CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 187

May 12, 2010

TARIKH: 12/ 05/2010
MUKA SURAT :187
SURAH AT-TAUBAH: AYAT1-6

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT ISA
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) CIKGU KHAIRUDDIN


Apakah kita disunatkan membaca auzubillah ketika membaca potongan ayat di pertengahan sesuatu surah?

Ust Kama: Setiap kali membaca Al-Quran, sama ada di awal surah atau pertengahan surah, disunatkan membaca ta'awwuz.

 Firman Allah SWT:


"Maka apabila kamu ingin membaca Quran, maka mohonlah perlindungan Allah daripada Syaitan yang direjam:



2) EN MOMOH

a) Terdapat perkataan yang saya dengar bahawa Kaabah tidak akan masuk ke syurga sehinggalah semua orang yang pernah bertawaf di kelilingnya masuk ke syurga. Apakah benar?

Ust kama: Inilah adalah perkataan yang ajaib. Bagaimana dengan Abu Lahab, Abu Jahal dan seluruh musyrikin yang pernah bertawaf sekeliling Kaabah dalam keadaan telanjang dan bersiul serta bertepuk tangan? Apakah hendak ditunggu mereka masuk ke syurga dahulu baru kaabah akan masuk ke syurga?

Apakah Kaabah akan masuk ke syurga? Wallahu a'lam. Hanya manusia dan jin sahaja yang akan dihisab dan ditentukan tempatnya di syurga atau neraka. Kaabah bukanlah mukallaf dan kaabah tidak pun dihisab.

Ini adalah cerita-cerita orang tua yang tak punya sandaran dalil.

Dalam sebuah hadis yang terdapat dalam Saheh Bukhari dan juga Muslim disebutkan bahawa di akhir zaman, Kaabah akan dirobohkan. Sabda Rasulullah SAW:

يخرب الكعبة ذو السويقتين من الحبشة

" Akan meruntuh kaabah lelaki yang berbetis kecil dan pendek daripada Habsyah".


b) Kalau Kaabah masuk syurga apakah peranannya dalam syurga?

Ust Kama: Tiada riwayat yang mengatakan kaabah akan masuk syurga. 

3) SALLEH WALI

Apakah hukumnya membaca fatihah dalam solat tidak membaca basmalah, adakah sah solat?

Ust kama:

Apakah bacaan basmalah termasuk dalam fatihah, adalah masalah khilaf kalangan ulama. Menurut Jumhur, ia bukan sebahagian fatihah. Menurut mazhab Syafie, ia adalah sebahagian fatihah. Masing-masing punya hujah dan dalil.

 Rujuk: Islamweb


Syeikh Othaimin menyebutkan dalam Fatwa Nur 'alar darbi  mengenai hujjah  kedua-dua pandangan  dan beliau mentarjihkan pandangan bahawa basmalah bukanlah sebahagian daripada fatihah.

Rujuk: Bin Othaimin

Perbezaan dalam perkara furu' tidak menghalang iqtida' makmum kepada imam. Ibn Qudamah menyebutkan hal ini dalam Al-Mughni dan membawa hujah bahawa para sahabat saling mengikut antara satu sama lain sedangkan mereka berbeza dalam perkara furu'.Oleh itu sah solat orang tidak membaca fatihah atas dasar pandangan yang mengatakan ia bukan sebahagian fatihah. sah juga orang yang mengikutnya.

Rujuk: Islamweb


4) EN HAZIQ

Ketika saya menziarahi rumah adik beradik yang bukan Islam, mereka hidangkan saya makanan (tentunya yang halal) dalam pinggan mangku yang kemungkinan pernah disikan dengan daging babi. Saya mengambil sikap tidak memeriksanya kerana terdapat pandangan ulama yang mengatakan yang diharamkan tentang babi itu adalam makan dagingnya. Maka bekasnya tidak menjadi masalah. Apa pandangan ustaz?



Ust Kama: Memang adalah masalah khilafiah di sana. Jika kita mengetahui dalil dan cenderung kepada kekuatan dalilnya, kita boleh beramal dengan pandangan tersebut. Sesungguhnya agama itu mudah dan tidak menyusahkan. Namun bukan untuk dimudah-mudahkan.

5) HJ. OSMAN

Apakah memekai susuk itu perbuatan syirik?

Ust Kama: Susuk adalah perbuatan syirik kalau melibatkan bantuan makhluk halus.

6) SURADI

Apakah yang dimaksudkan dengan haji mabrur dan bagaimanakah menentukannya?


Ust Kama: Haji mabrur adalah haji yang diterima Allah SWT.Sesuatu amal sama ada diterima atau tidak dapat diketahui menerusi tandanya sahaja. Hakikat sebenarnya adalah  terletak kepada Allah SWT.


Hadis nabi SAW:


من حجّ فلم يرفث ولم يفسق خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه


"Sesiapa yang berhaji, maka dia meninggalkan cakap kotor dan  perbuatan fasiq, dia keluar daripada dosanya sebagaimana hari dia dilahirkan". 
(Hadis Bukhari)


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP