CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 41

February 11, 2009

Daurah Malam ini : 10/2/2009-SELASA

Muka Surat 43

Surah Al-baqarah: Ayat 257-259


  • Bacaan Al-Quran dipimpin oleh ust Shahran Ibrahim
  • Ulasan hukum Tajweed oleh ust Tn Roslan-mad jaeez
  • Terjemahan Ayat oleh Tn Hj. Yusuf
  • Ulasan dan tafsir oleh ust. Kamaruddin Wahab

ISI-ISI PENTING

Rujuk terjemahan. Tak sempat nak publishkan.

ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

1. Ust Nasir:

  • Jika seseorang tertinggalkan rukun dalam solat, bagaimanakah membetulkan solat tersebut?

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa jika tertingal rukun dalam solat maka rakaat tersebut hendaklah diulang semula dan sujud sahwi sebelum member salam.

  • Seseorang menegur kita selepas salam bahawa rakaat kita tidak cukup, bagaimana ?apakah solat itu batal atau ada cara membetulkannya?

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa kita hanya perlu bangun dan menambahkan satu rakaat lagi dan sujud sahwi sebelum salam.

2. En Suradi:

  • Mengapakah tertib termasuk dalam rukun solat sedangkan ia bukan termasuk dalam 3 kategeri rukun dalam solat iaitu Qalbi, Qauli dan Fi’li.

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa tertib adalah dalam kategori rukun fi’li kerana ia merupakan perbuatan mengikut urutan.

  • Bagaimanakah sebutan amen yang betul? Apakah ada makna lain jika salah sebut.

Ameen disebut dengan memanjang sukukata pertama 2 harkat dan memanjang sukukata kedua lebih daripada itu. Mungkin makna yang akan dating selain “wahai Allah perkenankan permintaan kami”,ialah “orang yang boleh dipercayai”.

  • En Samit menimbulkan persoalan mana yang lebih afdhal jika kita berhenti di satu masajid dalam perjalanan musafir, sama ada hendak solat berjemaah atau solat sendirian dengan cara Qasar.

Ust. Kamaruddin menjawab bahawa solat berjema’ah adalah afdhal kerana ia diganjari 27 darjat. Namun jika terdapat masyaqqah safar seperti mahu bersegera, tentulah solat sendirian afdhal kerana itulah tujuan diberikan rukhsah solat dalam musafir.

3. Ust Syukri menambah ulasan mengatakan solat sendiran dengan cara jama’ dan Qasar lebih afdhal kerana ia adalah sedekah Allah dan kita harus menerima sedekah Allah. (Khilaf pandangan)





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP