CARI KANDUNGAN BLOG

Daurah 16

October 7, 2008

Muka Surat 18
Surah Al-Baqarah; Ayat...
ISI-ISI PENTING
  1. Yahudi,Nasrani dan Kafir Musyrikin, masing-masing mendakwa satu sama lain bahawa golongan yang bukan golongan mereka tidak mempuyai nilai dalam beragama.
  2. Orang yang mencegah orang daripada menggunakan masjid untuk membesarkan Allah dan meruntuhkan masjid adalah berdosa besar.
  3. Allah yang memiliki semua arah, oleh itu dalam keadaan tertentu,solat menghadap ke arah manapun tetap menghadap ke wajah Alah.
  4. Orang Nasrani,Yahudi dan juga Musyrikin mengatakan Allah punya anak.
  5. Perbuatan bid'ah adalah dilarang.

KOMEN

Ustaz Kamaruddin memberi ulasan mengenai penentuan arah kiblat di waktu dalam hutan. Melihat bahagian basah dan berlumut pada sebatang pokok aau seketulbatu besar boleh mengetahui arah kiblat. Jika bahafian yang berlumut dan basah, itu adalah arah matahari naik,sebaliknya bahagian kering dan tidak berlumut,itulah arah matahari jatuh.Jadi ,arah itulah mendekati kiblat.

ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

  1. Soalan ulangan mengenai maksud seburuk-buruk suara adalah suara keldai.
  2. Konsep Ahli Sunnah WalJama'ah dan kaitannya dengan mazhab-mazhab dalamIslam. Soalan ditimbulkan oleh TnHj. Yusuf. Ustaz Kamaruddin mengulas bawa golongan Ahli Sunnah Wal Jama'ah tidakboleh dilebelkan kepada mana kumpulan.Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah satu nama bagi orang Islam yang bepegang dengan manhaj nabi dan para sahabattakkira dari kumpulan manapun dia. Orang yang dipanggil golongan Sunni di Irak, ada kalangan mereka adalah penganut alirankepartian komunis memalui parti Ba'ath yang diterujui oleh Sadam Husein pada zamannya. Apakah mereka layak dipanggil ahi sunnah waljama'ah?
  3. En Suradi menimbulkan persoalan mengenai penyusunan Al-Quran mengikut juzuk-juzuk. Ustaz Kamaruddin menerangkan bahawa penyusunan Al-Quran berdasarkan juzuk-juzuk sebagaimana yang ada pada hari ini adalah berlaku pada zaman Saidina Uthman bin Affan.

TAMBAHAN

Sebuah hadis Qudsi yang terdapat dalam Sahih Bukhari; Rasulullah besabda:

قال الله تعالى كذبني ابن آدم ولم يكن له ذلك وشتمني ولم يكن له ذلك فأما تكذيبه إياي فزعم أني لا أقدر أن أعيده كما كان وأما شتمه إياي فقوله لي ولد فسبحاني أن اتخذ صاحبة أو ولدا

Maksudnya: Allah swt telah berfirman;Anak Adam telah mendustakan aku dan tida hak baginya berbuat begitu. Mereka juga menfitnahkan Aku dan tiada hak baginya berbuat begitu. Adapun pendustaan mereka atasku adalah dengan mendakwa bahawa Aku tidak mampu mengembalikannya hidup setelah mereka mati. Adapun cemuhan atasku adalah dengan mengatakan bahawa bagiku ada anak. Maha suci Aku daripada mempunyai teman ataupun anak.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP