CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 192

May 26, 2010

TARIKH: 26/ 05/2010
MUKA SURAT :192
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 32-36

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT ISA
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN


1) AHMAD DAUD



a) Apakah masih  ada ahlil kitab dewasa ini sedangkan kitab taurat dan injil sudah diubah?

Ust Kama: Ahli kitab ialah mereka yang beriman dengan kitab Taurat dan Injil. Sekalipun kitab yang ada di tangan mereka itu sudah diubah, mereka masih dipanggil ahli kitab. Perubahan dalam kitab Taurat dan Injil telah pun berlaku pada zaman nabi Muhammad dan wahyu diturunkan mengenai mereka dengan seruan ":wahai ahli kitab". Justeru, jika orang Yahudi dan nasrani yang hidup pada zaman nabi dipanggil ahli kitab, mengapa tidak boleh dikatakan nasrani dan Yahudi pada hari ini dipanggil ahli kitab. Kitab pegangan mereka, sama ada di zaman nabi maupun zaman kini, sama-sama sudah mengalami perubahan.

Nasrani pada zaman nabi sudah berakidah 'trinity'. Yahudi pada zaman nabi sudah berakidah bahawa Uzair itu anak Allah. Sekalipun cemar akidah mereka, mereka masih diseru dengan seruan "wahai ahli kitab".

Maka, kitab yang diubah bukan alasan untuk mengatakan bahawa Yahudi dan Nasrani hari ini bukan ahli kitab!

Bacaan tambahan:

1) . Islamweb 1
2).


b) Apakah amalan baca doa arwah  yang dikendalikan oleh imam-imam lalu diberikan upah berupa wang dan sebagainya boleh disamakan perbuatan Ahbar dan Rahban yang makan harta manusia secara salah?

Ust Kama: Bacaan arwah, sama ada sampai atau tidak kepada si mati, jawapan paling baik adalah "wallahu a'lam". Namun, untuk mengatakan sampai, kita memerlukan dalil yang muktamad. Sejauh yang saya nampak, dalil-dalil yang dihujahkan oleh orang yang mengatakan sampai bukan dalil langsung (direct) yang menyebutkannya sampai. Ia lebih merupakan pemahaman daripada dalil-dalil daripada Al-Quran maupun hadis yang masih terbuka kepada pro dan kontra.

Namun, dalil jelas daripada hadis menyebutkan bahawa apabila matinya anak Adam, terputus amalnya melainkan 3 iaitu, Sodaqah Jariah, Ilmu yang memberi manfaat dan anak soleh yang mendoakan bagi kedua ibu bapanya. Setiap orang akan melihat apa yang dia amalkan, sama ada baik atau buruk walau sebesar zarah.  Siapa yang tidak beramal untuk akhiratnya, maka tiadalah bagi nasib. Dalil-dalil yang menegaskan hal ini cukup jelas untuk difahami bahawa dunia adalah tempat beramal. Siapa mensia-siakan peluang hidupnya, janganlah diharap ada pahala lagi buatnya.

Kebanyakan yang mengatakan boleh mengirimkan pahala kepada si mati, mendakwa boleh mengupa seseorang berbuat amal lalu pahalanya dikirimkan kepada si mati. Dakwaan ini cukup keliru kerana beberapa sebab:

i) Mana ada pahala bagi mereka yang beramal mendapat upah di dunia.


ii) Kalau pun seseorang itu diberi pahala, pahala buklan milinya. Pahala milik Allah. pahala bukan seperti harta yang kita miliki dan boleh sedeqahkan. Kalau pahala itu bukan kita miliki, bagaimanakah mungkin kita mensedeqahkannya.


iii) Kalau pahala boleh diperolehi dengan mengupah orang lain, buat apa Allah menggesa dalam banyak ayat agar kita bersegera membelanjakan harta sebelum mati. Tentu para raja-raja dan orang kaya paling untung kerana dengan wang mereka, mereka boleh wasiatkan ahli waris mereka membeli pahala sebanyak mungkin.  Bagi yang miskin, gigit jari sajalah. Di manakah keadilan Allah kalau begitu?Tentulah agama Islam bukan begitu.

Perbuatan sesetengah imam menjual amal untuk dapatkan nilai dunia dengan cara ini menyamai amalan pendeta Yahudi dan Rahib Nasrani yang menggunakan kedudukan agama mereka untuk mempengaruhi orang lain buat menyerahkan harta mereka kepadanya.

c) Pernah hadir jemputan baca tahlil arwah lalu diberikan upah berupa kain pelikat.  Kehadiran yang ikhlas pada mulanya berubah.

Ust Kama: Sesuatu amal yang dibuat tanpa ikhlas adalah rosak. Rasa tidak ikhlas itu boleh datang sebelum beramal, sedang beramal dan sesudah beramal.


2) SAMIT



Ulasan Tambahan: Saya pernah bersahabat dengan Arab muslim dari negara-negara Arab seperti Jordan dan Mesir. Saya mendapati mereka makan sembelihan ahli Kitab. Mereka mengamalkan keharusan makan sembelihan ahli kitab sebagaimana yang disebutkan dalam Quran. INi menunjukkan bahawa di kalangan Arab Muslim, mereka masih menyifatkan penganut kristian hari ini sebagai ahli kitab.



 3) UST KAMARUDDIN RAMLI


Ada pandangan yang mengatakan sampai bacaan orang hidup kepada si mati berdasarkan beberapa dalil:

a) Peristiwa nabi meletakkan pelepah tamar yang hidup atas kubur dan mendoakan mudahan ahli kubur itu diringankan azab selagi ia belum kering. Daripada hadis ini, mereka memahami bahawa jika pelepah tamar boleh bertasbih untuk si mati, apalagi manusia yang hidup dunia.

Ulasan Ust Kama: Peristiwa nabi melatakkan pelepah tamar itu merupakan khususiat bagi nabi. Keringanan bagi ahli kubur itu bukan dengan sebab tasbih pelepah tamar. Kalau mahu dikira tasbih, setiap helai rumput, kerikil batu dan pasir di atas kubur itu, bertasbih semuanya. Allah menegaskan dalam Al-Quran bahawa semua makluk di muka bumi bertasbih memujinya. Mempercayai bahawa tasbih pelepah tamar nabi itu penyebab keringanan azab kubur menyebabkan ramai pula orang menanam pokok kemboja dan sebagainya di atas kubur. Ada yang mengatakan batui nisan hendaklah dari jenis batu bukit dan bukan batu nisan   buatan. Mereka mengatakan tasbih setiap helai daun kemboja dan pokok di atas kubur dapat membantu si mati. Batu bukit hidup dan bertasbih sementara batu nisan buatan adalah batu mati yang tidak bertasbih. Kubur yang sepatutnya lapang dan luas serta tanahnya tidak berselirat akar pokok yang mengganggu pengebumian lain sudah menjadi penuh dengan pokok-pokok.Ini adalah antara kesan buruk akibat salah tanggapan tersebut.


b) Cerita yang saya dengar mengenai seorang yang disangka mati kemudian keluarganya membuat tahlil buatnya selama 3 hari. Rupanya dia masih hidup. Bila dia pulang, dia menceritakan bahawa selama 3 hari kehilangannya, dia merasa pelik kerana sentiasa kenyang. Sama ada cerita ini benar atau tidak, wallhu a'lam.


4) SURADI


Apakah yang boleh kita katakan mengenai kenyataan menteri kesihatan baru-baru ini bahawa peratus kematian telah turun disebabkan peningkatan kesedaran kesihatan dan pemulihan prasarana horpital di negara ini? Apakah kata-kata sebegini tidak menolak ketentuan takdir Tuhan mengenai ajal?

Ust Kama: Allah memang menjadikan semuanya. Tetapi Allah menjadikan bagi setiap sesuatu sebab. Antara sebab bagi kematian adalah merebaknya penyakit. Sebaliknya, sebab bagi kurang kematian pula adalah meningkatnya kualiti kesihatan berikutan kesedaran dan pengurusan kesihatan oleh pihak berwajib. Dengan menyebutkan faktor sebab musabab ini, tidak menyebabkan seseorang itu rosak imannya.

5 ) MUDA AJAK


Telah muncul berbagai persatuan berdasarkan bangsa di Sabah ini. Saya melihat kemunculan perlbagai persatuan berdasarkan bangsa ini adalah mainan musuh Islam untuk memecah belahkan ummat Islam dengan menanamkan semangat kebangsaan.

Ust Kama: Perjuangan atas dasar asobiyyah adalah ditolak oleh Islam!




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP