CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 186

May 11, 2010

TARIKH: 11/ 05/2010
MUKA SURAT :186
SURAH AL-A'RAF: AYAT 70-75
PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT ISA
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1) ANUAR BIN TABALUN

Apa beza antara orang Islam dengan orang beriman?

Ust Kama:Orang  Islam ialah mereka yang mengucap dua kalimah syahadah.  Manakala orang beriman  ialah mereka yang tasdik dalam hati  ikrar dengan lidah dan beramal dengan anggota tubuh. Tidak semua orang Islam beriman,. tetapi semua orang beriman itu Islam.

2) EN MOMOH

a) Adakah boleh seorang yang tidak anak mengambil anak angkat sejak kecil lalu dibinkan dengannya?

Ust Kama: Haram membinkan dengan bukan bapa.

b) Apakah anak angkat layak menerima harta pusaka?

Ust Kama: Anak angkat bukan ahli waris. Namun bapa angkat boleh memberikan harta tersebut semasa hayatnya dengan cara hibah, sedekah,hadiah dan sebagainya. Bapa angkat juga boleh berwasiat tak lebih daripada 1/3 hartanya untuk anak angkatnya sesudah matinya.

3) EN HAZIQ

a) Apakah seorang yang baru masuk Islam perlu menukarkan namanya?

Ust Kama: Nama yang baik dalam bahasa lain tak perlu ditukar. Para sahabat nabi, mereka mengekalkan nama asal. Nama zaman sebelum Islam. Mereka tidak pula menukarkan nama mereka dengan Islam. Kecuali beberapa kes yang namanya tidak cocok dengan akidah dan akhlak  Islam seperti Abd Syams.

Kalangan orang Melayu Islam, ramai yang masih memakai nama-nama seperti Cempaka, Buyung, Teruna, Aduka dan sebagainya. Mengapa melayu tidak perlu tukar nama tetapi bila cina dan India masuk Islam, kita bebankan mereka dengan pertukaran nama? Ini double stabndard yang kita ciptakan.


b) Apakah ada sandaran supaya muallaf dibinkan dengan Abdullah?

Ust Kama: Masuk Islam tidak bermakna perlu dihilangkan bin kepada bapa asal yang kafir. Para sahabat nabi masih dibinkan dengan bapa mereka yang musyrik. Umar bin Alkhattab. Siapa yang namanya al-Khattab itu? Sampai sekarang pun kita membinkan Umar dengan Al-Khattab. Kenapa bukan Islam di Malaysia yang masuk Islam kita suruh binkan dengan Abdullah? Apa dasarnya?

4) SURADI

a) Apakah anak susuan boleh menerima harta pusaka?

Ust Mat Isa: Hubungan kerana susuan tidak melayakkan pewarisan. Hanya hubungan nasab sahaj yang melayakkan pewarisan.

b) Apakah hukumnya tentera yang menyertai peperangan jihad dengan tujuan mahukan harta ghanimah?

Ust Kama: Sesiapa yang mahukan dunia, Allah berikan dunia dan tiadalah baginya habuan di akhirat.

c) Apakah benar bahawa dalam peperangan 3 pilihan diberikan kepada orang kafir iaitu masuk Islam, bayar jizyah atau perang?Apakah ada sandaran hadis dalam hal ini?

Ust Kama: Perkara tersebut memang sabit dalam beberapa hadis yang menyebutkan tentang pesanan Rasul ketiuka mengirimkan siryah ke daerah-daerah.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP