CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 23

October 21, 2008

MUKA SURAT 25
SURAH AL BAQARAH : AYAT 164-169

ISI-ISI PENTING

  1. Kejadian langit dan bumi, siang dan malam, bahtera yang belayar di lautan, hujan yang turun menumbuhkan tanaman, haiwan-haiwan, angin dan awan gemawan adalah tanda bahawa Allah adalah esa.
  2. Sesetengah manusia mencari penolong selain Allah dan mencintai penolong itu sedangkan orang beriman mencintai Allah swt.
  3. Pada hari akhirat, pemimpin akan berlepas diri daripada orang yang dipimpinnya dan putuslah pengharapan orang yang dipimpin.
  4. Syaitan mengajak manusia makan yang haram dan berbuat kejahatan dan kemungkaran lalu mengatakan kepada Allah sesuka hati mereka.



KOMEN

  1. Ust. farihan menerangkan sebab nuzul bagi ayat 164 iaitu orang kafir Quraisy meminta nabi menjadikan bukit safa sebagai emas barulah mereka akan beriman. Nabi meminta janji mereka, namun, malaikat Jibrail memperingatkan amaran Allah bahawa jika mereka tidak beriman, Allah akan hukum mereka dengan siksaan yang belum pernah ditimpakan kepada sesiapa pun kalangan manusia. Lalu nabi memilih untuk berdakwah dengan susah payah hari demi hari dan tidak memilih untuk menunaikan permintaan mereka. Justeru ayat ini diturunkan bagi menerangkan kekuasaan Allah pada kejadian alam semesta yang sebagai bukti, lebih hebat daripada bukti bukit Safa ditukar menjadi emas.
  2. Ust Kamaruddin mengingatkan bahawa orang yang mencari penolong selain Allah bukan sahaja dalam bentuk menyembah berhala-berhala ukiran tangan, tetapi juga berhala-berhala ukiran pemikiran dalam bentuk ideologi yang dianuti seperti, komunisme, nasionalisma, kapitalisme dan sebagainya.
  3. Diingatkan juga bahawa pemimpin yang jahat jika dituruti di dunia akan membawa penyesalan kerana kelak mereka akan berlepas diri dan tidak akan mengakui bertanggungjawab atas kesesatan pimpinannya.
  4. Makanan yang halal dan baik adalah pilihan kita.
  5. As-Suu' adalah dosa yang tidak dihukum hudud manakala al-fahsyaa' pula adalah dosa yang ditentukan hukum hudud.

ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

  1. Ust. Farihan menimbulkan persoalan mengenai menyambut perayaan Depavali, menziarahi rumah rakan beragama Hindu dan mengucapkan ucapan kepada mereka.
  2. En. Suradi menimbulkan persoalan mengenai maksud ayat 43 surah al-Baqarah. Dua perkara yang menjadi isu ialah mengapa perbuatan rukuk yang disebut dan apa maksud bersama orang-orang yang rukuk. Dijelaskan oleh ust. Kamaruddin bahawa rukuk adalah satu daripada rukun solat dan menyebutnya membawa maksud solat. Sementara bersama orang yang rukuk bermaksud solat berjema'ah.
  3. En Suradi menimbulkan maksud hadis nabi bahawa solat insya dan subuh amat berat bagi golongan munafiq. Maksudnya dijelaskan bahawa dua solat tersebut paling tidak disukai oleh orang munafiq dan mereka tidak suka datang solat tersebut.
TAMBAHAN

Ust. Kamaruddin mengulas maksud surah Yunus ayat 87. (Persoalan yang ditimbulkan dalam Daurah sebelumnya)

Kaum Bani Israil yang tinggal di Mesir takut ancaman Firaun lalu mereka tidak berani keluar untuk beribadat di Kunaisah (Rumah Ibadat Yahudi), lalu Allah mewahyukan kepada Musa dan Harun agar memerentahkan kaum mereka solat di rumah masing-masing dan menjadikan rumah mereka menghadap ke arah baitullahil haram, sebagai kiblat. Itulah kiblat para nabi-nabi. Ada juga mentafsirkan bahawa "qiblatan" membawa maksu hadap menghadap satu sama lain.

Ust. Syukri menambah bahawa maksud ayat tersebut adalah menjadikan rumah sebagai tempat solat.

1 comments:

ustaz farihan October 21, 2008 at 11:29 PM  

Berikut pandangan Yusuf Al-Qardhawi
dalam hukum merayakan perayaan agama lain.

rujuk di :-

http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/11/hukum-ucapan-deepavali/

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP