CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 48

February 28, 2009

Daurah Malam ini : 23/2/2009-Isnin
Muka Surat 48

Surah Al-baqarah: Ayat 282

Pengerusi Daurah: Ust Ahmad Syahran Ibrahim
Hukum Tajweed: Ust Nazri Jusuh-Hukum Mad Aridh Lis Sukun
Terjemahan: Tn Hj. Yusuf
Ulasan/Tafsir: Ust. Kamaruddin Wahab


Ayat 282 ini merupakan ayat terpanjang dalam Al-Quran. Dalam ayat ini, dibicarakan soal perlunya hutang-piutang yang dibuat dituliskan dan disaksikan. Dalam ayat ini juga dinyatakan bahawa kesaksiah satu lelaki menyamai dua wanita. Demikian disebabkan kurangnya akal wanita dan kurangnya agama mereka


ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN


1. Ust. Nasir menimbulkan beberapa persoalan:




  • Mengenai air kencing anjing yang dilihat berada atas selipar lalu diletak di bawah hujan untuk beberapa hari, apakah masih kekal najisnya pada selipar tersebut?

Ust. Kamaruddin menyebutkan mengenai sebuah hadis:

عَنْ أبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللّه عَنْهُ قَالَ: قال رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم : "طَهُورُ إنَاءِ أحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فيه الكَلْبُ أنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أولاهُنَّ بِالُّتراب ".(أخرجه مسلم،وفي لفظ له: "فَليرِقْهُ " و للترمذي: " أخْراهُنَّ أو أُولاهُنَّ ".

" Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Cara bersuci bagi bijana seseorang kamu apabila airnya dijilati anjing, hendaklah dibasuh 7 kali, pertamanya dengan tanah."

    Jika anjing menjilat bejana, nabi suruh tuangkan airnya dan cuci satu kali air tanah dan enam kali air mutlak, maka demikianlah selipar yang dikencingi anjing. Perlu disucikan dengan cara tersebut.


  • Apakah hukumnya solat di belakang imam yang tak baca Basmallah.

Ust. Kamaruddin menyebutkan bahawa solat di belakang imam tersebut adalah sah. Bahawa anda akan solat di belakang imam masjidil haram yang tak membaca basmalah ketika anda melaksanakan haji. Apakah anda tidak mahu berimamkan dia kelak?




  • Solat jema'ah dalam masjid untuk kumpulan jamak dan qasar sedangkan jema'ah tempatan sedang solat.

Tidak menjadi masalah jika selamat dari fitnah.

2. Hj. Jafar menyebutkan mengenai:
  • Pengalamannya hutang yang tidak ditulis dan apabila dituntut amat sukar untuk dibayar semula.

Ust. Kamaruddin menyatakan bahawa demikianlah bencana kerana tidak melaksanakan perintah Allah swt.

3. En. Suradi menimbulkan persoalan:

  • Sahkah jual beli buah yang masih atas pokok dan anak lembu yang masih dalam kandungan?

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa pada dasarnya menjual sesuatu yang bukan dalam milku tam (milikan yang sempurna ) adalah tidak sah. Walau bagaimanapun, jika buah itu sudah ada, dan masak, ia adalah harus.

Rujuk jawapan: Beli buah dan tanaman

  • Apakah maksud solat 2 imam? Apakah makmum masbuk yang datang kemudian lalu terbentuk jema'ah baru, termasuk dalam makna solat 2 imam?
  • Apakah hukumnya tak mendengar bacaan khutbah, kerana datang lewat.

4. En Samit menimbulkan mengenai jamak dan qasar solat.

  • Apakah dibolehkan solat jamak di rumah sebelum memulakan perjalanan

"Tak boleh, kerana musafir belum bermula",jawab Ust. Kamaruddin Wahab

  • Apakah dikira 2 marhalah sekiranya kita bertugas di satu tempat yang menuntut kita memandu berlegar-legar dalam jarak kilometer melebihi 2 marhalah?

"idak dikira...kerana marhalah bukan kiraan kilometer tetapi masafah (jarak)". Ust Kamaruddin memberi respons.









0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP