CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 18

October 12, 2008

MUKA SURAT 20
SURAH AL BAQARAH: AYAT 127-134

JAWAPAN UNTUK ISU-ISU DARI DAURAH MINGGU LALU

  1. Sememangnya maqam Ibrahim pada zaman Rasulullah hinggalah ke zaman Umar Al-Khattab, kedudukannya berdempel dengan dinding Ka'abah. Namun Khalifah Umar Al-Khattan telah mengubahnya sehingga ke kedudukannya sekarang. Ini adalah fakta sejarah. Itu merupakan Ijtihad Umar.
  2. Khalifah harun Ar-Rasyid dari kerjaan Abbasiyyah pernah melahirkan keinginannya kepada Malik bin Anas untuk meruntuhkan Ka'bah yanh telah dibina oleh Hajjaj bin Yusuf As-Thaqafi dan membina semula mengikut bentuk pada zaman Az-Zubair dan berdasarkan panduan hadis rasulullah saw. Lalu Malik bin Anas berkata kepadanya: "Wahai amirul mukminin, aku nasihatkan kamu agar janganlah dijadikan baitullah itu mainan kepada para raja. setiap raja berkeinginan untuk meruntuh dan membinakan semula dan jika itu berlaku, hilanglah kehebatan baitullah dari hati manusia..."
ISI-ISI PENTING DAURAH KALI INI.

  1. Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail telah membina kaabah .
  2. Ibrahim dan anaknya beragama Islam, demikian juga Islam merupakan agama kepada semua para nabi.
  3. Nabi Ibrahim berdoa agar dipilih dari keturunannnya seorang Rasul iaiti nabi Muhammad yang akan membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan kitab dan hikmah serta mebersihkan mereka daripada dosa.
  4. Orang-orang Yahudi dan Nsrani dianggap orang bodoh kerana tidak menyukai agama Ibrahim.
  5. Nabi Yaakob berpesan kepada anak-anaknya kekal beragama Islam dan mati dalam Islam.

KOMEN

Ibrahim meninggalkan Hajar dan Ismail di tengah padang pasir tanpa bekalan, mengapa hari ini orang yang keluar fi sabilillah yang meninggalkan anak isteri dipandang negatif. Tidakkah kisah Ibrahim menjadi perbandingan yang cukup baik untuk kita renungkan-Ustaz Kamaruddin.


ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN

  1. Hj. Jafar bertanyakan tentang anak nabi Ibrahim.
    Dijelaskan Ustaz Kamaruddin bahawa anak nabi Ibrahim dari Hajar bernama Ismail dan dari Sarah bernama Ishak. selain itu Ibrahim, menurut riwayat Qurtubi dalam tafsirnya, telah berkahwin Qantura binti Yaqtan Al-Qan'aniyyah setelah meninggalnya sarah dan mendapat enam orang anak iaitu, Mayan, Madain,Nahsyan, Zamran, Nasyiq dan Syuyukh.
  2. Hj. Yusuf menimbulkan persoalan mengenai bilakah masjid baitul maqdis dibina semula.
    Ustaz Kamaruddin menjelaskan bahawa masjid baitul Maqddis telah runtuh dimusnahkan oleh seorang raja Babylon bernama Nebuchanezar dan kemudiannya ia dibina kembali pada zaman Saidina Umar Khattab sebagai khalifah Islam.
  3. En Suradi mempersoalkan mengenai ayat 128 pada lafaz "muslimaini lak". Siapakah mereka.Mereka adalah Ibrahim dan Ismail. Mengapa Ibrahim hanya berdoa kepada dia,dan anaknya serta zuriat mereka berdua, tidak kepada isterinya juga?Wallahu 'alam...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP