CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 19

October 13, 2008

MUKA SURAT 21
SURAH AL BAQARAH : AYAT 135-141

ISI-ISI PENTING
  1. Orang yahudi dan Nasrani mendakwa bahawa hanya agama mereka yang diterima Allah.
  2. Allah meyuruh nabi Muhammad menjadi agama Ibrahim sebagai ikutan pertama yang mana Yahudi dan Nasrani mendakwa Ibrahim adalah golongan mereka.
  3. Katakanlah kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, nabi Ibrahim terdahulu, Ismail, Ishak, Yaakob dan anak-anaknya serta apa yang dirunkan kepada Musa, Isa dan semua nabi-nabi.
  4. Sesungguhnya yang dikatakan mendapat hiodayah adalah jika Yahudui dan Nasrani beriman sebagaimana kamu beriman kepada seluruh nabi-nabi.
  5. Allah berjanji untuk menolong Rasululullah di atas golongan Yahudi dan Nasrani dan ini telah terbukti dengan peristiwa nabi menjatuhkan hukuman bunuh atas Bani Qanuqa' dan Quraizah serta menghalau keluar dari Madinah Bani Nadhir

KOMEN
  1. Riwayat Ikrimiah bahawa Ibn Abbas telah berkata: Semua nabi adalah dari bangsa Bani Israhil melainkan 10 orang nabi Nuh, Syuaib, Hud, Saleh, Lut,Ibrahim, Ishak, Yaakob, Ismail dan Muhammad saw.
ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN

  1. Ust Fadil Harun menimbulkan isu mengenai sebab mengapa Allah utuskan rasul ramai dari kalangan Bani Israil. Ust Kamaruddin mengulas bahawa bangsa Bani Israil adalah bangsa yang paling degil dari sekelian banyak bangsa. Sesuai dengan sikap mereka, Allah utuskan banyak rasul kepada mereka.
  2. Soalan daripada ustaz Nasir mengenai perbezaan antara Yahudi dan Israil yang ada di Palastin dewasa ini. Ustaz Kamaruddin menjelaskan bahawa Yahudi adalah agama, Israil adalah bangsa. Sementara di Palestin pada masa ini, yang memerintah adalah Zionism iaitu ideologi yang dibangunkan oleh Freemanson.
  3. Hj. Yusuf membacakan tafsiran mengenai Sibghah iaityu celupan Allah. Agama Allah adalah ditamsilkan sebagai celupan Allah.
  4. En. Suradi bertanyakan tentang hadis:
عن أنس بن مالك أن النبي صلى الله عليه وسلم قال من عمل بما يعلم ورثه الله تعالى علم ما لم يعلم
(Maksud hadis: Dari anas bin Malik bahawa Rasulullah saw telah bersabda: Siapa yang mengamalkan apa yang diketahuinya, Allah akan mewariskannya ilmu yang tidak diketahuinya.)

Ustaz kamaruddin mengaitkan maksud hadis tersebut dengan tafsir Ibnu Abbas ke atas ayat 69

Surah Al-'Ankabut:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

(Maksudnya: Dan orang-orang berjihad pada jalan kami, nescaya kami akan berikannya petunjuk ke jalan kami. Dan sesunguhnya Allah bersama orang yang berbuat baik)

Dalam mentafsirkan ayat di atas, katanya:

الذين يعملون بما يعلمون يهديهم لما لا يعلمون

(Maksudnya: Dan orang-orang yang mengamalkan apa yang mereka ketahui, Allah akabn memberinya petunjuk untuk mengetahui apa yang tidak diketahuinya)

Rujuk: sautul quran

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP