CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 25

October 28, 2008

MUKA SURAT 27


ISI-ISI PENTING

Kebaikan bukan dinilai pada menghadap arah kiblat timur maupun barat

Melaksanakan hukum Qisas adalah wajib ke atas pemerintah Islam.

Mewasiatkan harta sebelum mati juga wajib


KOMEN

Para peserta daurah pada malam ini lebih menumpukan perbincangan kepada permasalahan perlaksanaan qisas yang tidak dilaksanakan oleh pemerintah Islam dewasa ini.



ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

1. Hj. Jaafar menimbulkan persoalan mengenai sumpah dengan surat Yasin.

Ust. Kamaruddin menyatakan bahawa telah jelas bahawa bersumpah dengan menggunakan kitab suci bukan amalan Islam. Ia boleh membawa kepada tasyabuh dengan kafir yang dilarang. Orang-orang Nasrani bersumpah dengan menggunakan kitab bible.


2. Ridhwan menimbulkan persoalan mengenai bagaimana cara hukuman qisas dalam dalam Islam, apakah perlaksanaan sekarang menepati cara Islam, dan apakah alternatifnya.


Ust. Kamaruddin menyatakan bahawa hukum qisas dalam kes pembunuhan, adalah dibunuh balas dengan cara memancung kepala. Inilah bentuk hukuman yang disebutkan dalam hadis dan diamalkan oleh salafus soleh. Sementara bentuk hukuman yang direka oleh manusia seperti gantung sampai mati, tembak, kejutan elektrik, diracun dan sebagainya tidak diterima sebagai perlaksanaan hukum qisas.

Apabila Allah memutuskan sesuatu tidak ada alternatif yang lain diterima.


3. En. Samit menimbulkan persoalan mengenai apakah hukuman Islam disamakan bagi yang muslim dan bukan islam.


Ust. kamaruddin menjelaskan bahawa tiada beza antara muslim dan kafir di bawah undang-undang Islam. Pada hari ini rakyat boleh bersepakat tunduk di bawah undang-undang ciptaan manusia yang dipetik daripda common law inggeris,mengapa tidak boleh tunduk kepada satu undang-undang iaitu undang-undang Islam yang datang daripada Allah pencipta manusia dan semuanya.

4. En. Suradi menimbulkan kefahaman maksud ayat ttg qisas yang tidak menyebut lelaki, apakah lelaki tidak termasuk dalam maksud ayat tersebut.

Allah menyebutkan contoh-contoh sebagai menunjukkan persamaan. Termasuklah lelaki juga.


5. En Suradi menimbulkan tentang kemaksiatan orang bukan Islam, apakah ia mengundang bencana Allah yang akan menimpa kita juga.

Perbincangan mengenainya ditangguh kepada daurah berikutnya.Malam esok.





15 comments:

Hamba Allah October 28, 2008 at 10:58 AM  

Daurah Masjid Taman Fajar Sandakan
Moderator: Ustaz Kamarudin Wahab
masjidfajar.blogspot.com

Ayat 178-179 al Baqarah

Malam tadi(27/10/08) daurah masjid kami hangat membincangkan ayat-ayat di atas. Banyak persoalan ditimbulkan. Antara pelaksanaan qisas dalam konteks semasa dan adakah hukum ini dikenakan kepada orang non muslim. Moderator kami, ustaz kamarudin menyatakan hukum ini harus dilaksanakan oleh pemerintah. Dosa tidak dilaksanakan atas pemerintah bukannya rakyat. Dan hukum qisas dikenakan ke atas orang non muslim.

Ayat 178 yang bermula dengan ayat ‘hai orang2 beriman’ adalah bertujuan untuk menguji keimanan orang yang beriman ke atas kemutlakkan arahan Allah. Kita diberi dua pilihan sama ada beriman atau tidak. Beriman ke atas arahan Allah atau mengingkarinya. Tanya diri tentang tahap keimanan kita terhadap Allah.

Dalam persoalan penerimaan orang non Muslim terhadap undang-undang Islam. Ia tidak menjadi masalah. Pada waktu ini orang non muslim terutamanya yang menganuti agama Hindu dan agama Buddha dapat menerima undang-undang ciptaan British, dan tidak mustahil mereka boleh menerima undang-undang Islam.

Undang-undang Islam baru sahaja dimansuhkan dalam kontek daulah. Ia mula dimansuh setelah kekalahan Kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1924. Beratus tahun undang-undang ini diamalkan sama ada di Asia, Eropah dan Afrika, tidak timbul banyak masalah pun. Pelaksanaan undang-undang Islam adalah ujian bagi pimpinan negara umat Islam sama ada mereka pemimpin yang beriman atau tidak.

Pada ketika itu juga, saya merasakan alasan Tuan Guru Abdul Hadi tentang syarat PAS perlunya jumlah majoriti Islam dalam Parlimen jika mahu PAS menyertai kerajaan baru ada rasionalnya. Jika majoriti Islam tiada, undang-undang Islam tidak dilaksanakan bahkan kepentingan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan mungkin dipinda oleh pihak antiIslam.

Ayat 179 ‘dan dalam qisas itu ada hidup bagimu,..’. ‘Ada’ di situ bermakna jaminan kelangsungan sama ada keamanan, keselamatan dan kedamaian. Jika pelaksanaan ini dijalankan, rahmat Allah akan tiba. Manusia akan dilindungi dan dibimbingi oleh Allah. Permasalahan sosial sekarang berlaku kerana bertitik tolak kemalapan hati daripada cahaya iman. Allah telah tolak balikkan hati kita. sebab itu manusia condong ke arah kemungkaran. Tiada guna jumlah anggota polis yang ramai, jika hati manusia tidak dibimbingi oleh Allah.

28/10/08

DAURATUL QURAN October 30, 2008 at 3:01 PM  

Terima kasih atas komen yang memberangsangkan.

bayusenja February 14, 2009 at 2:53 PM  

Assalaamu'alaikum ya ustaz !

Maaf, ini bukan komen tetapi hanya cadangan liar kalau boleh diterima pakai. Memandangkan banyak masa terluang selepas solah maghrib selain turutan 3 hari DAURAH ( Ahad, Isnin dan Selasa ) mengapa tidak dihidupkan semula kuliah-kuliah seperti tahun lalu yang telah malap?

Bagi mewakili jemaah masjid al-fajr saya mencadangkan kuliah-kuliah tersebut diisi dengan uklangkaji bab TOHAROH dan SOLAH. Walaupun ada yang beranggapan ianya telah menjadi amalan harian dan tak mungkin berlaku kesilapan, tapi harus diingat bahawa sang syaitan tidak akan terlepas pandang dari meneruskan tipudayanya terhadap individu yang beranggapan demikian.

Olih kerana telah menjadi amalan harian maka tidak mustahil akan ada kesilapan yang mencelah, sebahai contoh: .....bacaan ayat qur-an diantara mim bertemu mim, kalau diteruskan akan ada yang membacanya dengan menghilangkan satu mim (dapat dikesan semasa solat taraawikh) dalam ayat 3 dan 4 surah alfatihah ( Arrohmaanirrohiim Maalikiyaumiddin ). Imam yang suka membaca dengan menyambungkan ayat-ayat tersebut terkadang terlupa bahawa disitu ada dua mim, ia akan menjadi begini ( ArrohmaanirrohiiMaalikiyaumiddin ). Mungkin maknanya jauh tersasar, apa hal pula solahnya ?

Pada perlakun solah pula dapat dilihat kepada jemaah yang meninggalkan TOMAKNINAH, yang paling ketara ialah selepas IKTIDAL. Masalah ini bukan saja berlaku pada orang awam tetapi berlaku juga kepada pendidik yang bertaraf uztaz ( Maaf, bukan ustaz Hj Kamaruddin ). Ustaz yang dimaksudkan ini (tak perlulah disebutkan namanya kerana dikhuatiri menjadi fitnah ) semasa menjadi IMAM sukses tetapi apabila melakukan solah sunat masya Allah terlanggar batu juga sama seperti jemaah awam.

Sekiranya perkara ini diulang-ulang dalam kuliah, saya yakin semua jemaah akan sentiasaa beringat dan berhati-hati.

Maaf, bukan maksud saya cuba mengajar itik bernang.

Sekian, wassalaam !

masuradi@yahoo.com

bayusenja February 14, 2009 at 2:58 PM  

Assalaamu'alaikum ya ustaz !

Maaf, ini bukan komen tetapi hanya cadangan liar kalau boleh diterima pakai. Memandangkan banyak masa terluang selepas solah maghrib selain turutan 3 hari DAURAH ( Ahad, Isnin dan Selasa ) mengapa tidak dihidupkan semula kuliah-kuliah seperti tahun lalu yang telah malap?

Bagi mewakili jemaah masjid al-fajr saya mencadangkan kuliah-kuliah tersebut diisi dengan uklangkaji bab TOHAROH dan SOLAH. Walaupun ada yang beranggapan ianya telah menjadi amalan harian dan tak mungkin berlaku kesilapan, tapi harus diingat bahawa sang syaitan tidak akan terlepas dari meneruskan tipudayanya terhadap umat islam.

Olih kerana menjadi amalan harian maka tidak mustahil akan ada kesilapan yang mencelah, sebahai contoh: .....bacaan ayat qur-an diantara mim bertemu mim, kalau diteruskan akan ada yang membacanya dengan menghilangkan satu mim (dapat dikesan semasa solat taraawikh) dalam ayat 3 dan 4 surah alfatihah ( ArrohmaanirrohiimiMaalikiyaumiddiin ). Imam yang suka membaca dengan menyambungkan ayat-ayat tersebut terkadang terlupa bahawa disitu ada dua mim, ia akan menjadi begini ( ArrohmaanirrohiiMaalikiyaumiddin ).

Pada perlakun solah pula dapat dilihat kepada jemaah yang meninggalkan TOMAKNINAH dan yang paling ketara ialah selepas IKTIDAL. Masalah ini bukan saja berlaku pada orang awam tetapi berlaku juga kepada pendidik yang bertaraf uztaz ( Maaf, bukan ustaz Hj Kamaruddin ). Ustaz yang dimaksudkan ini (tak perlulah disebutkan namanya kerana dikhuatiri menjadi fitnah ) semasa menjadi IMAM sukses tetapi apabila melakukan solah sunat masya Allah terlanggar juga sama seperti jemaah awam.

masuradi April 11, 2009 at 4:49 PM  

Assalaamu'alaikum ya ustaz ! inji bukan komen tapi ada soalan ana nak tanya sebab disudut maklumbalas ruangannya terlalu kecil, tak boleh nak tulis panjang-panjang.
Ini adalah topik yang hangat diperkatakan semasa kempen pilihanraya kecil di Bukit Selambau yang lalu. Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis NGA KOR MING dari DAP yang beragama kristian memetik firman Allah dari al-Quran Surah An-Nahl ayat 90 untuk memberitahun hadirin tenteng kedudukan Keadilan dan Berlaku Ihsan, dari perspektif al-Quran adakah ini suatu penghinaan terhadap Islam ?

masuradi April 12, 2009 at 9:28 AM  

Assalaamu'alaikum !
mengenai hadith berikut:
Daripada Muadz bin Jabal r.a. berkata aku telah mendengan Rasullallah bersabda,"ambillah pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. atetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. ansmun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu tidaak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangan berhajat untuk mengambilnya".

Soalan saya: Apakah maksud boleh ambil pemberian tetapi dalamasa yang sama boleh menjadi rasuah ?

masuradi April 12, 2009 at 9:43 AM  

Assalaamu'alaikum ustaz !
Mengenai hadith berikut :
Daripada Abu Huraurah r.a. berkata: Rasullallah s.a.w. berkata,"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asijng pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asung".

Soalan saya: Siapakan yang dimaksudkan orang-orang asing ?

masuradi April 12, 2009 at 9:58 AM  

Assalaamu'alaikum ustaz !
Disunatkan kita mengemaskan diri sewaktu kemesjid/surau, diantaranya ada yang berminyak rambut dan bercelak. asekiranya dapat mengekalkan wuduk dari rumah hingga selesai solah itulah yang paling baik. Soalannya: Bagaimana kalau terbatal wuduk ? Tidakkah air sapuan dikepala menjadi musta'mal dan air basuhan muka terhalang oleh celak ?

PERENUNG LANGIT April 14, 2009 at 2:45 PM  

soalan-soalan masuradi sebahagiannya telah diulas dan dijawab dalam daurah. Yang belum dijawab ...saya telah catat dan akan menjawabnya dalam mana-mana sessi daurah...insya allah.

Teruskan momen dan pandangan dalam ruangan ini.

shima April 21, 2009 at 2:01 AM  

Assalaamu'alaikum,

Kemusykilan saya seperti berikut: sekiranya kita menjumpai mayat yang siap berkapan terdampar dipantai (kemungkinan ia telah dikebumikan ditengah lautan) apakah yang perlu dilakukan ? adakah ditenggelamkan semula ketengah laut atau dikebumikan didaratan ?

shima April 21, 2009 at 2:09 AM  

Assalaamu'alaikum,

Mengenai tuduhan membunuh oleh mahkamah keatas seorang, adakah sistem perundangan tersebut betul ? bukankah nyawa seseorang itu ditangan Allah dan Allah jua yang menentukan kematian sesuatu makhlukMya ?

shima April 21, 2009 at 2:38 AM  

Assalaamu'alaikum,
(1) Harap dapat kiranya ustaz memberikan penjelasan samada kata-kata ini dari hadis sahih, "seorang kafir yang telah disahkan mengucap Dua Kalimah Syahadah itu lebih mulia daripada orang dewasa Islam yang sedia ada, kerana ketika itu ianya suci bersih seperti bayi baru dilahirkan"

(2) Pengesahan seorang kafir telah memeluk Islam adakah cukup hanya ia mengucap Dua Kalimah Syahadah dihadapan kawan-kawan sekerja atau perlu di Majlis Agama Islam ?

(3) Dalam satu keluarga kafir mempunyai lima anak telah dewasa melebihi 18 tahun, sekiranya ibu bapanya memeluk Islam adakah anak-anaknya secara otomatik Islam juga atau setiap anak tersebut mesti mengucap ayat Syahadah ? keadaan bagaimana pula anak-anak kafir secara otomatik menjadi Islam dengan kedia ibu bapamya memeluk Islam ?

(4) seorang kafir yang telah memeluk Islam dengan sebab perkahwinan dengan pasangan Islam, kemudian ia menjadi murtad dengan sebab perceraian, siapakah yang bertanggung jawab untuk memulihkammya ? lantaran di Malaysia belum ada kanun undang-undang murtad.

(5) Ini kesah benar, seorang lelaki kadazan telah memeluk Islam semasa perkahwinannya dengan gadis Islam tempatan (Sandakan), setelah bapa lelaki mati (mungkin ada wasiat mendiang bapanya) silelaki balik semula keagama asalnya dengan membaptis semua anak-anaknya digereja, yang sangat dikesalkan ibu perempuan turut tinggal sebumbung dengan menantunya. Apakah tindakan masyarakat Islam ? Alasan pihak Majlis Agama Islam mungkin mengatakan "kita belum ada undang-undang mertad"

shima April 21, 2009 at 3:15 AM  

Assalaamu'alaikum,
(1) Harap dapat kiranya ustaz memberikan penjelasan samada kata-kata ini dari hadis sahih, "seorang kafir yang telah disahkan mengucap Dua Kalimah Syahadah itu lebih mulia daripada orang dewasa Islam yang sedia ada, kerana ketika itu ianya suci bersih seperti bayi baru dilahirkan"

(2) Pengesahan seorang kafir telah memeluk Islam adakah cukup hanya ia mengucap Dua Kalimah Syahadah dihadapan kawan-kawan sekerja atau perlu di Majlis Agama Islam ?

(3) Dalam satu keluarga kafir mempunyai lima anak telah dewasa melebihi 18 tahun, sekiranya ibu bapanya memeluk Islam adakah anak-anaknya secara otomatik Islam juga atau setiap anak tersebut mesti mengucap ayat Syahadah ? keadaan bagaimana pula anak-anak kafir secara otomatik menjadi Islam dengan kedia ibu bapamya memeluk Islam ?

(4) seorang kafir yang telah memeluk Islam dengan sebab perkahwinan dengan pasangan Islam, kemudian ia menjadi murtad dengan sebab perceraian, siapakah yang bertanggung jawab untuk memulihkammya ? lantaran di Malaysia belum ada kanun undang-undang murtad.

(5) Ini kesah benar, seorang lelaki kadazan telah memeluk Islam semasa perkahwinannya dengan gadis Islam tempatan (Sandakan), setelah bapa lelaki mati (mungkin ada wasiat mendiang bapanya) silelaki balik semula keagama asalnya dengan membaptis semua anak-anaknya digereja, yang sangat dikesalkan ibu perempuan turut tinggal sebumbung dengan menantunya. Apakah tindakan masyarakat Islam ? Alasan pihak Majlis Agama Islam mungkin mengatakan "kita belum ada undang-undang mertad"

masuradi April 24, 2009 at 2:56 PM  

Assalaamu'alaikum,

Dalam Daurah yang lalu Saya bertanyakan sekembalinya Rasuilallah SAW daari Israk Mi'raj berapa harikah dibangunkan oleh Malaikat Jibril setiap kali masuk waktu untuk mengerjakan solah. Jawapan ust Rasheed hanya menerangkan Rasulallah diberi penerangan perbezaan waktu solah.

Berikut adalah gambaran yang jelas:
Banyak hadis-hadis yang menerangkan waktu-waktu solah antaranya; 'Dari Abdullah bin Omar, sesungguhnya Rasullah SWA bersabda:'Waktu Zuhur ialah bila matahari telah tergelincir sampai bayang-bayang seseorang itu sama panjang dengan badannya, yakni sebelumdatang waktu Asar. Dan waktu Asar ialah sampai matahari sebelum lagi kuning cahayanya, waktu solah Maghrib selama syafak atau awan merah belum lagi lenyap; waktu solah Isyak sampai tengah malam kedua, sedang waktu solah Subuh mulai terbit fajar sampai terbitnya matahari. Jika matahari telah terbit, maka hentikanlah solah, kerana ia terbit diantara kedua tanduk syaitan".(Riwayat Muslim) Dalam hadith yang lain daripada Jabir bin Abdullah ra. bahawa "Nabi didatangi Jibril as. yang mengatakan kepada baginda: 'Bangun dan solahlahlah!' Maka Nabi pun solah Zuhur waktu tergelincir matahari.
Kemudian Jibril as. datang pula diwaktu Asar katanya:'Bangun dan solahlah!' Nabi mengerjakan pula solah Asar yakni ketika bayang-bayang telah sama panjang dengan badannya.
Lalu ia datang diwaktu Maghrib katanya:'Bangun dan solahlah!' Nabi pun melakukan solah Maghrib sewaktu matahari telah terbenam atau jatuh.
Setelah itu Jibril datang pula diwaktu Isyak dan menyuruh:'Bangun dan solahlah!' Nabi segera solah Isyak ketika syafak atau awan merahtelah hilang.
Akhirnya Jibril datang diwaktu fajar ketika fajar telah bercahaya dengan berkata:'Bangun san solahlah!' Nabi terus melakukan solah Subuh ketika fajar telah terbit.
Kemudian keesokan harinya malaikat Jibril datang lagi dan mengulangi perkara yang sama kepada Rasulallah.
'Inilah' katanya 'diantara waktu-waktu itu terdapat waktu-waktu solah'.(HR.Ahmad Nasa'i dan Tarmizi) Bukhari berkata hadith ini merupakan yang paling sahih mengenai solah waktu' yakni dengan tguntutan dari Jibril as.

Soalah saya:
(1) Berapa lamakah sekembalinya Rasulallah dari Israk Mi'raj, Jibril memberitahu waktu-waktu solat lima waktu tersebut ?
(2) Adakah Jibril menemui dan memberitahukan waktu solah tersebut hanya DUA kali sahaja kepada Rasulallah ?

DAURATUL QURAN October 17, 2009 at 10:03 PM  

Soalan-soalan yang dikemukakan...telah dibincangkan dalam daurah....,oderator kesuntukan masa untuk mengualas d i sini.

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP