CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 22

October 20, 2008

MUKA SURAT 24
SURAH AL BAQARAH : AYAT 154-1

ISI-ISI PENTING
ولا تقولوا لمن يقتل في سبيل الله أموات بل أحياء ولكن لا تشعرون

154.  Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu ) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyadarinya.
ولنبلونكم بشيء من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين

155.  Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
الذين إذا أصابتهم مصيبة قالوا إنا لله وإنا إليه راجعون، أولئك عليهم صلوات من ربهم ورحمة وأولئك هم المهتدون

. 156.(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" 157.  Mereka Itulah yang mendapat keberkatan yang Sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka Itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
إن الصفا والمروة من شعائر الله فمن حج البيت أو اعتمر فلا جناح عليه أن يطوف بهما ومن تطوع خيرا فإن الله شاكر عليم

158. Sesungguhnya Shafaa dan Marwa adalah sebahagian dari syi'ar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau ber-'umrah, Maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa'i antara keduanya. dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, Maka Sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui.
إن الذين يكتمون ما أنزلنا من البينات والهدى من بعد ما بيناه للناس في الكتاب أولئك يلعنهم الله ويلعنهم اللاعنون

159.  Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang Telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah kami menerangkannya kepada manusia dalam Al kitab, mereka itu dila'nati Allah dan dila'nati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat mela'nati,

إلا الذين تابوا وأصلحوا وبينوا فأولئك أتوب عليهم وأنا التواب الرحيم
160.  Kecuali mereka yang Telah Taubat dan mengadakan perbaikan[105] dan menerangkan (kebenaran), Maka terhadap mereka Itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah yang Maha menerima Taubat lagi Maha Penyayang.

إن الذين كفروا وماتوا وهم كفار أولئك عليهم لعنة الله والملائكة والناس أجمعين
161.  Sesungguhnya orang-orang kafir dan mereka mati dalam keadaan kafir, mereka itu mendapat la'nat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya.
خالدين فيها لا يخفف عنهم العذاب ولا هم ينظرون
162.  Mereka kekal di dalam la'nat itu; tidak akan diringankan siksa dari mereka dan tidak (pula) mereka diberi tangguh.
 

وإلهكم إله واحد لا إله إلا هو الرحمن الرحيم
163.  Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
KOMEN
Komen Ust Kamaruddin:
  1. Orang yang mati Syahid tidak mati malah mereka hidup di sisi Tuhan dan diberikan razeki
  2. Ujian Allah datang dalam berbagai-bagai bentuk antaranya perasaan takut, lapar,merosotnya harta dan nyawa dan buah-buahan.Namun bersabarlah.
  3. Lafaz istirja' tidak terhad kepada peristiwa musibah kematian sahaja. ia disunatkan bagi semua jenis musibah hatta blackaout sekalipun berdalilkan sebuah hadis yang disebutkan dalam tafsir Al-Qurtubi bahawa nabi Muhammad mengucapkan istirja' kerana lampu terpadam.
Komen ust. Farihan.

Sebab nuzul ayat 158:
إن الصفا والمروة من شعائر الله فمن حج البيت أو اعتمر فلا جناح عليه أن يطوف بهما ومن تطوع خيرا فإن الله شاكر عليم
Maksudnya:

Sesungguhnya Shafaa dan Marwa adalah sebahagian dari syi'ar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau ber-'umrah, Maka tidak ada dosa baginya[103] mengerjakan sa'i antara keduanya. dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, Maka Sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui.
Safa dan Marwa merupakah syiar orang-orang Arab Jahiliyyah. Disana mereka bangunkan patung berhala Isaf  dan Na'ilah dan menyembahnya. Kaum muslimin tak suka tempat itu kerana sejarahnya itu. Maka turun auayt ini menjelaskan bahawa Safa dan Marwah adalah syiar Allah dan muslimin disuruh beribadat di sana.

ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

1. Sdr.Ridwan menimbulkan persoalan jihad apakah yang paling afdhal dalam konteks Malaysia.
Ust. Mohd Shahran menimbulkan keutamaan jihad melawan hawa nafsu.
Ust. Kamaruddin menekankan bahawa jihad paling tinggi nilanya tentulah jihad "al-qital" (peperangan) kerana itulah yang dimaksudkan dalam banyak ayat berkenaan jihad. Namun, tidak dinafikan bahawa jihad-jihad lain mempunyai keutamaan masing-masing berdasarkan masa dan keadaan.
2.En. Suradi menimbulkan persoalan mengenai surah Yunus ayat 87 yang menyebutkan rumah sebagi kiblat bani Israil semasa mereka di Mesir. Apakah ada kiblat lain selain kaabah dan baitul maqdis dalam sejarah para nabi-nabi?

Jawapan konkrit akan dibincangkan dalam daurah malam esok.

3. Ustaz Farihan menimbulkan persoalan mengenai perempuan makan ubat penahan haid untuk mengerjakan haji, apakah dibolehkan?

Ulasan Ustaz Kamaruddin; Sebaiknya wanita kekal dengan fitrah mereka dan tidak perlu memakan ubat penahan haid.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP