Teguran keras ulama Fathoni buat Muhaizad!
December 6, 2021
Pengetahuan mengenai sebab sesuatu ayat diturunkan adalah antara pengetahuan penting bagi mereka yang mendalami ilmu tafsir. Berikut adalah salah satu laman yang elok dijadikan rujukan untuk menambahkan capaian dalam mengetahui asbab nuzul bagi ayat-ayat dalam Quran:
https://asbabnzol.blogspot.com/
Read more...وروى البخاري في الأدب المفرد عن عائشة رضي الله عنها قالت: ذُكر عند رسول الله صلى الله عليه وسلم رجل يقال له: شهاب، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "بل أنت هشام"
Seorang lelaki bernama Syihab, lalu nabi tukar namanya jadi Hisyam.
Ramai ulama menghukumkan makruh menamakan seseorang dengan sandaran kepada "din" seperti Nuruddin, Nasiruddin (kecuali Kamaruddin-kerana ia nama kuih-haha-ketawa sikit). Apatah lagi kalau sandaran kepada Din itu yang negatif seperti Syihabuddin. Syihab itu ertinya nyalaan api. Jamung.
Dalam Surah An-namlu ayat 7: Allah SWT berfirman mengesahkan perkataan Musa kepada isterinya:
Zaman dulu, gelaran sahaja guna nama Din. Lama-lama ia jadi nama.
Imam Nawawi sendiri terkenal dengan Muhyiddin. Ibn Taimiyyah dikenali sebagai Taqiyuddin. Bukan sedikit nama ulama yang pakai Din segala ni.
Maka, kalau nak pakai ajalah. Hukumnya kalau nak dirungkaikan, boleh sampai ke makruh sahaja. Namun, ia masih mukhtalaf. Tidak ada dalil Qat'i bahawa nama bersekedudukan dengan Din ini makruh. hanya ijtihad sebahagian ulama.
Namaku Kamaruddin....
من خاف أدلج، ومن أدلج بلغ المنزل، ألا إن سلعة الله غالية، ألا إن سلعة الله الجنة
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا ۚ أُولَٰئِكَ يُعْرَضُونَ عَلَىٰ رَبِّهِمْ وَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَٰؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَىٰ رَبِّهِمْ ۚ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ (18)
Wasil bin Ata' adalah pemula kepada Muktazilah. Beliau adalah murid kepada Imam Hasan Al-Basri. Satu hari ada seorang murid Imam Hasan Al_basri bertanya tentang sikap bagaimana menanggapi kemuculan golongan Khawarij yang mengkafirkan pelaku dosa besar dan golongan Murjiah yang memisahkan antara iman dengan amal. Imam Hasan al-Basri berfikir dan sebelum beliau menjawab Wasil bin Ato' mencelah mengemukakan pendapatnya dengan mengatakan :
" Bagiku, sang pelaku dosa besar bukan mukmin sebenar dan bukan pula orang kafir. "
Lalu beliau membuat halaqah baru dalam masjid dan menetapkan prinsip MANZILATUN BAINA MANZILATAIN,
Maka Hasan Al-Basri menyifatkan Wasil dan pengikutnya telah ber'iktizal daripadanya. Daripada perkataan Hasan Al-basri itulah nama kumpulan merekan dinamakan Muktazilah. Kekadang Muktazilah juga disebutkan sebagai Qodariyyah dan Mua'attolah.
Dalam perkembangan selanjutnya, Muktazilah berpecah kepada dua "school of Thought"m (madrasah) iaitu Madrasah Basrah yang diasaskan oleh Wasil bin Ato' dan madrasah Baghdad yang diasaskan oleh Basyar bin Al-Mu'tamar, antara dua madrasah ini ada khilaf dalam masalah yang pelbagai.
Namun semua mukltazilah bersepakat dalam lima usul pokoknya iaitu:
a) Tauhid
b) Adil
c) Al-Wa'du wal Wa'id
d) Manzilatun Baina Manzilatain
e) Al_amru bil Ma'ruf wan Nahyu 'anil munkar.
Setiap satu prinsip menerbitkan tatbiq dalam amalan.
Daripada prinsip Tauhid muktazilah, mereka percaya bahawa Allah tidak boleh dilihat sama ada di dunia maupun di akhirat. Mereka menolak seluruh sifat Allah dan hanya beriman dengan zat Allah dan Quran itu adalah makhluk.
Khilaf kalangan umat Islam peringkat awal tidak membawa kepada tahap membid'ahkan pihak yang bertentangan , apa lagi mengkafirkannya. Khilaf pertama dapat dikesan ketika nabi SAW saat sakitnya meminta agar dibawakan kertas untuk dituliskan pesanannya. Umar Al-Khattab menolak( Rujuk Hadis)
Kemudian khilaf berrlaku tentang di mana nabi SAW mahu dikebumikan.
Kemudian khilaf di Balai Bani Saadah tentang perlantikan Khalifah.
Khilaf zaman Uthman sehingga membawa kepada pembunuhannnya.
Khilaf Ali dengan Aisyah, Ali dengan Muawiyah yang bawa kepada perang Al-Jamal dan As-Siffin.
Kemudian pada zaman Ali bin Abi talib sebagai khalifah, muncullah 4 firqah awal:
1) Syiah
2) Khawarij
3) Murjiah
4) Penyokong Bani Umayyah
Kemudian muncullah Qodariyyah pada zaman-zaman akhir periode sahabat. Firqah ini dirintis oleh Ma'bad Al-Juhani yang kemudiannya diteruskan oleh Ghailan Al-Damsyiqi.
Pada Zaman Hasan Al- Basri, muncullah Puak Muktazilah yang diasaskan oleh Wasil bin Ato'.
Pada zaman khilafah Abbasiyyah, perpecahan ini nampak jelas kepada 5 firqah tunggak iaitu:
a) Ahlus Sunnah
b) Muktazilah
c) Murjiah
d) Syiah
e) Khawarij
Daripada 5 firqah asas ini akhirnya beranak pinak menumbuhkan firqah-firqah yang pelbagai seperti Jabariyyah, Qadariyyah, Batiniyyah, Jahmiyyah, Kullabiyyah, Falasifah, Musyabbihah dan banyak lagi.
Ada dua orang yang berkongsi gelaran ini. Para ulama membezakan kedua-diuanya dengan menyebut Ibn Rusyd (Datuk) dan Ibn Rusyd (Cucu).
Kedua-duanya ada persamaan iaitu:
a) Nama kedua-duanya sama iaitu: Muhamamd bin Ahmad
b) Kinayah kedua-duanya sama iaitu: Abu Al-Walid.
c) Kedua-duanya menjawat jawatan Hakim di Cardoba.
Perbezaan antara kedua-duanya:
a) Ibn Rusy (Cucu) meninggal tahun 595H manakala Ibn Rusyd (datuk) meninggal tahun 520H
Tentang Ibn Rusyd Al-Hafid (cucu) ini, kata Ibn Taimiyyah ( Dalam kitab Bayan Talbis Al-Jahmiyyah {1/120}:
هو من أتبع الناس لأقوال آرسطو
" Dia adalah orang yang paling tegar mengambil perkataan Aristotale"
إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ (11) فَلَعَلَّكَ تَارِكٌ بَعْضَ مَا يُوحَىٰ إِلَيْكَ وَضَائِقٌ بِهِ صَدْرُكَ أَن يَقُولُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ كَنزٌ أَوْ جَاءَ مَعَهُ مَلَكٌ ۚ إِنَّمَا أَنتَ نَذِيرٌ ۚ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ (12)
أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ ۚ إِنَّنِي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ (2)
Uthman bin Affan adalah sahabat mulia Rasulullah SAW. Manaqibnya pun banyak. Disebutkan dalam hadis-hadis nabi yang saheh. Namun, peribadi mulia ini berdepan dengan serangan dan celaan segolongan orang terutamanya kaum Syiah. Termasuk juga kalangan Ahli Sunnah yang jahil atau terpengaruh dengan racun-racun yang ditaburkan oleh para pembenci. Antara tuduhan dan celaan kepada Uthman bin Affan ialah:
1) Beliau seorang yang mengamalkan nepotisma semasa pemerintahannya. Beliau banyak melantik individu Bani Abd Syams menjawat jawatan dalam pemerintahannya.
2) Beliau dituduh melantik beberapa orang yang tidak sepatutnya menjadi gabenor wilayah.
3) Uthman bin Affan telah memecat Saad bin Abi Waqqas daripada jawatan Gabenor Kufah dan menggantikannya dengan Al-Walid bin Uqbah. Namun, berlaku kejadian dia solat Subuh 4 rakaat kerana mabuk minum arak. Dia disebat kerana kesalahannya. Lalu Uthman memecatnya semula dan kembali melantik Saad bin Abi Waqqas.
4) Uthman telah melantik Said bin Al-As sebagai gabenor Kufah dan penduduk Kufah tidka menyukainya sehingga dia dihalau keluar Kufah.
5) Uthman melantik Abdullah bin Saad bin Abi Sarrah sebagai gabenor Mesir
Catatan:
Al-Walid bin Uqbah bin Abi Mu'it adalah antara orang yang tidak mengakui kekhalifahan Uthman . Beliau adalah sandara seibu kepada Uthman bin Affan. Ibu mereka bernama Arwa binti Kuraiz bin Rabi'ah bin Habib bin Abd Syams. Al-Walid bin Uqbah ini pernah diutuskan Rasulullah SAW pada masa hayatnya untuk mengambil harta zakat daripada kabilah Bani Mustaliq. Apabila dia dekat dengan penempatan mereka, kabilah Bani Mustaliq itu pun keluar untuk menyambutnya. Disangkanya mereka hendak memeranginya. Lalu diutuskan kepada Rasulullah SAW mengkhabarkan kejadian itu. Rasulullah SAW pun mempersiapkan ketumbukan tentera yang dipimpin oleh Khalid Al-walid. Hasil semakan Khalid bin Al-Walid, didapati khabar itu tidak benar kerana Bani Mustaliq itu berpegang dengan Islam. Justeru, Allah SWT menurunkan ayat Quran menjelaskan:
Bapanya Uqbah bin Abi Muit adalah kafir penetang tegar nabi SAW dan mati dibunuh secara " Sobran" selepas perang Badar.
Pada zaman kekhalifahan Uthman bin Affan, beliau telah dihukum hudud(dipukul 40 kali kerana kesalahan minum arak)
Al-Walid bin Uqbah masuk Islam pada hari pembukaan Kota Mekah . Bersamanya masuk Islam adalah Khalid bin Uqbah. Kata Abu Umar: Aku kira waktu itu umurnya baru mencapai usia baligh.
Read more...Pada dasarnya, tinggal di negara kafir adalah TIDAK HARUS. Ini kerana terdapat nas-nas yang melarangnya seperti dalam hadis:
7 Surah panjang dalam Quran ialah Al-Baqarah, Ali Imran, An-Nisa', Al-Maidah, Al-an'am, Al-A'raf dan Al-Anfal+ Al-Bara'ah.
Al-Anfal dan Al-bara'ah diangga[ satu surah kerana antara keduanya tiada Basmallah. Jika Al-Anfal sahaja, ianya cuma ada 75 ayat. Jika dicampur dengan Surah Al-Bara'ah yang mengandungi 129 ayat, maka jadilah ayat dua surah ini 204 ayat.
Imam Ibn Kasir ada menyebutkan pandangan lain daripada Mujahid yang meyebutkan bahawa Surah panjang yang ketujuh adalah Surah Yunus. Namun pandangan ini tidak kuat jika kita melihat jumlah ayatnya. Surah Yunus ada 109 ayat dan itu lebih sedikit bernading surah selepasnya iaitu surah Hud yang mengandungi 123 ayat. Malah surah Yunus itu ayatnya lebih sedikit daripada surahAl-Bara'ah.
Satu tafsiran mengenai maksud Sab'ul Mathani yang disebutkan dalam Quran, ia merujuk kepada tujuh surah panjang ini. Namun ada tafsiran lain menyebutkan bahawa Sab'ul Mathani itu adalah Surah Al-fatihah kerana jumlah ayatnya tujuh ayat. Tafsiran yang menyatakan ianya Surah Al-fatihah , itulah yang masyhur.
Dalam Saheh Muslim, Kitab Jihad dan Siyar, Bab Alfai , No Hadis 1757 3302, sebuah hadis yang menimbulkan kemusykilan.
Hadis riwayat Az-Zuhri, bahawa Malik bin Aus meriwayatkan:
أرسل إلّي عمر بن الخطاب، فجئته حين تعالى النهار، قال: فوجدته في بيته جالسًا على سرير, مفضيًا إلى رماله، متكئًا على وسادة من أدم، فقال لي: يا مال؛ إنه قد دف أهل أبيات من قومك، وقد أمرت فيهم برضخ، فخذه فاقسمه بينهم، قال: قلت: لو أمرت بهذا غيري، قال: خذه يا مال، قال: فجاء يرفا، فقال: هل لك ـ يا أمير المؤمنين ـ في عثمان، وعبد الرحمن بن عوف، والزبير، وسعد؟ فقال عمر: نعم، فأذن لهم فدخلوا، ثم جاء، فقال: هل لك في عباس، وعلي؟ قال: نعم، فأذن لهما، فقال عباس: يا أمير المؤمنين، اقض بيني وبين هذا الكاذب الآثم الغادر الخائن، فقال القوم: أجل ـ يا أمير المؤمنين ـ فاقض بينهم وأرحهم ، فقال مالك بن أوس: يخيل إليّ أنهم قد كانوا قدموهم لذلك، فقال عمر: اتئدا، أنشدكم بالله الذي بإذنه تقوم السماء والأرض، أتعلمون أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا نورث ما تركنا صدقة؟ قالوا: نعم، ثم أقبل على العباس، وعلي، فقال: أنشدكما بالله الذي بإذنه تقوم السماء والأرض، أتعلمان أن رسول الله صلى الله عليه وسلم، قال: لا نورث ما تركناه صدقة؟ قالا: نعم، فقال عمر: إن الله جل وعز كان خص رسوله صلى الله عليه وسلم بخاصة، لم يخصص بها أحدا غيره، قال: مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ {الحشر:7} ما أدري هل قرأ الآية التي قبلها أم لا؟ قال: فقسم رسول الله صلى الله عليه وسلم بينكم أموال بني النضير، فوالله، ما استأثر عليكم، ولا أخذها دونكم، حتى بقي هذا المال، فكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يأخذ منه نفقة سنة، ثم يجعل ما بقي أسوة المال، ثم قال: أنشدكم بالله الذي بإذنه تقوم السماء والأرض أتعلمون ذلك؟ قالوا: نعم، ثم نشد عباسًا، وعليًا، بمثل ما نشد به القوم، أتعلمان ذلك؟ قالا: نعم، قال: فلما توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم، قال أبو بكر: أنا ولي رسول الله صلى الله عليه وسلم، فجئتما تطلب ميراثك من ابن أخيك، ويطلب هذا ميراث امرأته من أبيها، فقال أبو بكر: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما نورث ما تركناه صدقة ـ فرأيتماه كاذبًا آثمًا غادرًا خائنًا، والله يعلم إنه لصادق بار راشد تابع للحق، ثم توفي أبو بكر وأنا ولي رسول الله صلى الله عليه وسلم، وولي أبي بكر، فرأيتماني كاذبًا آثمًا غادرًا خائنًا، والله يعلم إني لصادق بار راشد تابع للحق، فوليتها, ثم جئتني أنت وهذا وأنتما جميع, وأمركما واحد، فقلتما: ادفعها إلينا، فقلت: إن شئتم دفعتها إليكما على أنّ عليكما عهد الله أن تعملا فيها بالذي كان يعمل رسول الله صلى الله عليه وسلم، فأخذتماها بذلك، قال: أكذلك؟ قالا: نعم، قال: ثم جئتماني لأقضي بينكما، ولا - والله - لا أقضي بينكما بغير ذلك حتى تقوم الساعة، فإن عجزتما عنها فرداها إليّ
Jawapan Islamqa.com
Kerana itu, tidak harus menamakan Allah melainkan dengan nama yang telah dinamaknya oleh diriNya!
© Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP