CARI KANDUNGAN BLOG

Daurah 15

October 5, 2008

Muka Surat 17
Surah Al-Baqarah: Ayat 106-116

ISI-ISI PENTING
  1. Nasikh dan mansukh merupakan satu cabang ilmu yang penting dalam ulum Al-Quran.
  2. Apabila Allah menasakhkan sesuatu hukum atau ayat, Allah menggantikan dengan sesuatu hukum yang lebih baik.
  3. Orang-rang Yahudi dan Nasrani mendakwa hanya mereka sahaja yang akan memasuki syurga dan Allah menempelak dakwaan tersebut dengan menyifatkan ia sebagai angan-angan yang tidak berasas.
KOMEN

ISU YANG DITIMBULKAN

  1. En. Suradi menimbulkan persoalan tentang perkataan "ayat", apakah mungkin ia juga membawa maksud mukjizat. Ustaz Kamaruddin memetik tafsir Ibn kathir yang menyebutkan bahawa maksud ayat adalah hukum-hukum Allah semenjak Nabi Adam sehinggalah nabi Muhammad.
  2. Ustaz Kamaruddin menimbulkan masalah solat seorang diri di belakang saf solat jemaah kerana saf telah penuh. Ia adalah perbuatan yang salah dan pelakunya tidak mendapat pahala jemaah atau tidak sah menurut pandangan sebahagian ulama.
TAMBAHAN

Menurut pendapat mazhab Hambali, adalah tidak sah solat dibelakang saf seorang diri. Syeikh Usaimin mengulas persoalan ini daripada dua aspek:

a) Adakah sah solat di belakang saf sendirian?
b) Jika tidak sah, apakah yang perlu dilakukan dalam keadaan di mana saf sudah penuh?

Adakah sah solat di belakang saf sendirian?

Pendapat Jumhur yang terdiri daripada Malik, Hanafi dan Syafie mengatakan solat di belakang saf adalah sah sama ada kerana bersebab atau tidak. Namun, ia adalah makruh. Mereka berdalilkan bahawa solat wanita sendirian di belakang saf adalah sah. Dalam hukum syarak, lelaki dan wanita adalah sama. Dalil lain yang disandari oleh mereka adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Abu Bakrah telah rukuk di luar saf dan kemudian baru masuk ke dalam saf. Rasulullah tidak menyuruhnya mengulangi solat dan ini menunjukkan solatnya sah.

Pendapat Ahmad mengatakan ia tidak sah.

Syeikh Usaimin memilih pendapat Ahmad dengan mentakan bahawa solat dalam saf adalah wajib. Tetapi kewajipan tersebut gugur jika saf penuh atau ada sesuatu keuzuran.

Rujuk: Fatwa Islamqa

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP