CARI KANDUNGAN BLOG

Daurah 17

October 7, 2008

Muka Surat 19
Surah Al-Baqarah; Ayat 120-126

ISI-ISI PENTING

  1. Yahudi dan nasrani tidak akan meredai Nabi Muhammad dan orang-orang Islam selamanya.
  2. Golongan Ahli kitab yang membaca kitab dan melaksanakan hukum-hukumnya, merekalah orang yang beriman, sebaliknya jika mereka engkar, yakni tidak melaksanakan hukumnya, merekalah orang yang rugi.
  3. Nabi Ibrahim diuji dengan beberapa kalimat lalu dia berjaya menyempurnakan semuanya.



KOMEN

  1. Peraktaan "tidak akan" reda membawa maksud selama-lamanya.
  2. Millah adalah satu sedangkan din berbeza-beza.
  3. Kalimat yang disempurnakan oleh Ibrahim ditafsirkan berbagai-bagai oleh para mufassirin. Antaranya mentafsirkannya sebagai sepuluh perkara fitrah yang dilakukan oleh Ibrahim iaitu; gunting misai, berkumur-kumur, istinsyaq, siwak, belah rambut di kepala, potong kuku, cukur bulu ari-ari, khitan, cabut bulu ketiak, basuh tempat berak dan kecing dengan air.


ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN

  1. Ustaz Farihan mengulas mengenai maksud perkataan"baca" berdasarkan Al-Quran terjemahan oleh Prof Mahmud Yunus. Baca (tala) adalah baca dengan tadabbur ayat, bukan semata-mata baca tanpa memahaminya. Seseorang membaca Quran merasai sedang berbicara dengan Allah dan akan membentuk tingkahlaku yang baik pada diri pembacanya.


TAMBAHAN

  1. Disebutkan dalam Al-Muwatta', Nabi Ibrahim berkhatan ketika umurnya 120 tahun dan baginda hidup sesudah itu selama 80 tahun.
  2. Nabi Ismail dikhatankan bapanya ketika berusia 13 tahun.
  3. Fatimah mengkhatankan puteranya, Hasan dan Husain pada usia mereka 7 hari.
  4. Ustaz Farihan mengemukakan persoalan mengenai peristiwa mengubah kedudukan Maqam Ibrahim yang telah dilakukan pada zaman pemerintahan Umar Al-Khattab. Isu mengenainya ditangguhkannya kepada daurah berikutnya.
  5. Hj. Yusuf menambahkan pengalamannya melihat maqam Ibrahim semasa melaksanakan ibadah haji. Maqam Ibrahim adalah kesan tapak kaki Ibrahim yang disalut emas dan dipagari dengan kotak khas dan amat sukar untuk mendirikan solat di sana.

2 comments:

hamba October 8, 2008 at 10:57 AM  

Maqam Nabi Ibrahim a.s. adalah sebuah batu tempat berpijak Nabi Ibrahim a.s. ketika beliau meninggikan bangunan Kakbah dari pondasinya. Nabi Ismail a.s. meletakkannya agar Nabi Ibrahim a.s. dapat naik lebih tinggi di atas batu tersebut

Seperti yang telah kita ketahui bahwa bangunan Kakbah yang dibangun oleh Nabi Ibrahim a.s. hanya setinggi sembilan hasta.
Ketika bangsa Quraisy membangun Kakbah, mereka menambahnya menjadi delapan belas hasta. Abdullah bin Zubair menambahnya kembali menjadi dua puluh tujuh hasta dan setinggi itulah sekarang ini

Letak batu maqam tersebut dahulu menempel dengan dinding Kakbah, kemudian pada zaman Umar bin Khatab r.a. dipindahkan ke belakang sehingga orang-orang yang salat di dekatnya tidak terganggu oleh arus orang-orang yang sedang tawaf.

Telapak kaki Sayidina Ibrahaim a.s. berbekas di atas batu tersebut dan masih tetap ada sampai sekarang. Abu Talib pernah berkata dalam satu qasidahnya yang terkenal:

Artinya, " Pijakan Ibrahim tercetak di atas batu dengan jelas membentuk dua telapak kakinya yang telanjang tidak beralas.

Sumber; kementerian waqaf arab saudi

lrg6jg

DAURATUL QURAN October 12, 2008 at 5:14 PM  

Terima kasih kepada ulasan tambahan kepada mamat.com. Semoga kita sama-sama dapat memantapkan ilmu...jemput sertai daurah di masjid fajar pada tiga malam bagi hari-hari berikut iaitu ahad, Isnin dan selasa...

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP