CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 20

October 15, 2008

MUKA SURAT 22
SURAH AL BAQARAH : AYAT 142-145
ISI-ISI PENTING
  1. Orang-orang Yahudi menpersoalkan perubahan kiblat orang-orang Islam daripada baitul maqdis, maka Allah menegaskan bahawa semua arah adalah milik Allah dan Allah bebas menentukannya.
  2. Kisah perubahan kiblat ini adalah cara Allah menguji orang beriman, siapakah di kalangan mereka yang patuh kepada Rasul.
  3. Bagi orang Islam yang telah mati sebelum kiblat ditukarkan kepada baitullah, Allah tetap menilai ibadat mereka semasa berkiblatkan baitul maqdis.
  4. Rasulullah berkiblatkan baitul maqdis selama 16 atau 17 bulan di Madinah dan dia sering memandang ke langit sesudah solat dengan harapan kiblat diubah ke baitullah.
  5. Ayat tentang kiblat ini adalah nasikh kepada hadis mutawatir yang menentukan kiblat ke baitul maqdis.
KOMEN
  1. Ust. nasir menimbulkan persoalan tentang solat dalam ka'abah, bagaimana dengan arah kiblatnya?Dijawab oleh Ust. Zubair bahawa solat dalam Ka'abah boleh menghadap ke mana sahaja, kerana itu adalah pusat dan kiblat.
  2. Sdr Hasibi menimbulkan persoalan mengenai kesilapan arah kiblat. Dujelaskan ust. Kamaruddin berdasarkan kitab "yasalunak" oleh Dr. Husamuddin Musa Ufanah, penyarah Jabatan Fiqh Universiti Al-Quds, bahawa jika didapati sesebuah masjid kiblatnya salah, wajiblah diubah walaupun menimbulkan fitnah. Sesungguhnya fitnah solat kiblat yang salah adalah lebih besar daripada fitnah yang lain .
  3. Ust. Syukri memberi pandangan mengenai Baitul Maqdus sebagai kiblat orang Yahudi. Mereka menuntut Baitul Maqdis sebagai tempat suci mereka. Mengapa kita orang Islam yang sudah ada 2 masjid utama masih mahukan baitul maqdis? Dijelaskan ust Kamaruddin bahawa isu bukan lagi Baitul maqdis tetapi isu bumi Palastin dan negara Israel.

ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN

  1. En Suradi bertanyakan bagaimana pendapatan haram yang digunakan untuk tujuan bukan makanan, apakah implikasinya sama dengan digunakan untuk makanan. Dijelaskan oleh ust. Kamaruddin bahawa pendapatan haram jika digunakan untuk membeli rumah, rumah itu menjadi barang haram. Demikian jika digunakan untuk beli pakaian dan lain-lainya. Termasuk juga jika digunakan untuk pergi haji atau bersedekah. Maka amalan tersebut tidak akan diterima.

  2. Persoalan dari seorang ahli daurah (Hj. Arshad) mengenai menziarahi kubur ibu bapa yang bukan beragama Islam, adakah ia dibolehkan. Wallahu 'alam...dijelaskan oleh Ust. Kamaruddin bahawa menziarahi kubur adalah untuk mengingati mati. Jika tujuan tersebut ada, ia digalakkan. nabi Muhammad saw pernah dibawa menziarahi kubur ayahnya yang bukan islam. Jika tidak untuk tujuan tersebut, malah untuk berbuat perkara yang dilarang agama seperti bernazar di kubur, memuja kubur, membangunkan kubur dengan maqam dan seabgainya, bukan sahaja kubur kafis, kubur Islam juga haram diziarahi untuk tujuan tersebut. Berkanaan berpakaian Islam ketika menziarahi kubur, jika itu boleh memperlihatkan kehebatan Islam, ia amat digalakkan. (Rujukan : Sahab.net)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP