CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 191

May 25, 2010

TARIKH: 25/ 05/2010
MUKA SURAT :191
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 27-31
PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST KAMARUDDIN RAMLI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) UST TN ROSLAN TN MUDA

Menyebut beberapa isu untuk perkongsian:

a) Terdapat kepercayaan di kalangan masyarakat tempatan tertentu di Sabah bahawa seseorang yang masuk Islam dikehendaki mandi lumpur. 

b) Seorang wanita bukan Islam yang masuk Islam, disuruh bersunat.

c) Di kalangan masyarakat tertentu, mereka mendakwa bahawa sunat ada banyak macam. Saya pernah menimbulkan persoalan banyak macam itu, apakah maksudnya. Mereka mendakwa bahwa banyak macam itu bermaksud reka bentuk zakar yang mahu dibuat.

2) AHMAD DAUD

Menimbulkan beberapa persoalan:


a) Apakah hukumnya orang bukan Islam membacakan Al-Quran?Apakah perlu mendapat keizinan orang Islam sebagai keizinan untuk memasuki masjid daripada orang Islam?

Ust Kama: Al-Quran diturunkan sebagai rahmat kepada seluruh alam. Ia bukan diturunkan hanya untuk orang Islam, tetapi untuk sesiapa yang ingin mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya dari kalangan manusia. Adalah salah untuk mendakwa bahawa orang Islam ada hak eksklusif untuk membaca Quran. Dalam lembaran sejarah, kita mendengar terdapat banyak kes di mana orang bukan Islam membaca Al-Quran. Di zaman dakwah nabi Muhammad SAW di Makkah, ayat Al-Quran sering dibaca oleh orang bukan Islam kepada  sesama mereka untuk tujuan menilai dan seterusnya mencari jalan mempersendakannya. Dewasa ini pun, berapa ramai orang bukan Islam dalam dunia yang membaca Quran untuk pelbagai maksud, apakah kita dapat menghalang mereka?

b) Apakah Ahli Kitab masih ada pada zaman ini?

Ust Kama: Ahli kitab ada sehingga hari akhir zaman. Sehingga turunnya nabi Isa a.s.

c) Apakah hukumnya seorang Islam yang tidak bersunat dan telah berkahwin sertta beranak pinak? Apakah hukum persetubuhannya dan apakah hukum anak-anak yang lahir?

Ust Kama: Persetubuhan itu halal dan ia tidak ada sangkut paut dengan sunat atau tidak. Sementara keesahan sesebuah perkahwinan tidak berkait dengan  bersunat atau tidak. Justeru, selagi anak-anak itu dilahirkan melalui perkahwinan yang sah, mereka adalah anak sah taraf.

3) OTING 

Datuk saya pada zaman British adalah orang yang ditugaskan memungut cukai kepada daripada rakyat. Rakyat yang dikehendaki membayar cukai kepadanya tidak kira orang Islam atau bukan Islam. Apakah cukai kepala yang diperkenalkan oleh British itu mempunyai persamaan dengan jizyah yang dibayar oleh orang kafir kepada Kerajaan Islam?

Ust Kama: Jizyah adalah bayaran tertentu ke atas orang kafir zimmi yang tinggal dalam negara Islam. Orang Islam bayar zakat, orang kafir bayar jizyah. Kutipan cukai zaman British itu tidak ada persamaan langsung dengan konsep jizyah. British adalah penjajah kafir dan kuitpan itu pula dibuat ke atas semua rakyat tanpa mengira agama. Kadarnya pula menindas rakyat.

4) EN MOMOH

Apakah pemimpin puak Hawazin, Malik bin Auf dari Taif yang akhirnya datang memeluk Islam diiktiraf sebagi sahabat nabi?

Ust Kama: Ya, beliau telah datang bertemu Rasulullah di Ji'ranah dan masuk Islam. Rasulullah mengembalikan keluarganya yang ditawan dan diberika 100 ekor unta serta dilantik menjadi ketua bagi puaknya.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP