleh manusia. 
iii) Jika hukuman Islam (40 sebatan ) sultan tiada kuasa untuk merubahnya. Malah Sultan sekalipun boleh dihukum di bawah undang-undang Islam.


3) SURADI

Kata ustaz Hadis bahawa syurga di bawah tapak kaki ibu adalah maudhu'. Bagaimana dengan gesan nabi dalam sebuah hadis kepada seorang pemuda yang mahu pergi berjihad supaya menjaga ibunya kerana di sana ada syurga?Apakah ada kaitan antara hadis ini dengan syurga di bawah tapak kaki ibu?



Ust Kama:

Lafaz yang dikatakan hadis tetapi sebenarnya maudhu' adalah:


الجنة تحت أقدام الأمهات ، من شئن أدخلن ، ومن شئن أخرجن

"Syurga di bawah kaki-kaki para ibu. Siapa yang mereka mahu dimasukkannya. Siapa yang mereka mahu, dikeluarkannya".
Adapun hadis yang saheh adalah sebagai berikut:

Daripada Mu'awiyah bin Jahimah bahawa beliau berkata kepada Rasulullah SAW:

يا رسول الله أردت أن أغزو، وجئت أستشيرك ؟ فقال: "هل لك من أم"؟ قال نعم: قال: "فالزمها فإن الجنة تحت رجليها

"Ya Rasulullah, aku ingin berperang dan aku datang meminta nasihatmu. Maka kata Rasulullah:Adakah bagimu ibu? Katanya: Ya, ada. Kata Rasulullah : Jagalah dia, maka sesungguhnya syurga di bawa ke dua kakinya".
(Riwayat Nasa'i, Ahmad dan Tabrani)
Hadis dengan lafaz ini adalah saheh menurut Al-Hakim dan disokong oleh Az-Zahabi.

Tambahan: Menentukan sesuatu hadis itu Saheh perlu dinilai dari lafaznya juga. Walau maknanya hampir sama tetapi jika bukan lafaz yang Rasulullah ucapkan, maka ia adalah maudhu'. 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP