CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 21

October 19, 2008

MUKA SURAT 23
SURAH AL BAQARAH : AYAT 146-153

ISI-ISI PENTING

{الذين آتيناهم الكتاب يعرفونه كما يعرفون أبناءهم وإن فريقا منهم ليكتمون الحق وهم يعلمون}

146. Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Telah kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri[ dan Sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka Mengetahui.

{الحق من ربك فلا تكونن من الممترين}

147. Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.

{ولكل وجهة هو موليها فاستبقوا الخيرات أينما تكونوا يأت بكم الله جميعا إن الله على كل شيء قدير}

148. Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

{ومن حيث خرجت فول وجهك شطر المسجد الحرام وإنه للحق من ربك وما الله بغافل عما تعملون، ومن حيث خرجت فول وجهك شطر المسجد الحرام وحيث ما كنتم فولوا وجوهكم شطره لئلا يكون للناس عليكم حجة إلا الذين ظلموا منهم فلا تخشوهم واخشوني ولأتم نعمتي عليكم ولعلكم تهتدون}

149. Dan dari mana saja kamu keluar (datang), Maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram, Sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhanmu. dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.

150. Dan dari mana saja kamu (keluar), Maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. dan dimana saja kamu (sekalian) berada, Maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujjah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim diantara mereka. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku (saja). dan agar Ku-sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.

{كما أرسلنا فيكم رسولا منكم يتلو عليكم آياتنا ويزكيكم ويعلمكم الكتاب والحكمة ويعلمكم ما لم تكونوا تعلمون}

151. Sebagaimana (Kami Telah menyempurnakan nikmat kami kepadamu) kami Telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.

{فاذكروني أذكركم واشكروا لي ولا تكفرون}

152. Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu[98], dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.



KOMEN

Orang Yahudi dan Nasrani mengenali nabi Muhammad saw lebih daripada mereka mengenali anak-anak mereka. Sungguhpun begitu mereka tidak mahu beriman dengan nabi Muhamad.


ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

a) Apakah hujah logik untuk menolak dakwaan orang kafir yang mengatakan orang Islam menyembah berhala?



Beberapa ulasan yang boleh dijadikan hujah logik adalah:-
  1. Ka'abah hanya simbol dan bukan sembahan
  2. Jika ka'abah diangkat daripada masjidil haram dan diletakkan di tempat lain, arah sembahan umat Islam tak akan berubah.
  3. Ka'abah sebuah rumah dan tidak menyerupai lembaga sembahan sebagaimana orang kafir.
  4. Semasa hari pembukaan Makah, Bilal bin Rabah diriwayatkan menaiki atas Ka'abah, menunjukkan Ka'abah bukan objek yang ditaqdiskan sebagaimana berhala sembahan golongan kafir.
  5. Perkataan Umar Al-Khattab mengenai amalan mencium Hajaral Aswad, bahawa jika beliau tidak melihat Rasulullah menciumnya, tidaklah beliau akan menciumnya, membayangkan bahawa kedudukan komponen Ka'abah itu tidaklah mempunyai apa-apa nilai taqdis.
b) Saudara Ridhwan menimbulkan perkataan kalau, apakah ia sifat tidak bersyukur seseorang kepada kurniaan Allah. Ust. Kamaruddin mengulas mengenai penggunaan "kalau" adalah dicela.

Rujuk firman Allah:

يا أيها الذين آمنوا لا تكونوا كالذين كفروا وقالوا لإخوانهم إذا ضربوا في الأرض أو كانوا غزى لو كانوا عندنا ما ماتوا وما قتلوا ليجعل الله ذلك حسرة في قلوبهم


Rujuk hadis: "kalau sebagai perangkap syaitan.

وإن أصابك شيء فلا تقل : لو أني فعلت لكان كذا وكذا ولكن قل قدر الله وما شاء فعل فإن - اللو - تفتح عمل الشيطان

"Kalau" ada dua jenis:

a)Kalau bagi yang telah lepas (Haram)
b)Kalau yang akan datang (Harus)



c) Tambahan kepada persoalan ziarah kubur orang kafir. Ustaz Kamaruddin menyebutkan satu hadis bahawa Rasululah saw pernah menziarahi kubur ibunya di Abwa'. Perlu diketahui bahawa ibu nabi Muhammad adalah bukan Islam kerana dia tidak menganut agama nabi Ibrahim. Menyebutkan bahawa Arab Jahiliyyah adalah ahli fitrah adalah salah kerana pada zaman sebelum lahirnya nabi Muhammad, agama Hanif telah dianuti oleh sebilangan Arab Makah dan sementara ramai memilih agama wasani.

d) En. Ladis menimbulkan soalan mengenai simpanan si mati, bagaimana hendak diuruskan. Ust. Zubair menjawab bahawa simpanan si mati hendaklah difaraidkan. Untuk tujuan faraid sudah ada agensi seperti amanah raya yang meguruskannya.

Tambahan ust. Kamaruddin; perlu diingat bahawa kos pengurusan jenazah dan hutang-hutang si mati diambil daripada pusaka dan simpanan si mati. Begitu juga wasiat berkaitan pusaka/simpanan yang tidak melebihi sepertiga perlu dilaksanakan.

e) En. Suradi menimbulkan persoalan mengenai mufaraqah solat, bagaimanakah caranya. Dijelaskan oleh ust. Kamaruddin bahawa mufaraqah solat bersama imam adalah niat berpisah dari mengikut imam dan bukannya keluar solat. Dengan itu, solat diteruskan juga secara bersendirian.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP