CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 189

May 19, 2010

TARIKH: 19/ 05/2010
MUKA SURAT :189
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 14-20

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) SURADI

a) Pada zaman nabi Yusya' bin NUn, seorang lelaki yang tidak ada anak dilarang menyertai peperangan. Apakah larangan ini terdapat dalam sejarah peperangan Islam di zaman nabi?

Ust Kama: Sejauh yang saya tahu, terdapat ramai sahabat yang muda belia menyertai peperangan jihad zaman nabi. Saidina Ali menyertai peperangan sejak belasan tahun sebelum dia berkahwin dengan Fatimah dan punya anak. Kita juga pernah dengar kisah hanzalah yang baru berkahwin dan malam pertamanya ditinggalkan isterinya setelah bersama isterinya  sebelum mandi junub sehingga para malaikat memandikan jenazahnya yang syahid. Banyak kisah sirah yang menunjukkan bahawa tiada larangan orang yang tidak punya anak untuk menyertai peperangan.

Sementara zaman nabi Yusya' bin Nun yang dikatakan ada larangan tersebut, wallahu a'lam. Saya tidak pernah tahu hal itu setakat ini.

b) Apakah ghanimah hanya dihalakan kepada umamt nabi Muhamamd?
Ust Kama: Ya, halalnya ghanimah adalah salah satu 5 perkara yang nabi Muhammad sebutkan sebagai anugerah Allah yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumnya.

c) Apakah memberikan sedekah makanan untuk jemaah masjid termasuk dalam aktiviti memakmurkan masjid Allah?

Ust Kama: Setiap aktiviti baik yang dilakukan untuk meramaikan orang ke masjid atau membangunkan struktur masjid, adalah imarah masjid.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP