CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 36

February 2, 2009

Daurah Malam ini : 1/2/2009-Ahad
Muka Surat 38
Surah Al-baqarah: Ayat 234-237

  • Bacaan Al-Quran dipimpin oleh ust Mohd Shahran.
  • Ust. Tuan Roslan mengulas mengenai hukum mad iwad
  • Terjemahan dibacakan oleh En Ladis
  • Ulasan tafsir disampaikan oleh Ust Kamaruddin Wahab
ISI-ISI PENTING
Ayat 234- mengenai iddah bagi isteri yang kematian suami adalah selama 4 bulan 10 hari. Masa 4 bulan adalah masa kejadian manusia yang diciptakan pada tiga peringkat. 10 hari pula adalah masa pengesahan adanya roh. Mana-mana wanita yang telah habis iddahnya, maka bolehlah dia berhias diri dan berkahwin kembali.
Ayat 235-Wanita yang janda dan dalam iddah kematian atau iddah cerai talak ba'in boleh menerima pinangan secara sindiran sahaja dari lelaki, manakala yang masih dalam iddah raj'iyyah, haram bagi lelaki yang bukan bekas suaminya meluahkan keinginan meminang sama ada secara sindiran maupun terusterang.
Ayat 236- Wanita yang diceraikan sebelum disetubuhi bolehlah diberikan kepada mereka maskahwin yang telah ditentukan dan mereka berhak mendapat mut'ah berdasar tahap kemampuan suami.
Ayat 237- Isteri yang diceraikan sebelum disetubuhi padahakl maharnya telahntukan, maka separuh daripada mahar tersebut hendaklah dserahkan kepadanya.
ISU-ISU YANG DITIMBULKAN
Ust. Rasyid:
  • Berapa lama seorang isteri berkabung dengan sebab kematian suaminya? Rujuk jawapan: Islam Online
  • Bagaimanakah berkabung bagi isteri yang kematian suami yang bersalin sebelum tempoh 4 bulan 10 hari.Rujuk jawapan: Islam Online
Ust. Syukri:
  • Apakah selepas bersalin, seorang isteri boleh berkahwin sedangkan dia masih dalam tempoh berkabung.
  • Berpendapat berkahwin dengan perempuan mengandung anak luar nikah dibolehkan dan boleh juga bersetubuh dengannya.
Suradi:
  • Apakah beza mad badal dan mad iwad?
  • Bekahwin dengan perempuan mengandung anak zina, apakah sah? Rujuk Jawapan: Islam Onlie
  • Iddah manakah hendak dipakai bagi wanita kematian suami, bersalin atau 4 bulan sepuluh hari? Rujuk Jawapan: Islam Online
  • Mana lebih baik diterima sebagai kain untuk solat, kain yang disedekah atau yang dipinjamkan?
Samit:
  • Bagaimanakah iddah bagi suami yang kahwin 4 orang perempuan, lalu mati atau diceraikan salah seorangnya?Berapa lama dia perlu menunggu untuk kahwin semula?
  • Seorang wanita tua yang sudah putus haid yang kematian suami, bagaimanakah dia beriddah? Rujuk jawapan: Islam Online

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP