CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 49

February 28, 2009


Daurah Malam ini : 1/3/2009-Ahad
Muka Surat 49
Surah Al-Baqarah: Ayat 283-286
Pengerusi Daurah: Ust Ahmad Syahran Ibrahim
Hukum Tajweed: usy Syukri-hukum nun mati dan tanwin
Terjemahan: Tn Hj. Yusuf
Ulasan/Tafsir: Ust. Kamaruddin Wahab
Ust. Kama mengulas mengenai hukum pajak gadai yang asalnya thabit berdasarkan ayat 283 surah Al-Baqarah. Sebahagian ulama seperti Ad-Dhahak menghadkan keharusan pajak gadai dalam keadaan musafir sahaja berdasarkan ayat ini. Walau bagaimanapun jumhur ulama mengharuskan dalam keadaan bukan musafir juga berdasarkan hadis yang menyebutkan bahawa nabi Muhammad SAW sewaktu meninggal, baju besinya masih tergadai di tangan seorang Yahudi.
Hukum menulis hutang piutang diringankan dalam keadaan di mana ada barang gadaian yang boleh disandarkan atau yang terlibat saling mempercayai antara satu sama lain.
Dijelaskan juga bahawa menyembunyikan kesaksian adalah dosa besar seperti juga menjadi saksi palsu.
Mengenai ayat 281, disebutkan dalam tafsir Ibn Kathir bahawa berikutan penurunan ayat ini, para sahabat menjadi susah hati kerana merasa terbeban dengan kejahatan yang bersifat batin. Lalu mereka berjumpa Rasulullah mengadu kemusykilan mereka. Rasulullah menempelak mereka dengan bersabda: "Apakah kamu ingin jadi seperti golongan ahli kitab yang berkata 'kami dengar dan kami derhaka'.? Hendaklah kamu berkata:'kami dengar dan kami taat'.
Dengan itu turunlah ayat 285 dan 286 merungkai beban berat yang mereka rasakan.
Ust Kama mengulas mengenai fadilat dua ayat terakhir surah Al-Baqarah sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis:
من قرأ بالاَيتين ـ من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه
"Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir daripada surah Al-baqarah pada malam hari, memadailah baginya untuk malam tersebut".
( Bukhari)
Ulasan dan soalan yang ditimbulkan
1. Cikgu Khairuddin Daud menimbulkan dua persoalan:
  • Bagaimana dengan menyembunyikan kesaksian kerana diugut?
  • Menggunakan ayat-ayatAl-Quran untuk tujuan-tujuan meraih fadilat tertentu termasuk mencapai maksud dunia seperti pengasih.

2. Ust Nazri

Apakah hukumnya membawa masuk Al-Quran digital ke dalam tandas?

3. En. Suradi melontarkan 2 persoalan:

  • Dalam hadis dinyatakan gamnjaran ke masjid diberikan setiap langkah yang disusun, bagaimana kalau naik kereta?
  • Dinyatakan dalam ulasan ust. Kama bahawa ayat 285 merupakan pengiktirafan Allah terhadap nabi Muhammad dan orang yang beriman tentang keimanan mereka, Apakah ia bermaksud nabi-nabi lain tidak diiktiraf keimanan mereka?

4. Hj Osman menanyakan mengenai maksud dan kaedah solat menghormati waktu.

5. En Samit menimbulkan persoalan mengenai membacakan ayat al-Quran untuk mengubat orang bukan ISlam, apakah dibolehkan?

6. En Suradi membuat soalan balas:

  • Apakah kita boleh menjampikan ke atas orang Islam dengan Ayat? Sedangkan nabi dilarang mendoakan ke atas orang kafir...
  • Apakah hukumnya jika orang bukan Islam menggunakan ayat Al-Quran untuk mengubati, perlukan kita menghalangnya?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP