CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 47

February 28, 2009


Daurah Malam ini : 23/2/2009-Isnin
Muka Surat 47
Surah Al-baqarah: Ayat 275-281

Pengerusi Daurah: Ust Ahmad Syahran Ibrahim
Hukum Tajweed: Ust Tn Roslan.
Terjemahan: Tn Hj. Yusuf
Ulasan/Tafsir: Ust. Kamaruddin Wahab
ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN
1. Tn Hj. Yusuf menambah mengenai takrifan riba. Belia juga menimbulkan soalan mengenai usrusniaga di kaunter syariah di bank dengan pekerja bukan Islam, apakah hukumnya?
Ust. Kamaruddin menjawab bahawa urusniaga muamalat dengan bukan Islam adalah sah. Sama hukumnya dengan jual beli dengan orang bukan Islam.
2. Ust. Nasir menimbulkan beberapa soalan:
  • Ada orang mendakwa bahawa mereka tak makan riba, cuma belanjakan ke arah yang lain seperti rumah, kereta dan sebagainya. Apakah benar begitu?
Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa orang yang berkata begitu sebenarnya berloyar buruk depan Allah.
  • Membuat pinjaman peribadi dengan perbankan Islam.
  • Apakah hukumnya sistem Islam yang ada di Bank Konvensional, sumber wang bercampur?
  • Bacaan imam yang salah sebut pada huruf Ro menjadi Ra dalam fatihah, adakah batal solat?
Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa kesalahan yang akan membatalkan fatihah adalah kesalahan yang besar seperti gugur salah satu hurufnya atau sebutan yang mengubah maknanya.
  • Apakah matahari mengelilingi bumi atau bumi mengelilingi matahari?
Soalan yang ditangguhkan jawapannya tetapi jawapannya disentuh dalam laman PerenungLangit
3. Seorang pakcik Karkun bertanya mengenai:
  • Hukum jual beli duit.

  • Hukum beli kereta dan rumah dengan cara bukan Islam.
Ust. Kamaruddin menjawab bahawa mencari yang halal adalah kewajipan. Carilah sistem pembelian Islam.
4. Hj. Jaafar menimbulkan persoalan mengenai pajak gadai riba, apakah ia diharamkan?
Jawapannya jelas diharamkan. Carilah pajak gadai Islam.
5. En Suradi menimbulkan 2 soalan:
  • Maksud tinggalkan sisa riba dalam ayat 278.

Ayat yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman."

Ust Kamaruddin menjelaskan maksud ayat tersebut adalah apabila memberi hutang lalu dikenakan riba pada bayaran balik nanti, maka itulah sisa riba yang perlu ditinggalkan. Maksud ini boleh dilebarkan dalam ursan mu'amalat yang lain yang bukan berkaitan hutang piutang seperti pelaburan, simpanan, pajak gadai dan sebagainya.

  • Apakah caranya kita menguruskan mayat saudara baru yang telah dibakar menjadi abu oleh keluarganya?

Ust. Kamaruddin membawa kisah kematian Raja Najasyi yang disolatkan secara ghaib oleh Rasulullah SAW apabila mendengar berita kemangkatannya. Rasulullah tidak mengutus orang untuk menuntut mayat Najasyi walaupun dia telah Islam. Justeru, jika mayat seorang muallaf diuruskan mengikut cara kafir,seperti dibakar, cukuplah dengan solat jenazah ghaib untuknya. Wallahu 'alam.

6. En Samit menimbulkan dua isu:

  • Konsep pembahagian untung dan menanggung kerugian dalam sistem pelaburan Islam.
  • Membesihkan harta riba dengan bayar zakat, memadaikah?

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa harta riba tidak dapat dibersihkan dengan zakat kerana harta riba adalah haram secara kulli.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP